Social Icons

Selasa, 25 November 2014

Ziarah Ke Rumah Pengasas HR MARKETING



Kunjungan Pak Lang ke Kedah pada 23 Nov yang lalu merupakan suatu yang signifikan. Allah rencanakan satu pertemuan dengan pasangan pengasas produk berasaskan susu kambing. Semua orang tahu tentang susu HiGOAT keluaran syarikat HR MARKETING. 

Dato' Haji Hasyim Yahaya dan Datin Hajjah Atikah Abdul Ghani menyambut Pak Lang dan rombongan dengan penuh mesra dan akrab. Dulu sekitar 2005 - 2007 Pak Lang kerap berkunjung ke mahligai mereka di Gunung Keriang. Dek kekangan waktu, perhubungan hanya melalui Ibu Sakinah yang selalu berhubung dengan mereka. 

Apa pun bersilaturrahim dengan mereka suatu yang mengujakan. Bukan mudah kedua-duanya mencuri masa melayan kami tetapi Allah jadikan Ahad yang lalu, mereka menguntukkan ruang untuk kami. Banyaklah ilmu dan pengalaman yang dapat kami perolehi dari mereka. Dato' Haji Hasyim belajar pondok sejak kecil tetapi menyambung pengajian di bidang profesional sehingga akhirnya menjadi pengurus besar sebuah agensi kerajaan.

Datin Atikah pula adalah anak seorang tuan guru di Kelantan yang mempunyai hati dan jiwa Islam yang kuat. Ditambah pula dengan semangat Melayu Kelantan yang ada di dalam dirinya, mereka berdua melihat potensi susu kambing sebagai bahan utama bisnes mereka. Dari susu kambing inilah lahirnya HR MARKETING. 

Khasiat susu kambing boleh dikatakan sangat luar biasa. Pak Lang pernah ditanya dan diberitahu Dato' Haji Hasyim pada tahun 2006; susu yang diminum oleh Rasulullah saw ketika peristiwa Israk Mikraj ialah susu kambing!!

Sungguh wajar umat Islam menggunakan produk berasaskan bahan semula jadi dan asli seperti susu kambing. Elakkan terjebak menjadi pengguna produk dari bahan kimia yang pasti beracun dan mempunyai kesan sampingan yang serius.

Kunjungan ke mahligai mereka tidaklah 'sah' jika tidak diraikan dengan makan tengahari. Setelah selesai solat zohor berjemaah, kami dijamu dengan hidangan 'ringkas' tetapi menyelerakan. HIdangan nasi panas dengan gulai kawah, kerabu bunga betik, ikan goreng, sambal belacan dan ulam timun serta petai bakar memang....... berpeluh!!

Tidaklah Pak Lang menyangka ziarah yang awalnya hanya dijangka sebentar itu berlarutan sehingga jam 2.30 petang. Sempat pula bergambar di sekitar ruang dalam mahligai mereka dan di luarnya. 

Apa pun, kegigihan mereka mengharungi cabaran dalam mengusahakan produk halal sangat menarik untuk dianalisa. Dato' Haji Hasyim melakukan semua usahanya dengan bersumberkan ilmu serta fakta yang lengkap. Gabungan ilmu Islam dan maklumat profesional yang ada padanya menjadikan produk yang dihasilkan syarikat beliau berjaya mendapat 12 anugerah pengiktirafan dalam pelbagai bidang. Untuk meninjau peluang niaga di HR MARKETING sila layari laman webnya: http://www.hrgroup2u.com/












  
  

 HR MARKETING SDN. BHD.
HIGOAT - Susu Kambing Segera

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text