Social Icons

Ahad, 13 Mac 2016

Inilah Akibat Tidak Beriman - Hidup Hilang Pedoman!! Kecewa Dijodohkan Dengan Wanita Kurang Cantik, Lelaki Ini Terjun ke Sungai

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” (Bukhari Muslim)

Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.

Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.


Photo: Copyright Thinkstockphotos.com

Bagi sesiapa yang ingin menikah, tentu mahukan pasangan yang terbaik baginya. Selainkeperibadian yang baik, fizikal yang baik dan sedap dipandang tentu juga dikehendaki setiap orangdari pasangannya. Apabila seseorang berkahwin dengan teman lelaki atau pasangan pilihannyasendiri, hal ini tentu tidak akan menimbulkan masalah. Namun bagaimana jika seseorang berkahwin kerana dijodohkan?

Walaupun kenyataannya banyak pasangan hidup bahagia kerana dijodohkan, nampaknya tidak sedikit pasangan yang harus kecewa dengan perjodohan tersebut. Tidak hanya kecewa, salah satu pihak bahkan menjadi kecewa dan memilih untuk mengakhiri hidup.

Dari laman mirror.co.uk, lelaki bernama Kang Hu dari wilayah Hubei, China, nekad lompat ke sungai untuk mengakhiri hidup selepas beberapa jam perkahwinannya.

Kang Hu saat diselamatkan dari dalam sungai | Photo: Copyright mirror.co.uk

Kang Hu (33) diketahui telah dijodohkan dengan seorang wanita bernama Na Sung (30). Tapi,kerana bagi Kang Hu wanita yang dijodohkan dengannya dianggap sangat jelek, ia merasa sangatmalu. Bagi lelaki tersebut, Na Sung boleh menjatuhkan imejnya.

Sebelumnya, orang tua Kang Hu memaksa ia berkahwin dengan wanita pilihan mereka. Keranatidak boleh menolak perjodohan tersebut, Kang Hu mengiyakan untuk menikahi Na Sung. Namun,setelah melihat pengantin wanita, Kang Hu mengaku sangat kecewa.

Wanita yang dijodohkan dengannya tidak sesuai dengan apa yang ia harapkan. Baginya, wanitatersebut terlalu jelek baginya. Memandangkan perkahwinan telah dilaksanakan, satu-satunya caraagar Kang Hu bisa terhindar dari istrinya adalah dengan mengakhiri hidup lompat ke sungai.

Kecewa dengan pengantin wanita yang kurang cantik, Kang Hu nekat lompat ke sungai | Photo: Copyright mirror.co.uk

Kang Hu ditemui terapung di sungai pertama kali oleh seorang pejalan kaki berhampiran sungai.Awalnya orang tersebut mengira Kang Hu telah meninggal dunia. Dan setelah berjaya di tolongserta diangkat ke tepi sungai, lelaki 33 tersebut dinyatakan masih hidup. Ia lalu dibawa ke rumahsakit setempat. Setelah menjalani rawatan, Kang Hu boleh pulih seperti semula.

Wah, ada-ada saja ya!! Semoga kedua-dua keluarga pengantin diberi kesabaran dengan apayang telah dilakukan Kang Hu. Semoga juga pengantin wanita boleh menerima keputusan Kang Hudan lebih sabar. Mungkin Kang Hu belum melihat kecantikan lain yang ada dalam diri Na Sung.

Pada dasarnya, kecantikan sejati tidak hanya yang nampak secara fizikal sahaja. Masih ada kecantikan lain yang lebih berharga dari dalam diri yang kadang-kadang tidak semua orang boleh dengan mudah melihat dan menyedarinya.

Dalam Islam, nilai agama itulah yang paling penting sekali dan utama dalam memilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah dosa dan maksiat.

Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah.

Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang  merasa berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text