Social Icons

Khamis, 26 Januari 2017

Takut Tuhan Rindu Rasul (TTRR)

Ramai usahawan bertanya pada Pak Lang di mana boleh dapatkan remaja untuk bekerja dengan syarikat mereka seperti yang berlaku di dalam GISB Holdings. Mereka melihat GISBH mempunyai pekerja berusia remaja yang begitu ramai. Hampir 90% tenaga kerja GISBH adalah remaja. Pergilah ke mana sahaja, wajah-wajah polos remaja inilah yang akan ditemui.

Susah juga hendak menjawabnya! Bagi para usahawan, keperluan tenaga kerja adalah suatu yang tidak dapat tidak. Ianya amat kritikal terutama bagi usahawan yang mengendalikan 'home industri' dan peruncitan. Bukan mudah hendak mencari yang jujur.

Kenapa mereka mencari-cari pekerja sedangkan untuk mendapatkan pekerja tidaklah sukar? Yang mencari pekerjaan memang ramai. tetapi mencari pekerja yang jujur dan berkualiti sangatlah susah. Ibarat mencari gagak putih?

Pekerja yang datang dan pergi mempunyai nilai yang lebih kurang sama. Sebab itu mereka tidak lama dalam sesebuah syarikat. Kalau bermasalah, syarikat terpaksa membuang mereka. kalau sudah ada kontrak kerja, tiba-tiba baru nampak masalah, sudah sulit hendak menyingkirkan mereka dari syarikat.

Nilai pekerja bermasalah biasanya dilihat dari segi prestasi kerja. Apa yang berlaku rata-rata pekerja suka curi tulang. kalau bos tidak ada, berleluasalah hal ini berlaku. Pasanglah CCTV dan lain-lain prosedur pemantauan, culas, malas dan tidak bertanggung jawab tetap berlaku. Inilah yang berlaku di mana-mana.

GISB Holdings mempunyai hampir 4 ribu orang warga kerja. Ada lebih 110 buah restoran di seluruh dunia. Jumlah projek sahaja pun melebihi 800 unit dalam pelbagai bidang perniagaan dan perkhidmatan. Ianya meliputi pasaraya, pasar basah, bakeri dan pastri, butik pakaian, homestay dan penginapan, pengangkutan, pelancongan, perkhidmatan rawatan kesihatan, pertanian, perladangan, penternakan, perkilangan, industri kecil dan sederhana, bengkel besi, pembinaan, rekaan dalaman, pengubahsuaian rumah atau pejabat atau bangunan dan sebagainya. Semuanya wujud bertebaran di seluruh dunia.

Semua yang tersebut adalah rangkaian perniagaan dan perkhidmatan GISB Holdings yang masih terus diusahakan agar ianya dapat menampung keperluan masyarakat pelbagai kaum, bangsa dan agama di mana-mana sahaja. 

Soalnya bagaimana GISB Holdings mengendalikan warga kerja yang begitu ramai tanpa berdepan dengan masalah seperti syarikat lain?

Memang ada usahawan yang menggunakan teknologi CCTV untuk memantau tingkah laku pekerja dan perjalanan perniagaannya terutama ketika dia tiada di premis perniagaannya. Tetapi manusia tetaplah manusia. kecerdikan dan kepintaran biasanya digunakan untuk membuat yang salah. Jadilah CCTV juga gagal menyekat ketidakjujuran pekerja. 

Warga kerja GISB Holdings tetap sama - perlukan pemantauan. tetapi pemantau yang ada tidak lain tidak bukan ialah hati yang ada rasa takut setakut-takutnya dengan Tuhan dan rindu serindu-rindunya dengan Nabi. Inilah yang di katakan CCTV Rasa Hati TTRR (Takut Tuhan Rindu Rasul).  CCTV Rasa Hati TTRR.

Rasa TTRR inilah yang sentiasa ditanam dan disuburkan dalam hati semua staf. Semakin kuat rasa ini wujud, semakin mencurah-curah bantuan Allah kepada syarikat. Semakin kuat rasa hati sebegini berlaku di kalangan staf, semakin dipermudahkan segala urusan, semakin berkurangan masalah dan kesulitan dan semakin bertambah meningkat prestasi syarikat secara drastik dan berkembang secara berterusan. 

Inilah rahsia bagaimana GISB Holdings mengembangkan skala perniagaan dan perkhidmatannya. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text