Social Icons

Selasa, 6 Oktober 2015

Zainudin Maidin Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Buka Cafe Di Putrajaya

Sesiapa juga yang pernah mengunjungi Zam Newsroom Cafe di Ayer@8 Putrajaya akan dapat merasakan kelainannya. Ia tidak sekadarkan cafe biasa tetapi membuatkan anda merasakan suasana dan roh keilmuan dan kewartawanan tanah air sejak berdekad.

Inilah yang meresapi jiwa saya sebaik sahaja memasukinya dan berhadapan dengan latarbelakangnya gambar besar para pemberita sebok berkerja dengan menggunakan typewriter yang sekali gus menggambarkan zaman lalu di sebuah Jabatan Pengarang akhbar.

Cafe ini yang dibuka sejak dua tahun lalu adalah ibarat gallery pemiliknya Zainuddin Maidin (ZAM) yang telah berkecimpong di dunia kewartawanan lebih 40 tahun. Dipamerkan typewriternya yang pertama yang digunakan sebagai wartawan sambilan Utusan Melayu di Alor Setar sejak tahun 50 an dan juga typwriter terakhirnya yang digunakan sehingga berakhir tugasnya sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu pada 1 November 1992.

Juga terdapat sudu-sudu yang dikumpulnya dalan pengembaraan ke seluruh pelusuk dunia dalam tugasnya sebagai wartawan Utusan Melayu. Di samping itu di dinding tergantung gambar-gambar bersejarah hitam putih yang berkaitan dengan berita yang pernah diliputinya dan juga sejarah Utusan Melayu.

Sambil menikmati Teh Tarik atau makanan, anda juga akan dapat membaca di setiap meja pameran berita-berita penting yang telah menjadi sejarah penting negara. Di antaranya akhbar jawi Utusan Zaman keluaran hari kemerdekaan 31 Ogos 1957.

Di suatu sudut tergantung sebuah sajak Tun Dr. Mahathir yang tertulis di atas pewter bertajuk "Menghadapi Cabaran Menatang Bangsa." Sajak ini pernah dideklamasikan di malam deklamasi Angkasapuri 2002 semasa Zam menjadi Menteri Penerangan.

Menghidupkan suasana Cafe ini ialah beratus buah buku dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang menjadi hiasan utama yang boleh dibaca oleh pengunjung tetapi, tidak boleh dibawa pulang.

Pelanggan dimaklumkan dengan nota: Tidak ada WIFI, tetapi berceritalah antara satu sama lain "There is no WIFI in the Cafe, Talk to each other."

Teristemewa di cafe ini ialah Teh Tarik yang serbuknya di bawa khas dari sebuah gerai di Jalan Masjid India yang dikunjungi Zam lebih 40 tahun lalu ketika menjadi Pemberita Jenayah dan Mahkamah.

Selain dari itu, menunya setiap hari ialah Nasi Lemak Kedah, Nasi Tomato, Spagheti dan lain-lain dengan harga yang berpatutan sebagai sebuah cafe.

Pembantu kedai ini Zamani, adalah seorang yang berpengalaman berkerja di beberapa buah hotel antarabangsa. Dia menjalankan cafe ini seorang diri, tetapi InsyaAllah tidak akan mengecewakan anda.

Anda juga boleh memesan atau membeli semua buku-buku tulisan Zam darinya dan jika anda bernasib baik Zam berada di cafe ini maka anda boleh mendapatkan autograf bagi bukunya 

Bagaimanapun apa yang tidak boleh dibeli dari cafe ini, ialah suasananya tetapi anda boleh duduk bersantai selama mana anda suka - 

Rencana di atas di tulis oleh Tan Melaka - diambil dari blog ZamKata

Gambar diatas sekali Zam Newsroom Cafe di AYER@8 PRESINT 8 PUTRAJAYA yang terletak berhampiran dengan Bank Rakyat,dari hadapan atau belakang.

Bahagian Pemberita Jabatan Pengarang Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur pada tahun 1963

Pembantu kedai Zamani senantiasa gembira mengalu-alukan pengunjung. Gambar di bawah buku-buku untuk bacaan pelanggan, sudu-sudu hampir dari seluruh dunia koleksi Zam, dua typewriters lamanya dan tergantung Pewter sajak Tun Dr. Mahathir 


Bahagian luar Zam Newsroom Cafe untuk perokok

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text