Social Icons

Ahad, 4 Jun 2017

Ramadhan Datang Untuk Menghidupkan Hati!!!

Janganlah Ramadhan dijadikan pesta makan minum 
Janganlah jadikan Ramadhan banyak tidur-tidur sahaja di siangnya 
Janganlah jadikan Ramadhan selepas sedikit ibadah sembahyang 
kemudian berbual dan borak-borak yang banyak 
Selepas berbual-bual banyak pulang ke rumah
 kemudian tidur, malam tidak bangun pula 
menghidupkan malam bersama Tuhan 

Ramadhan bukan sekadar menghidupkan malam, 
siang berlapar-laparan dan berletih-letih 
Ramadhan adalah untuk menghidupkan fikiran, 
hati dan jiwa dengan rasa bertuhan 
Ramadhan hendak memeriahkan jiwa dengan rasa kehambaan, 
rasa hina, rasa lemah dan rasa kerdil di hadapan Tuhan yang Maha Kuasa 
Ramadhan hendak mengimarahkan jiwa dengan rasa rendah diri, 
takutkan Tuhan, cintakan-Nya, rasa bertuhan sentiasa 

Ramadhan hendak menghidupkan jiwa timbang rasa sesama manusia 
Rasa kasih sayang, simpati sesama manusia yang derita, 
yang tidak punya apa-apa 
Ramadhan hendak menebalkan rasa berdosa, 
takut kalau terlibat lagi dengan dosa 
Ramadhan hendak rasa agung-Nya Tuhan, hebat dan kuasa-Nya Tuhan 
Ramadhan bukan sekadar ibadah luaran-luaran yang meriah 
dan ceria yang dalam gelap-gelita 
Yang penting jiwa hendak dihidupkan, memeriahkan yang di dalam jiwa 
Tuhan pandang bukan yang luaran tapi yang di dalam 
Tuhan hendak melihat yang di dalam batin manusia 
apakah hidup jiwanya rasa bertuhan 
Siangnya berpuasa, malam sembahyang, 
banyak membaca Al-Quran untuk memberi cahaya 
kepada jiwa yang selama ini gelap-gelita 

Membanyakkan berzikir bukan lafaznya tapi penghayatannya 
Berzikir bukan di lidah tapi ingatan di hati 

Kedatangan Ramadhan adalah dengan tujuan 
hendak menghidupkan hati yang mati sebelumnya 
Moga-moga kesan sebulan menghidupkan hati tahan setahun lamanya 
Kemudian Ramadhan datang lagi hidupkan pula lagi hati yang mati 
Tahan pula setahun lagi 
Itu bagi orang awam yang selalu sahaja cuai dan lalai 

Bagi orang yang bertaqwa jiwanya hidup setiap masa 
Kedatangan Ramadhan hanya untuk darjat dan pangkat di sisi Tuhannya 
Tapi kalau kedatangan Ramadhan tidak pun menghidupkan jiwa 
Luar meriah di dalam tidak meriah 
Luar terang-benderang dengan syariat lahir syariat batinnya gelap 
Kalau di luar Ramadhan tentulah lebih-lebih lagi malang 
Gelaplah hati sepanjang tahun 
Tidak ada masa hati yang terang sungguh malang

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text