Social Icons

Isnin, 13 Jun 2016

Darah Babi Dalam Kuah Laksa - ‘Penang Famous Laksa’ Sah Tiada Sijil Halal - JAKIM


PUTRAJAYA 12 Jun – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa orang ramai berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi susulan tersebarnya laporan dalam akhbar tempatan mengenai penggunaan darah babi dalam penyediaan mi kari di Pulau Pinang dan SS2, Petaling Jaya, Selangor.



Menurut Bahagian Hab Halalnya, sebagai langkah berhati-hati pengguna terutamanya umat Islam perlu memastikan premis makanan tersebut memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah supaya makanan diperoleh adalah halalan toiyiban.

“Merujuk kepada laporan akhbar The Star pada 2 Jun lalu, perakuan mengenai penggunaan darah babi dalam hidangan yang dijual di gerai di SS2, Petaling Jaya dibuat sendiri oleh peniaga ber­kenaan, David Tan.

“Untuk makluman pengguna, gerai jualan ini tidak pernah memiliki atau diberikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Akhbar The Star menyiarkan artikel mengenai resipi rahsia turun temurun hidangan mi kari oleh sebuah keluarga di Pulau Pinang yang menggunakan darah babi segar sebagai salah satu ramuannya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penggunaan perkataan secret recipe dalam artikel itu, kenyataan tersebut memin­ta orang ramai tidak terkeliru kerana ia tiada kaitan dengan jenama Secret Recipe yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jakim.

Sehubungan itu, menurut kenyataan tersebut, pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran dan juga premis makanan, boleh menyemak di laman web, www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar MyJakim.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text