Ada yang mengambil kesempatan. Diwaktu orang menempuh kesulitan, diwaktu keadaan sangat genting dan sulit, ada ramai manusia yang akan tampil mengambil kesempatan. Nampak awalnya seperti bersimpati, bersusah payah mahu menolong tetapi rupanya itulah ruang bisnes yang direbut. Kesulitan orang lain dijadikan ruang memberi 'harga' kepada setiap bantuan yang diberi.
Dalam orang lain sibuk mengumpul derma untuk di beri kepada mangsa banjir, ada juga manusia yang sanggup mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain - mangsa-mangsa banjir menjadi korban. Ada manusia yang sanggup kenakan tambang/caj bot sampai RM100.00 ++ pada mangsa2 banjir. Manakala di pusat penempatan mangsa banjir pula ada yang sanggup jual mineral water dengan harga sehingga mencecah RM6.00 sebotol. Tidak ada perasaan ingin membantu dan mahu berkorban demi menolong orang lain bahkan yang dilihat bagaimana dapat memeras wang ringgit orang lain yang sedang tersepit.
Mangsa banjir sudah kehilangan harta benda. Kerosakan rumah, tempat tinggal, kenderaan, peralatan dan sebagainya sangat menyedihkan. Ada yang menanggung kerugian puluhan ribu ringgit. Bagaimana mereka akan memulihkan segalanya selepas ini. Inilah yang sedang bermain di fikiran masing-masing. Kesulitan makan minum, tidak usah dicerita lagilah. Setiap hari - di pusat penempatan banjir itu- tentulah perlu kepada makan minum. Keselesaan jauh sekali.
Dalam keadaan susah begitu, sepatutnya masing-masing turun membantu dan berkorban. Apa pun inilah wajah dan nilai masyarakat kita!! Orang yang tidak berhati mulia, akan terus memikirkan untung wang ringgit daripada keuntungan maknawi yang hakiki. Membantu orang yang susah akan membuka pertolongan Allah untuk kita di waktu kita kesempitan dan kesulitan. Waktu dan masa kita menempuh susah akan sampai gilirannya pada kita satu masa nanti.
Maknanya belum ada org2 kita yg mencontohi Syaidina Ali yg terdidik jadi pemurah walau dia sendiri susah, Ya Allah aku sendiri bagaimana, pimpinlah aku wahai Tuhan
BalasPadam