Sultan Hisamuddin Alam Shah adalah Sultan kedua yang dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Baginda merupakan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong paling singkat menduduki takhta kerajaan Persekutuan. Gelaran Baginda ialah Almarhum Sultan Selangor Darul Ehsan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah AlHaj, D.M.N.,S.M.N.,D.K.M.B.(Brunei),K.C.M.G.,C.M.G.(United Kingdom), King George V Silver Jubilee Medal, King George VI Coronation Medal, Queen Elizabeth II Coronation Medal.
Sultan Hisamuddin ketika muda.
Tarikh 13 Mei 1898 menyaksikan kelahiran seorang putera raja di Istana Bandar Temasha, Kuala Langat Selangor. Baginda merupakan putera ketiga kepada Sultan Selangor Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Yang DiPertuan Muda Musa. Bonda baginda ialah Cik Puan Hasnah Binti Pilong. Ayahanda baginda, Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah menjadi Sultan Selangor semenjak 17 Februari 1899, setahun selepas baginda diputerakan. Sultan Hisamuddin amat bertuah kerana diahirkan dalam keluarga yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Ayahanda baginda merupakan seorang sultan yang mengasihi ulama'.
Sepertimana putera-putera sultan yang lain, Sultan Hisamuddin mendapat pendidikan yang cukup setaraf dengan pangkat dan kedudukan baginda. Baginda mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Bandar Kuala Langat dan seterusnya pengajian peringkat tinggi di Sekolah Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Sultan Hisamuddin merupakan salah seorang pengasas Malay College Old Boys Association (MCOBA) pada tahun 1929.
Pada tahun 1925, Sultan Hisamuddin menjadi Presiden Jawatankuasa Masjid Sultan Ala'eddin. Pada tahun 1931, ketika berusia 33 tahun, baginda menjadi setiausaha peribadi kepada ayahanda baginda yang juga Sultan Selangor. Baginda mengiringi ayahanda baginda ke majlis-majlis rasmi negeri. Dari sinilah baginda berlajar selok belok bagaimana menjadi pemerintah sesebuah negeri.
Seterusnya pada tahun 1933, baginda dilantik sebagai Presiden Lembaga Sekolah-Sekolah Arab di Selangor. Kerjaya baginda banyak melibatkan hal ehwal agama islam. Baginda dididik sebagai seorang pemimpin yang mementingkan elemen-elemen islam. Bermula tahun 1934 hingga 1938, Sultan Hisamuddin bekerja sebagai Malay School Commissioner (MSC) di negeri Selangor.

Sultan Hisamuddin bersama Tengku Ampuan Jemaah, Sultan Abu Bakar dan Tuanku Syed Putra ketika istiadat pemakaman Tuanku Abdul Rahman.
Baginda dilantik sebagai Tengku Panglima Di Raja Selangor pada tahun 1920 ketika berusia 22 tahun. 11 tahun selepas itu, pada tahun 1931, Sultan Hisamuddin dilantik sebagai Tengku Laksamana Selangor dan berada di tangga kedua pewaris takhta negeri Selangor selepas Raja Muda Selangor. Ketika itu, Raja Muda Selangor adalah kekanda baginda, Tengku Musa Eddin.Namun, pihak British tidak menyukai Tengku Musa Eddin lalu memaksa Tengku Musa Eddin dilucutkan jawatan sebagai Raja Muda pada tahun 1934. Lalu, Sultan Hisamuddin dilantik secara rasmi sebagai Raja Muda Selangor pada 20 Julai 1936 di Istana Mahkota, Klang , mengenepikan seorang lagi kekanda baginda iaitu Tengku Badar Shah.
Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah mangkat pada 31 Mac 1938 pada usia 75 tahun seletah 39 tahun memerintah negeri Selangor. Maka, selaku Raja Muda, Sultan Hisamuddin dilantik sebagai Sultan Selangor yang baru pada 4 April 1938 ketika berusia 39 tahun. Istiadat pertabalan baginda diadakan di Istana Mahkota, Klang pada 26 Januari 1939. Istiadat pertabalan ini diketuai oleh kekanda sulung baginda, Tengku Kelana Jaya Putera, Tengku Musa Eddin Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah.
Jepun menjajah Tanah Melayu pada tahun 1942. Gabenor Tentera Jepun di Selangor telah menjemput Sultan Hisamuddin ke King House, Kuala Lumpur. Baginda disuruh menyerahkan takhta dan regalia diraja kepada kekanda sulung baginda, Tengku Musa Eddin. Sultan Hisamuddin diturunkan takhta sebagai Sultan Selangor pada 15 Januari 1942 dan digantikan oleh kekanda baginda. Tengku Musa Eddin kemudiannya bergelar Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah dan ditabalkan pada 4 November 1943. Sultan Hisamuddin enggan bekerjasama dengan Jepun. Baginda menolak elaun kepada baginda dan anakanda-anakanda baginda.
Di atas singgahsana Istana Alam Shah.
Takhta negeri Selangor akhirnya kembali kepada baginda pada 1945 apabila Jepun menyerah kalah dan British kembali berkuasa di Tanah Melayu. Baginda kembali menjadi Sultan Selangor pada 14 September 1945. Kekanda baginda, Sultan Musa dibuang negeri oleh British ke Pulau Cocos Keeling.
Sultan Hisamuddin merupakan seorang sultan yang menyokong gerakan nasionalis Melayu yang menentang British. Pada 1 Mac 1946, baginda telah merasmikan Kongress Melayu Pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kongres ini dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor yang diketuai oleh pendeta Allahyarham Tan Sri Zainal Abidin Bin Ahmad atau Za'ba. Pada tahun 1953, baginda berangkat ke England bersama permaisuri baginda untuk menghadiri istiadat kemahkotaan Queen Elizabeth II di Westminster Abbey,London.

Sultan Hisamuddin Alam Shah berkahwin sebanyak tiga kali. Kali pertama baginda mendirikan rumah tangga dengan Yang Mulia Raja Jemaah Binti Raja Ahmad, seorang kerabat diraja Selangor. Pasangan diraja ini berkahwin di Istana Mahkota, Klang pada tahun 1919. Ketika itu baginda berusia 20 tahun manakala Tengku Ampuan Jemaah berusia 19 tahun.
Raja Jemaah kemudiannya bergelar Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Selangor dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tengku Ampuan Jemaah Binti Almarhum Raja Ahmad, D.K.(Selangor). Tengku Ampuan Jemaah merupakan puteri kepada YM Raja Ahmad dan YM Raja Fatimah Binti Raja Tahir. Perkahwinan baginda berdua dikurnikan seorang putera iaitu DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang menjadi Sultan Selangor pada tahun 1960. Tengku Ampuan Jemaah mangkat pada 8 April 1973 di Klang pada usia 73 tahun. Baginda dimakamkan di Makam Diraja Sultan Sulaiman,Klang.

Di dalam kapal pelayaran baginda ketika pulang dari menghadiri istiadat kemahkotaan Queen Elizabeth II.
Kali keduanya baginda berumah tangga dengan orang kebanyakan iaitu Cik Puan Hajah Kalsum Binti Haji Mahmud. Baginda berkahwin pada tahun 1927. Cik Puan Kalsum dilahirkan pada tahun 1913 dan berusia 14 tahun ketika berkahwin dengan Sultan Hisamuddin manakala baginda berusia 28 tahun. Perkahwinan baginda kali ini mempunyai 3 orang putera dan 3 puteri. Putera-putera baginda terdiri daripada YAM Tengku Laksamana Tengku Badli Shah, YAM Tengku Bendahara Tengku Azman Shah, YAM Tengku Besar Putra Tengku Ismail Shah. Manakala puteri-puteri baginda ialah DYTM Raja Puan Muda Kedah Tengku Raudzah, DYMM Tengku Ampuan Besar Terengganu Tengku Bariah, dan YAM Tengku Taksiah. Cik Puan Kalsum meninggal dunia pada 6 Mei 1990 pada usia 87 tahun.
Untuk kali ketiganya Sultan Hisamuddin berkahwin dengan Yang Teramat Mulia Raja Halijah Binti Almarhum Sultan Sir Idris Murshid Al Azzam Shah, puteri Sultan Perak. Namun perkahwinan baginda berdua tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. Raja Halijah merupakan puteri bongsu kepada Sultan Sir Idris Murshid dan isteri baginda Yang Teramat Mulia Tengku Permaisuri Cik Haji Ngah Uteh Mariah Binti Haji Sulaiman.
Setelah kemangkatan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama Tuanku Abdul Rahman pada 1 April 1960, Sultan Hisamuddin yang ketika itu bergelar Timbalan Yang Di Pertuan Agong dipilih menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Kedua Persekutuan Tanah Melayu pada 14 April 1960.
Pada 30 Julai 1960, baginda mengumumkan tamatnya tempoh darurat di Persekutuan Tanah Melayu. Namun takdir telah menentukan, baginda telah mangkat pada 1 September 1960 ketika berusia 62 tahun. Baginda mangkat akibat penyakit yang tidak diketahui di Istana Tetamu, Kuala Lumpur pada tarikh yang ditetapkan untuk pertabalan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agong.
Baginda merupakan satu-satunya Yang Di Pertuan Agong yang tidak sempat ditabalkan dan baginda tidak pernah bersemayam di Istana Negara. Jenazah baginda telah dimakamkan penuh adat istiadat di Makam Diraja Masjid Sultan Sulaiman, Klang pada 3 September 1960. Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong disandang oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalillail. Anakanda sulung baginda, Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Sultan Selangor dengan bergelar Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Baginda dikenali sebagai seorang sultan yang alim dan warak. Imej baginda yang seringkali berjubah putih amat menarik minat rakyat jelata. Oleh kerana itu, nama Kolej Islam Klang telah ditukar kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah mengambil sempena nama baginda. Sekolah Sultan Alam Shah juga mengambil nama baginda. Ibu negeri Selangor, Shah Alam juga mengambil sempena nama baginda. Mewarisi ilmu agama daripada Almarhum ayahanda baginda, Sultan Hisamuddin merupakan sultan pertama yang membaca khutbah Jumaat di masjid.
Sesungguhnya, ketokohan Almarhum Sultan Hisamuddin harus disanjung dan diingati oleh semua rakyat jelata. Kesungguhan baginda dalam mentadbir negeri Selangor dan kearifan baginda dalam bidang keagamaan harus dijadikan contoh oleh kita semua. Legasi yang ditinggalkan baginda bukan sedikit. Marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah AlHaj sebagai tanda kenangan kepada baginda. Semoga roh baginda ditempatkan oleh ALLAH SWT bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Sultan Hisamuddin Alam Shah dan Tengku Ampuan Jemaah.
Yang Di Pertuan Agong Pertama Tuanku Abdul Rahman dan Timbalan Yang Di Pertuan Agong Sultan Hisamuddin Alam Shah.
Ketua Menteri Persekutuan Tunku Abdul Rahman mencium tangan Sultan Hisamuddin Alam Shah.
Menerima tabik kehormat barisan kawalan kehormatan bersama anakanda baginda, Tengku Abdul Aziz Shah.
Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah AlHaj.
0 ulasan:
Catat Ulasan