Seorang wanita tidak dapat menahan air matanya ketika berdoa agar pesawat MH370 ditemui dan semua penumpangnya selamat. Gambar FAZRY ISMAIL:-
Tersentuh hati melihat penyatuan jiwa rakyat Malaysia dalam meletakkan harapan supaya pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal ditemui dalam keadaan selamat.
Tidak kira agama dan bangsa, masing-masing melakukan usaha terakhir iaitu berdoa kepada Tuhan supaya usaha menjejaki pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu mendatangkan hasilnya.
Bagi kaum keluarga dan rakyat Malaysia yang beragama Islam, tentunya menunaikan solat hajat adalah jalan paling dekat untuk menyerahkan permintaan kepada Allah SWT supaya diberi petunjuk di mana sebenarnya pesawat itu dan bagaimana pula nasib para penumpang.
Di Masjid Sultan Mizan, kira-kira 100 jemaah menyempurnakan solat hajat dalam suasana khusyuk sesekali sayu terutamanya apabila imam membacakan doa.
Ada jemaah menitiskan air mata, tidak kurang juga yang tidak dapat menahan perasaan lantas teresak-esak mengingatkan tragedi kehilangan pesawat itu.
- MalaysiaGazette

0 ulasan:
Catat Ulasan