Berbagai agakan atau tekaan sedang berlegar di internet mengenai punca kehilangan pesawat MH370. Agakan berkenaan dikatakan sebagai kemungkinan yang dijangka berlaku kerana setiap faktor mempunyai pertanda masing-masing.
Tidaklah boleh dihalang pandangan orang ramai terhadap apa yang berlaku. Masyarakat awam mempunyai pelbagai akses yang memungkinkan mereka memperolehi maklumat yang boleh dipercayai walaupun tidak diiktiraf. Sekurang-kurang mereka mempunyai keluarga atau kenalan yang bekerja di bidang berkaitan. Maklumat di dalam ruang maya juga tidaklah sedikit.
Setiap orang ada hak dalam memberi pandangan. Rakyat perlukan maklumat terkini dari masa ke semasa. Insiden ini memberi ruang yang banyak untuk setiap orang mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber yang mereka mampu.

Apapun yang berlaku, usaha mencari dan menyelamat mesti diteruskan. menurut Perdana Menteri, usaha ini akan dilakukan berterusan sehingga menemui kejayaan. Sama-samalah kita mendoakan!!
Dipaparkan pandangan beberapa pakar penerbangan berkaitan insiden pesawat MAS MH370 ini. Ianya adalah pandangan para pakar berkenaan; Sama-samalah kita melihat kewajarannya.
Punca Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 "Hilang" - Pakar Penerbangan
Misteri punca kapal terbang MAS Malaysia Airlines MH370 hilang terhempas semakin memeningkan para penyiasat dan pakar bidang penerbangan apabila tiada sebarang tanda kecemasan dilaporkan oleh kapal terbnag MAS Malaysia Airlines MH370 yang hilang. Bertambah pelik….
Tragedi Kapal terbang MAS Hilang MH370 ini cukup unik, apabila hilang (terhempas) tanpa sebarang petunjuk & diketahui punca kehilangannya.
Dan sehingga kini, masih tiada lagi perkembangan & berita terkini Kapal Terbang MAS Malaysia Airlines MH370 Hilang Terhempas. Dan dalam pada masa yang sama, beberapa pakar penerbangan telah tampil ke hadapan memberikan pendapat & juga analisa mereka berdasarkan pengalaman mereka selama ini. Antaranya ialah :
Tragedi Kapal Terbang MAS Hilang & Terhempas? Pendapat Pakar?
1) David Learmount (Pakar Penerbangan)
Berpendapat spekulasi “bom” sebagai punca kapal terbang Malaysia Airlines MAS hilang terhempas MH370. David Learmount merasa pelik apabila juruterbang MAS (Malaysia Airlines MH370) gagal membuat panggilan kerana mereka mempunyai banyak masa untuk itu, kecuali terdapat bom di dalam kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 tetapi bukti itu tiada.

David Learmount turut memberikan persamaan kejadian yang berlaku kepada kapal terbang Airbus A330-203 milik Air France AF477 yang terhempas di perairan atlantik pada tahun 2009, dimana telah mengorbankan 216 penumpang dan anak kapal 12, termasuk lima rakyat Britain.
Kapal terbang itu terhempas apabila juruterbang hilang kawalan selepas kristal ais menjejaskan sensor yang digunakan untuk mengukur kelajuan pesawat. Kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 adalah moden dibina dengan cantik dan sangat selamat. Jika enjin gagal berfungsi disebabkan gangguan kepada aliran bahan api, kapal terbang Malaysia Airlines itu tetap boleh meluncur tanpa sebarang masalah sekalipun selama kira-kira 40 minit pada ketinggian itu.
David Learmount juga tidak menolak kemungkinan kegagalan menemui kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 itu dalam masa terdekat. David Learmount berkata demikian apabila mengambil kira sejarah pesawat Air France 447 yang terhempas pada 2009 namun ditemui pada 2011, selepas dua tahun operasi mencari dan menyelamat.
2) Richard Quest (Pendapat Pakar Bidang Penerbangan CNN)
Penerbangan tersebut seharusnya selamat dan tidak sepatutnya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Sesuatu telah berlaku ketika pembetulan kecil dilakukan juruterbang.
Penerbangan tersebut seharusnya selamat dan tidak sepatutnya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Sesuatu telah berlaku ketika pembetulan kecil dilakukan juruterbang.
Dalam titik tertentu penerbangan, ini merupakan bahagian yang paling selamat (ketika selesai fasa take-off), tiada apa yang sepatutnya berlaku kepada pesawat itu. Pesawat berada pada ketinggian yang dikawal auto-pilot. Adakah juruterbang membuat pembetulan kecil dan melakukan perubahan pada ketinggian apabila pesawat menggunakan lebih bahan api. Maka, pesawat akan pergi lebih tinggi dan lebih tinggi. Richard Quest berpendapat sesuatu yang sangat serius telah terjadi dalam penerbangan tersebut ketika fasa itu berlaku.
Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 itu tidak dikategorikan lama, Malaysia mempunyai 15 buah Boeing 777-200s. Dan pesawat ini dikendalikan oleh operator (MAS) yang sangat berpengalaman. Mempunyai reputasi yang baik dan rekod keselamatan yang sangat membanggakan.
Juruterbang boleh melaporkan sebarang kejadian walaupun punca kuasa pesawat tersebut gagal berfungsi. Pesawat perlu mempunyai Bateri Back-up dan ia sepatutnya membolehkan juruterbang menggunakan peralatan penerbangan tertentu dan alat komunikasi sehingga mampu menyempurnakan penerbangan itu dengan selamat.
Anda boleh hilang seluruh penjana, anda boleh kehilangan kuasa pada kedua-dua enjin, tetapi Bateri Back-up masih boleh digunakan dalam satu-satu situasi, terutama dalam kecemasan
Tidak menolak kemungkinan punca kemalangan Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 yang mungkin berlaku itu disebabkan tekanan rendah dalam kabin pesawat.
Jika anda mempunyai masalah tekanan udara altitud tinggi, penyahmampatan, masa kesedaran yang berguna (masa juruterbang boleh beroperasi dengan bekalan oksigen yang mencukupi) pada lingkungan 30,000-40,000 kaki hanyalah beberapa ketika.
3) Kapten Jim Tilmon (bekas Juruterbang berpengalaman syarikat penerbangan America Airlines)
“Insiden itu tidak kedengaran baik” menurut kapten Jim Tilmon yang telah bersara daripada syarikat penerbangan America Airlines. Kapten Jim Tilmon berpendapat komunikasi dengan pesawat sepatutnya tidak mudah terputus berikutan laluan daratan yang mempunyai banyak antena, radar dan radio.

4) Mary Schiavo (Bekas Jeneral dalam Jabatan Pengangkutan Jalan Amerika Syarikat)
Mary Schiavo merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku jika tiada sebarang komunikasi terbaru, senario buruk mungkin berlaku berikutan terbongkarnya penemuan dua penumpang misteri yang menaiki Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 dengan menggunakan passport palsu.
Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MAS MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.

Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut. Luigi Maraldi bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti. Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri.
Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel “selamat dan berada dalam keadaan baik. Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.
Justeru, identiti dua penumpang ini menjadi tanda tanya yang cukup besar dan dikhuatiri menjadi punca Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 hilang tanpa sebarang panggilan kecemasan!
Adakah pendedahan dua penumpang misteri itu berkait rapat dengan pendapat & analisa pakar penerbangan David Learmount? Semuanya akan terjawab dengan penemuan bangkai Kapal Terbang MAS Malaysia Airlines MH370 yang hilang terhempas itu kelak…

0 ulasan:
Catat Ulasan