Seorang kawan yang berniaga restoran mengeluh pada Pak Lang.
"Susahlah nak cari makan sekarang, semua barang naik harga!"
"Kamu sudah berapa tahun berniaga?" Tanya Pak Lang.
"Dah lima tahun, tapi bisnes saya macam tu saja. Tak boleh pergi jauh. Sekarang barang pula semua mahal. Margin untung makin sikit. Nak naikkan harga dah tak boleh. Habis macamana nak kaya?" Rungutannya lebih panjang. Luahan hatinya sebegitu mungkin dapat mengurangkan tekanan jiwanya.
"Berapa jualan kamu sebulan?"
"Tahun lepas 2014 sudah mula merosot, sebelum tu ok la juga"
"Jadi berapa jualan 2013 dan 2014?
"2013 dapat cecah sebulan RM50k. Tapi 2014 sudah jatuh banyak. Hampir separuh merosot. Hanya RM27k. 2015 ni baru nak masuk 2 bulan sudah kelihatan makin teruk. harian sudah bawah RM700.00. Tu la! Saya nak tanya Ustaz, macamana nak buat?"
Wah! Dia tanya Pak Lang pula! Apapun, masa bersembang dengannya itu, dapatlah Pak Lang bukakan pandangannya tentang faktor kejayaan di samping adalah nasihat Pak Lang untuknya. Sama juga nasihat kepada semua orang lain. Apa yang menarik ialah apa yang diakuinya selepas itu. Nanti Pak Lang beritahu.
Sebenarnya dalam usaha mencapai kejayaan, banyak faktor kena diambil kira. Hal yang utama tentulah hubungan hati dengan Allah dan Rasul.
Ada seorang kawan Pak Lang - kontraktor kerja-kerja aluminium di Kuantan. Rutin hariannya bermula dengan bangun tahajjud, solat sunat yang berbagai sehingga solat Subuh berjemaah dengan anak isteri. Dan dia akan terus berada di tikar sembahyang sehingga terbit matahari dan di sudahi dengan solat Isyrak.
Selepas keluar kerja, jam 10 pagi dia pasti mencari ruang sedikit masa untuk solat sunat Dhuha. Itu semua sudah jadi kehidupannya seharian.
Apa yang menarik, dia amalkan selawat kepada Baginda Nabi saw sepanjang masa terluang terutama ketika memandu. Keberkatan amalan itu menampakkan keajaiban. Sekarang, dia sudah menjadi kontraktor dalam bidang berkenaan yang terulung di Bandar Kuantan yang sebelumnya dimonopoli bukan bumiputera.
Jadi kisah kawan Pak Lang yang berniaga restoran tadi tentunya dapat dianalisa dari sudut ini terlebih dahulu. Dan memang itulah realitinya. Kegagalannya kerana ada dosa yang lebih serius. Tahun 2012, dia bergaduh dengan mak tirinya sendiri!! Patut pun!!
Dia sombong. Bukan senang nak akur dengan kesalahan sendiri, sekalipun terhadap emak tirinya yang tidaklah mengandungkannya. Tetapi kedudukan mak tiri sama seperti mak kandung - tetap muhrim selama-lamanya!!
Dapat kita faham di sini, perniagaannya bukanlah gagal sebab harga barang naik. Bukan pula soal sedap atau tidak masakannya. Dia gagal kerana hukuman Allah. Dia gagal kerana hilang keberkatan. Sumber berkat yang utama bagi seseorang insan ialah ibubapa selain guru-guru yang mendoakan mereka.
Alhamdulillah, kawan Pak Lang ini akhirnya insaf setelah lama dinasihati. Itupun bukti kegagalananya sudah cukup memeritkannya. Dia tidak ada pilihan. Dia kena meminta maaf dengan ibu tirinya - memohon ampun dan redhanya. Semoga dia beroleh keberkatan dunia akhirat.
Jangan tanya Pak Lang siapa orangnya ya!!
0 ulasan:
Catat Ulasan