Social Icons

Sabtu, 26 Mac 2016

Para Suami Kena Belajar Hal Ini - Kenapa Perlu Kejut Isteri Walaupun Jam 3 Pagi

Dari facebook Cik Atenn Azlan

Alkisahnya pukul 3 pagi;

Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata.
'Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak'
Aku diam. Harini hari keenam. kata aku dalam hati.

'Harini hari last kot. Baru tadi saya check darah dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuk la awak'

'Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok?? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?'
Aku diam.

'Awak ni buat mudah je dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ni suka tangguh mandi wajib, padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun'
'Sejuk la awak'. Jawab aku.

'Ok kejap'

Dia keluar bilik dan ke ruang tamu. Dan dia masuk bersama lighter.

'Awak tak tahan sejuk? Ok. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak takyah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali' Kata dia sambil cuba menyalakan api dan acah untuk bakar lengan aku.

Aku mengelak. Tapi aku diam lagi.

'Aten, awak tahu tak yg saya tanggung dosa awak? Saya taknak bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga tiba tiba Allah panggil saya dan kata 'wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat... meh sini meh sini, ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak'..

'Saya taknak sebab awak saya masuk neraka sekali aten. Kesian la kat saya aten. Jangan buat saya macamni. Kalau awak sayang saya, awak pi mandi wajib dan sembahyang Isyak.'

'Lagi satu, awak kan tahu saya ni busy kerja siang malam, kadang kadang tak sempat nak baca quran, apasalahnya awak wakilkan saya baca quran. Nabi kata sorang sahaja dalam rumah tu ada orang yang baca quran, insyaallah seluruh keluarga tu akan terhindar dari fitnah dajjal.'

Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca quran. Selalu on off baca quran. Sepatutnya tiap tiap hari kan? 

Dia datang dan belai lembut rambut aku.

'Awak selalu kata kenapa kita tak dapat anak lagi. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah nak kita sembah dan merayu pada dia. Cuba la sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada Allah dan baca Quran. Saya tengok awak lepas sembahyang kadang kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macamana Allah nak bagi anak?'

Aku mula bertanya.

'Bukan saya nak pertikai. Tapi ni satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Auran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?'

'Ni jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya, bila besar anak-anak dia tak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ni best, tapi anak la dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama'

'Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Tu semua dugaan dan ujian dari Allah'

'Orang yang takde anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab tu saya selalu kata baca doa baca Quran, bila Allah rasa kita dah cukup bersedia, Allah akan bagi anak pada kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan berbanding apa yang kita rancang sebagai manusia'.

Aku menangis. Aku bersyukur ada suami yang selalu support dan selalu nasihatkan aku. Tak pernah nak salahkan aku dan dia selalu kata ini ujian dari Allah.

'Dah bangun pergi mandi wajib'.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text