Social Icons

Selasa, 9 Ogos 2016

Pengalaman Di Pusat Latihan BerKuda GISB HOLDINGS Di Giza, Mesir

GISBH MESIR: Pusat rekreasi berkuda dan aktivitinya

“Jom, mari kita pergi Giza, kita naik kuda..,” ajak Encik Jamaluddin. Kami bergerak dari Villa GISBH dengan kenderaan Ford 4×4 milik GISBH Mesir menuju ke Zawiah Abu Musallam, Giza yang jauhnya sekitar 45 km dari bandar Kaherah.

Sekiranya anda menaiki kenderaan awam akan mengambil masa 2 jam. Kalau berkenderaan sendiri sekitar 45 minit untuk sampai. 

Gambar di hadapan khemah Badwi di stable GISBH Mesir

Masyaallah.. Terpaksa menempuh kesibukan ibu kota tua Kaherah sehingga ke pekan Giza, kemudian kita akan  melalui di celah-celah lorong kecil, sedar tak sedar rupanya kami sudah sampai ke tempat yang dituju. Cantik dan teruja melihat suasana di sini. 


Ilmu tentang kuda
Mari kita ambil tahu sedikit tentang hal kuda binatang kesayangan Rasulullah ini.

  • Sabda Rasulullah SAW: “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah,” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  •  “Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya,” (Riwayat Ahmad).
  • “Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain. Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan sangat menghairankan,” (Riwayat Ahmad).

* Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lain juga.

Kuda di sini ada 5 ekor.. Nama-nama kuda di sini hebat; Abu Akhyar, Anuar, Zusyimalain, Afirah, Hanim. Alhamdulillah, sihat sejahtera semuanya.

Terdapat juga seekor keldai betina yang diberi nama Eva. Sekarang ini kerjanya hanya menggemukkan badan. Khidmat kerjanya sudah kurang semenjak kehadiran “gerek posmen” mengambil alih tugasannya. Sebelum ini Eva memang selalu dibawa keluar untuk membawa barangan dan makanan yang dibeli.

 

Sangkar untuk pelbagai jenis burung 

Kucing juga kita jaga di sini, nampak terhibur semuanya. “Kita jaga dan berikan makan kerana ia juga binatang kesayangan nabi,” kata Akrom, remaja yang bertugas di sini. Pelbagai jenis burung seperti puyuh, merpati, kenari juga dipelihara di sini. 

Pengalaman pertama yang pastinya tidak akan dilupakan

Terdapat empat batang pokok kurma yang sedang meranum buahnya. Emm… Pandai Encik Jamaluddin mencari peluang.

Petugas di sini di kalangan empat remaja, mereka bertugas secara bergilir setiap minggu. Antara yang sempat aku jumpa dan bertanya khabar ialah… 
Muhammad Fadlullah Al Ja’fari, berumur 17 tahun penuntut di Maahad Bu’uts Islamiah Al Azhar. Anak kepada Tuan Dato’ Johari Morad yang suatu ketika dulu pernah menuntut di Universiti Al Azhar. Beliau  belajar ilmu tentang kuda semejak tahun 2015. “Seronok gila berkawan dengan  kawan nabi,” katanya.Walaupun berpengalaman beberapa kali ditendang dan digigit kuda, kata beliau lagi.

Tenang dan meyakinkan.. Muhammad Fadlullah dan Sahabat beliau Akrom di stable GISBH Mesir

Bagi  Mohamad Akrom, 19 tahun: “terasa terdidik dengan perangai haiwan, kena belajar sabar dan berhalus.” Akrom mula berjinak di sini baru sekitar 3 bulan, anak kelahiran Sabah, keluaran kolej vokasional kulinari.

Senang atau susah jaga kuda? Aku bertanya kepada Stable Manager di sini. “Kena banyak korban perasaan,” jawab Syahid Jo, remaja berumur 23 tahun. Beliau dah 4 tahun berkawan dengan kuda-kuda di sini. Syahid anak kepada seorang doktor gigi yang sememangnya dari kecil sukakan binatang. “Masa mula dihantar belajar ke Mesir ingat nak kena masuk kelas keluar kelas je, jemu dan macam nak balik kampung. Tapi bila GISBH buka stable kuda saya lupa hal nak balik Malaysia,” katanya.

Pernah lebih 10 kali jatuh kuda, pernah juga kena tendang kuda tapi itulah perangai kuda. “Sebenarnya kuda itu menendang bila rasa terancam.. kalau kita pandai belai elok je,” terang beliau.

Tanah ini asalnya kawasan kebun pertanian, milik seorang petani di sini. Ia telah disewakan kepada GISBH di awal tahun 2012 sebagai tempat latihan berkuda bagi anak-anak pelajar GISBH di Mesir. 

Kini ia telah dibuka kepada orang awam dan menjadi pusat rekreasi berkuda yang lengkap dengan kemudahan bilik penginapan, dapur, bilik air dan tandas awam. 

 

Jika anda inginkan kelainan untuk beriadah dan berekreasi,bolehlah menghubungi pusat ini. Ia satu pengalaman indah sebagai menambah tempat ziarah serta lawatan di bumi Mesir ini.

Kelihatan jurulatih memimpin kuda kepada penunggang baru 

Zusyimalain kuda pure Arab, nilainya melebihi RM 100 ribu

Untuk mereka yang ingin berjinak dan mempelajari ilmu berkuda, pasti anda akan teruja bila ke sini. Layanan dan kemesraan jurulatih muda di sini  pastinya menjadi kenangan manis kepada anda. 

Mari belajar menunggang kuda sambil menghidupkan sunnah. 

Hubungi Syahid Jo: +20 11-42528329

Latihan menunggang untuk mereka yang tiada asas menunggang akan dimulakan dengan “joyride“, kemudian latihan berjalan “walk“, seterusnya “trot“, kira macam jogging laa.. Terakhirnya “canter“.

Insya Allah dalam 10 jam dah boleh menunggang sendiri.
Setiap kelas selama 45 minit x 12 sesi. 

Begitulah serba sedikit maklumat tentang pusat rekreasi GISBH Mesir. 

  • Rasulullah SAW bersabda: Riwayat Ibnu Majah seperti berikut : “Barangsiapa yang mengikat (memelihara) seekor kuda di jalan Allah, kemudian ia memberinya makan dengan tangannya, maka baginya dari setiap biji satu kebaikan”.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text