Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

"Jam 4 Pagi Saya Nampak Wanita Sedang Dukung Anak Dan Suami Sedang Menolak Motosikal" - Wayne Phang

Imej
Tersebar dilaman sosial sebuah cerita yang cukup menarik yang boleh dikatakan menunjukkan lambang keperihatinan sebenar yang semamangnya patut dicontohi oleh semua orang tidak kira kaum di negara kita. Kisah yang dikongsikan di media sosial yang cukup mengharukan melambangkan kasih sayang dan tanggungjawab sesama kita rakyat Malaysia. Kisah ini telah beribu-ribu kali di kongsi, betul cakap saudara Wayne Phang tersebut di mana katanya, kebanyakan isu kaum ini bermula dari isu politik yang ditokok tambah oleh pihak tertentu. Jom baca kisah yang ditulis beliau. Pernah sekali saya pulang lewat malam, jam 4 pagi. Di tepi jalan, ada seorang wanita berjalan sambil mendukung anaknya dan suaminya berada tidak jauh di depan menolak motosikal. "Ini mesti kes kehabisan minyak,". Kebetulan tidak beberapa jauh di depan ada stesen Shell, lalu saya berpatah balik dan menegur wanita itu. "Kak, balik mana? Nak tumpang ke?" "Tak apalah, abang...

Para Suami Kena Belajar Hal Ini - Kenapa Perlu Kejut Isteri Walaupun Jam 3 Pagi

Imej
Dari facebook Cik Atenn Azlan Alkisahnya pukul 3 pagi; Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata. 'Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak' Aku diam. Harini hari keenam. kata aku dalam hati. 'Harini hari last kot. Baru tadi saya check darah dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuk la awak' 'Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok?? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?' Aku diam. 'Awak ni buat mudah je dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ni suka tangguh mandi wajib, padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun' 'Sejuk la awak'. Jawab aku. 'Ok kejap' Dia keluar bilik dan ke ruang tamu. Dan dia masuk bersama lighter. 'Awak tak tahan sejuk? Ok. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak takyah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak bole...

Kisah Benar Cikgu DiSiksa Sebelum Ke Mekah

Imej
Gambar hiasan..  Assalamualaikum, saya (Cikgu Rosa) nak berkongsi sebuah cerita. Kisah benar yang saya dapat masa pergi umrah hari tu. Masa di Madinah, tengah tunggu bas nak ke airport balik ke Malaysia, saya duduk berdepan dengan seorang cikgu dari Dungun di lobi hotel. Tengah duduk sembang-sembang, dia pun buka cerita kisah benar yang berlaku pada dirinya sebelum datang ke Mekah. Dia kata, sebelum ini dia koma. Saya tanya, “masa koma, boleh dengar tak orang bercakap dengan kita macam dalam filem tu atau pun dengar orang mengaji ke?” Dia kata, dia tak dengar apa-apa pun. Tetapi dia kata, “Saya diseksa!” Ya Allah, tunjukkan pada saya, ‘Saya Diseksa’. Katanya,  “Allah lambung saya dari atas bumi hingga ke langit. Lepas tu, Allah jatuhkan saya dari langit hingga ke bumi berkali-kali membuatkan saya rasa sangat sakit sampai saya merayu dengan Allah. Saya tak nak mati lagi, saya nak balik semula nak betulkan semula apa yang saya dah buat. “M...

Hospital Jumpa Surat Wasiat Yang Meruntun Hati - Sedihnya Bila Membacanya Ya Allah!!!

Imej
Artikel ini disiarkan dalam MyMetro pada:  Sabtu, 26 Disember 2015 @ 1:36 PM Dan ditulis o leh Hafizudin Mohd Safar   -  am@hmetro.com.my KREDIT: HMETRO Kangar -  26 Disember 2015 Surat wasiat yang viral semalam sehingga meruntun jiwa sesiapa membacanya ditulis wanita warga emas, Bibi Meherniga Abdul Hamid, 71, yang meninggal dunia Selasa lalu. Lebih memilukan, sudah dua hari dia meninggal dunia, tetapi anaknya, orang kurang upaya (OKU) bisu, Imran Jhinkur, 53, tidak mengetahuinya dan hanya memaklumkan kepada penduduk kampung, ibunya sakit pada Khamis lalu. Penduduk yang dimaklumkan perkara itu ke rumah arwah sebelum mendapati wanita terbabit sudah meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia, Bibi Meherniga yang menetap di Rancangan Perumahan Awam(RPA) Kangar 1, di sini, sempat menulis surat wasiat memohon pertolongan sesiapa saja yang membaca suratnya itu untuk menguruskan jenazahnya seandainya dia meninggal dunia. Ini kerana, anaknya ...

‪‎Kisah Benar‬ - Bagaimana Seorang Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak, Sangat Menyentuh Hati!!

Imej
Petang tadi masa aku gi jemput anak . Sampai satu tempat tu tenampak le satu keta benti kat tepi jalan. Bonet depan tebukak. Keta gosak le ni(ati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sowang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam keta aku pasan ada gak penumpangnya. Mandangkan tempat tu ok,aku benti le. Masa jalan ke keta tu,aku nampak dalam keta tu dua pompuan dewasa,sowang budak kecik dan sowang budak lelaki. Mungkin sekuaga le ni... "Asalamualaikum bro. Pehal ni?" Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik,tetiba mati katanya sambil pegang spana idup. "boleh saya tengok?" Aku tanya dia. "Bro pomen ke?" Dia tanya aku balik."tak ahh...tapi saya penah kena cani dulu" aku bagitau dia. "Takpe la bro,gase saya boleh setel ni". "Oo...ok la kalu cantu" kata aku sambil bepusing nak blah. Tetiba aku denga sore pompuan..."masuk ni dah 2-3 orang nak nolong,awak tanak pulak. Tak paham la ...

Qailulah - Kenapa Ianya Perlu?

Soalan : Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?  JAWABNYA: 1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang. 2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali: + Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat + Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds) 3. Waktu ini, jin & syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.  Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).  4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam. 5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.  Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani. 6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terb...

Syabas Bagi Wanita Ini Yang Sokong Poligami

Imej
Cabaran utk lelaki yang beristeri cuma satu. Ditulis oleh seorang doktor wanita... Oleh: Dr. Aisyah Al Syahri Pada zaman kita ini..khususnya 40 tahun kebelakangan ini..satu fenomena menarik yg wajar dibuat pengamatan telah menarik perhatianku.. Ketika para suami yg bermonogami berhimpun sesama mereka, kebanyakan keseronokan mereka ialah bersembang tentang wanita..  Betapa kesalnya mereka dan betapa kuat keinginan mereka untuk menambah isteri.. Kemudian sembang mereka itu mula menyentuh hal seseorang yg berkahwin secara rahsia atau misyar (perkahwinan saraan isteri) atau berkenaan seseorang yg bermusafir jauh dari 'ibu keluarganya' semata2 untuk berkahwin dan bernikmat2 dgn perkahwinan.. juga berkenaan akibat yg dijangka akan berlaku ekoran itu.. Keseluruhan sembang mereka berkisar pd kekesalan di samping keinginan yg membuak2 utk berpoligami.. sayangnya, mereka terhalang oleh kebimbangan dan kepengecutan mereka kpd isteri pertama. Lalu mereka mula mengkhayal dan mengandaikan pe...

Warga Emas Usia 84 Tahun Sakit Jantung Terus Gigih Bersiap Untuk mati

Imej
Ditulis  Nik Aziz Afiq   "Nurse, kiblat arah mana?" "Maaf pakcik, saya bukan Muslim" Perbualan itu menarik telinga aku. Automatik nurse, pakcik tua tu dan keluarga pakcik tu pandang aku. Memang la diorang pandang aku dah aku duduk kat kerusi paling dekat dengan katil pakcik tu malah siap pakai kopiah dengan baju melayu. Mestilah aku kena bagi jawapan kan. "Err kejap saya check kan" Then cepat-cepat install Apps untuk kiblat.. Semua mata dah memandang. "Maaf ye lambat sikit, saya solat kat tingkat atas tadi, tu yang saya tak pasti kiblat kat sini" "Ooooo patutlah". Itu cara awal kami berkenalan semalam. Semalam aku teman abang ipar yang dimasukkan kedalam wad. Lebih kurang pukul 11 malam pakcik tua ini ditempatkan di katil sebelah. Maka posisi aku duduk ialah ditengah antara dua katil, katil kanan ada abang ipar aku, katil kiri ada pakcik tua nie. Bila keluarga pakcik nie pulang tiba-tiba pakcik ...

Wajah Kuala Lumpur Yang Perlu Dibaiki

Imej
Wajah pembangunan dan bangunan mencakar langit sangat hebat! memecah rekod dunia. Masa yang singkat Malaysia jadi terkenal!! tapi..... Walau pun begitu, wajah yang buruk, jelek, busuk dan jijik juga masih memberi imej yang  ketara setanding dengan pembangunan hebat yang berlaku. Membangun di satu sudut tetapi runtuh pula di sudut-sudut yang lain!! 1)  Maksiat di mana-mana. Pusat hiburan mabuk-mabuk, zina dan peleseran tumbuh bagai cendawan. 2)  Jenayah berlaku lebih kerap, meningkat lebih merata dan mengenai semua lapisan.  3)  Akhak masyarakat menyapu bumi 4)  Orang susah tidak dipeduli. Yang miskin tambah melarat, yang menderita tanggung sendiri. Yang kaya hidup nafsi-nafsi. 5)   Institusi zakat dan baitul mal belum bersungguh mengagihkan perolehan tahunan yang ratusan juta. mengutip wang zakat bersungguh dan sangat kreatif cara mengutipnya tetapi untuk mengagihkannya belum merata. Kesian orang miskin faqir yang menumpang hidup dalam ...

3,000 Tan Metrik Makanan Yang Boleh Dimakan Dan Belum Disentuh Terbuang Setiap Hari!!!!

Imej
Jumlah pembaziran di Malaysia bersamaan tiga kali hidangan seorang sehari bagi mengenyangkan setengah juta penduduk, kata Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi). — Foto Malay Mail PETALING JAYA, 12 Mac — Hidangan bufet, selalunya di hotel, penyebab utama pembaziran makanan di negara ini, kata syarikat pengurusan sisa pepejal SWCorp. Kira-kira 3,000 tan metrik makanan yang boleh dimakan dan belum disentuh terbuang setiap hari, lapor akhbar The Malay Mail hari ini. Timbalan ketua pegawai eksekutif SWCorp Dr Mohd Pauze Mohamad Taha semalam berkata orang ramai suka mengambil banyak tetapi tidak mampu menghabiskannya. “Bufet di Malaysia beri macam-macam pilihan, menyebabkan pelanggan mengambil banyak daripada apa yang mereka boleh makan. Keadaan ini paling teruk pada bulan Ramadan,” katanya. Kajian syarikat itu terhadap sisa buangan mendapati banyak makanan masak di tempat pembuangan sampah. “Banyak makanan dan kelihatannya masih boleh dima...

Heboh!!! Serpihan MH370 Dijumpai Di Pantai Timur Thailand?

Imej
Kuklik – Thailand, Satu komponen pesawat Malaysia Airlines MH370 ditemukan di pantai timur Thailand pada Sabtu 23 Januari 2016. Kepala Distrik Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan, mengatakan sepotong logam melengkung ditemukan terdampar di pantai di Provinsi Nakhon Si Thammarat, bagian selatan Thailand. “Warga desa menemukan reruntuhan, berukuran sekitar 2 meter lebar dan panjang 3 meter,” kata Patthikongpan, kepada Reuters, Minggu (24/1/2016). Penduduk desa lalu melaporkannya ke pihak berwajib untuk diidentifikasi. Belum ada konformasi resmi dari Thailand tentang reruntuhan pesawat tersebut. Patthikongpan menambahkan, “Nelayan mengatakan hal itu berkemungkinan besar kerana benda itu dijangka telah berada di bawah laut tidak lebih dari 1 tahun. Ini boleh dilihat dari teritip di atasnya.” Seorang jurucakap Badan Pusat Koordinasi Bersama yang mengawasi pencarian internasional untuk MH370, mengayatakan kepada Reuters untuk tidak mau berspekulasi tentang penemuan...