Allah Taala menjadikan manusia
dijadikan sekali di mana kekuatannya dan kelemahannya .
Tuhan tahu bagaimana menguatkan yang lemah
dan bagaimana menyuburkan yang kuat .
Allah Taala tahu di mana kebaikan mereka,
dan di mana kejahatan mereka.
Memang Tuhan ada bekalkan manusia ada benih baik ada benih jahat .
Tuhan tahu dari punca apa dia baik dan dari punca apa dia jahat.
Hatilah wadahnya yang boleh menerima kebaikan dan kejahatan
Di dalam masa setahun manusia terdedah
dengan berbagai-bagai ajaran dan cabaran
Cabaran itu seperti sekatan hidup, sibuk dengan kerja,
berhadapan dengan kerenah manusia.
Berlaku juga ujian-ujian yang mendadak,
kemalangan yang tidak disangka, melihat,
mendengar perkara yang merosakkan.
Ditambah lagi hasil didikan, bacaan semuanya ini
memberi kesan yang negatif kepada jiwa kebanyakan orang
Kecuali orang yang kuat dengan Tuhan
jiwanya tidak rosak dan tidak memberi kesan.
Cabaran-cabaran itu tidak merosakkan jiwa mereka,
bahkan bertambah kuat dengan Tuhan.
Dengan rahmat Tuhan dan kasih sayang-Nya
Tuhan perintahkan puasa Ramadhan dan lain-lain ibadah tambahan.
Ramadhan boleh membaik pulih kejahatan
Kerosakan manusia setahun hanya sebulan
Seolah-olah Ramadhan bulan overhaul hati insan
Seperti kereta yg sudah lama dipakai,
banyak kerosakan telah berlaku terutama enjin,
perlu overhaul
Overhaullah caranya membaikpulihkan kereta
yang perjalanannya sudah tidak berapa betul
Manusia yang sudah rosak jiwanya, fikirannya,
sikap dan tingkahlakunya dipulihkan melalui didikan Ramadhan
Didikan Ramadhan merupakan satu pakej pendidikan
dia ntara satu sama lain kuat menguatkan
Siangnya puasa, sembahyang ditambah lagi dengan Tarawikh,
disusul dengan membaca Al-Quran
Ditambah lagi dengan perkara-perkara sampingan, zikir, tasbih,
tahmid, salawat, tafakur digalakkan bersedekah dan pemurah,
perbualan yg menambah kesedaran
Keseluruhan itu asasnya adalah
mujahadah melawan nafsu menentukan didikan
Ramadhan berkesan atau tidak bekesan
Didikan Ramadhan ada mujahadah,
ada didikan puasa, didikan sembahyang
Ditambah lagi didikan Al-Quran dan lain-lain lagi tambahannya
Mujahadah ertinya memerlukan kekuatan jiwa,
memaksa membuat yang disuruh, memaksa meninggalkan larangan
Larangan itu sama ada yang lahir
mahupun yang batin kenalah tinggalkan
Mujahadah ertinya memaksa, terseksa ,
membencikan, menjemukan, meletihkan
Kalau jiwa tidak kuat usaha tidak dapat diteruskan,
atau buat tanpa kesungguhan
Kerana itulah mujahadah perlu pemangkin yg menggalakkan,
Pemangkin ialah puasa yang hati dan fikirannya puasa,
sembahyang yang dapat dihayati,
didikan Al Quran yang difaham dan dijiwai
Di antara didikan sembahyang,
menebalkan rasa kehambaan dan menajamkan rasa bertuhan
Di antara didikan Al Quran di sana ada khabar gembira,
ada amaran, ada suri teladan juga ada kesedaran dan keinsafan
Didikan puasa rasa lemah, rasa hamba, rasa timbang rasa,
menyedarkan dan menginsafkan
Daripada 3 pakej didikan yang utama itulah
menjadikan pemangkin menguatkan jiwa,
menyuburkan jiwa, meneguhkan keyakinan
Apabila jiwa kuat, jiwa subur mujahadah pun kuat
Apabila jiwa kuat dan subur hikmah
Ramadhan daripada 3 pakej didikan tadi boleh bangunkan insan
Jika hikmah Ramadhan itu dapat dimiliki lahirlah manusia luarbiasa
Ertinya manusia yg dioverhaul di bulan Ramadhan
mengembalikan manusia kepada fitrah sucinya
Lahirlah manusia yg luar biasa,
iaitu manusia yg benar-benar rasa kehambaan
Manusia yang tawadhuk sabar, redha, berkasih sayang,
bertimbang rasa, pemurah, kerjasama
Malu akan jadi pakaian, tawakal menjadi perasaan, keyakinan kental
Apabila sifat ini dapat dimiliki, automatik mazmumah terbasmi
Sombong, tamak, bakhil, pemarah, hasad, dendam, gila puji, gila nama, mati
Inilah dia orang yang menang dan berjaya didikan Ramadhan
Selepas Ramadhan manusia itu kembali suci seperti fitrahnya yang semulajadi
Orang ini sahajalah yang layak berhari raya
Kerana berjaya mengembalikan kesucian fitrahnya hari raya namanya
Hari raya ertinya mengembalikan fitrah suci lagi murni
Kalau fitrah yang suci murni ini kekal sepanjang tahun,
Ramadhan yang akan datang hanya memberi cahaya lagi, bukan overhaul
Begitulah didikan Ramadhan ramai orang yg gagal,
sedikit sangat yang berjaya
0 ulasan:
Catat Ulasan