Social Icons

Khamis, 18 Februari 2016

Sucikah Halalkah Minyak Masak Yang Kita Gunakan?

OPersatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket dikitar semula di dalam masakan yang boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser. 

Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit

Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul daripada dapur RESTORAN TIDAK HALAL dimana mungkin minyak tersebut telah digunakan untuk goreng daging Babi "Khinzir" dan di simpan sehingga banyak kemudian nya  dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah. 

Pihak berkuasa juga tidak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak bertanggungjawab terbabit.

Awas bila menggunakan minyak masak dalam bentuk paket! Jangan kompromi dengan harga yang murah. Selidiki dulu sebelum membeli di pasar malam atau gerai-gerai pisang goreng di tepi jalan.

Cara Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula

Bagaimana nak pastikan jika minyak masak adalah kitar semula?

Letakkan minyak masak dalam petisejuk lebih kurang 2jam, kalau ada buih keputihan atau berbuih, jadi kita tau minyak tu dibuat dari minyak buangan kitar semula. kita patut beritau orang2 yang kita sayang.

 
Ujian yang senang::

masukkan seulas bawang putih bila goreng sayur2an, jika bawag putih jadi merah, itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun. Bawang putih akan kekal putih jika minyak berkualiti baik.

Dr menegaskan jika semua penerima maklumat ini menyebarkannya kita akan menolong yang lain untuk menjaga kesihatan!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text