Social Icons

Sabtu, 7 Disember 2013

Terkini - Liputan Banjir Di Pantai Timur




Liputan Banjir Oleh Media OOO.MY Berhubung Banjir Di Pantai Timur 2013 – Akan di Update Sehingga Banjir Reda !

Brado Kapak – Seperti yang sudah sedia maklum, hujung tahun adalah musim banjir bagi kawasan Pantai Timur. Keadaan ini sering berlaku bukan kerana banjir itu adalah satu musim cuaca di negara kita, tetapi ia berpunca daripada pelbagai masalah termasuk saliran air tersumbat, saliran air tidak stabil, laluan sungai tersumbat dan pelbagai lagi masalah yang dihadapi pada setiap musim tengkujuh. Setiap tahu, sekitar bulan Oktober hingga awal Januari adalah mimpi ngeri bagi mereka yang tinggal di Pantai Timur terutama bagi yang berada di kawasan Timur Johor, Kuantan, Kuala Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan. Jadi sememangnya liputan banjir seperti ini amat penting bagi orang-orang yang tidak tahu di mana mahu mendapatkan update-update terkini isu semasa banjir di Pantai Timur ini.

Jom ikuti liputan banjir daripada kumpulan media kami disini…. artikel ini akan di update dari masa ke semasa. InsyaALLAH, liputan banjir ini akan diteruskan sehingga keadaan reda.

—————————————————

8 Pagi 6 Disember 2013 – Bandar Cenderawasih dan Jalan Pintasan Bukit Setongkol telahpun pulih sepenuhnya daripada banjir. Laluan-laluan utama disekitar area tersebut telahpun dibuka semula. Beberapa keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Syukur Alhamdulillah….

7.15 Pagi 6 Disember 2013 - Mangsa banjir di Kelantan telah naik mendadak melebihi 3000 orang. Paras air Sungai Golok juga telah didapai melebihi paras bahaya. Sek sek klate kito, siap sedia belako deh…. jago molek.

7.10 Pagi 6 Disember 2013 - Beberapa kes pecah rumah telahpun dilaporkan di kawasan Kampung Sungai Isap, Kuantan, Pahang. Hujan sudah mula turun semula pada pagi ini. Doakan kesejahteraan orang-orang Pahang.

7 Pagi 5 Disember 2013 - Alhamdulillah. Ramai dah mula berkumpula area TOL GOMBAK. InsyaALLAH sekitar jam 8 rombongan seterusnya akan bertolak. Rombongan ini terdiri dari gabungan beberapa NGO dan persatuan termasuk fans Abby Abadi dan juga pelajar-pelajar UIA yang sudi menjadi sukarelawan banjir di Kuantan dan Kemaman.

Kepada yang nak menghulurkan bantuan boleh datang ke TOL GOMBAK sehingga jam 8 pagi. Kalau kami ada lg, maknanya ada la tu. Kalau dah tak de tu dah bertolak jawabnya. Kalau korang datang, kami dah tak ada…. jgn lupa datang ke Dataran Merdeka, kat sana pun ada buat kutipan siang ni…. so jom sama2 support ! Tak dapat hulur bantuan wang ringgit atau kebendaan, kongsikan je berita ni… kalau malas nak kongsi juga, hulurkanlah doa buat saudara kita di Pahang dan Terengganu agar sejahtera hendaknya. Lagi info baca disini.

6 Pagi 5 Disember 2013 - Hujan semakin lebat di beberapa kawasan di Sarawak. Paras air meningkat dilihat di beberapa daerah termasuk Miri. Lihat pemetaan cuaca hujan pagi ini disini >> PEMETAAN CUACA MALAYSIA.

10.30 Malam 5 Disember 2013 - Sultan Johor, Sultan Ibrahim hari ini telah berkenan turun mencemar duli melawat mangsa banjir di Segamat di balai raya Kampung Pogoh 2. Lagi artikel baca disini.

9.50 Malam 5 Disember 2013 – Beberapa NGO telahpun menempah tempat untuk hadir ke Pahang bagi menghulurkan bantuan. Update terkini, Group UIA akan bergabung dengan NGO PEMASSA ♡ [ Persatuan Media Sosial Malaysia ] dan FMC Abby Abadi team di Tol Gombak pagi Sabtu 7/12/13 ni. Untuk sebarang hebahan lanjut boleh hubungi Bro Syarif +60 13-353 3260. Rombongan mereka akan berangkat dari Tol Gombak jam 8 pagi esok. Bersiap jam 7 pagi esok berkumpul di hadapan Tol Gombak. Info lanjut baca disini.

9 Malam 5 Disember 2013 - Seluruh kawasan dalam Kemaman, telah terputus bekalan elektrik sepenuhnya selepas pihak TNB memutuskan bekalan semenjak jam 6.30 petang tadi, waktu tempatan. Ini perlu dilakukan berikutan banjir semakin memburuk dan pihak TNB harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana ia penting bagi mengelakkan kes-kes renjatan elektrik dan juga kes-kes kerugian yang besar.

6.30 Petang 5 Disember 2013 - Tuan Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS telah pun turun padang melawat mangsa banjir di beberapa kawasan dalam daerah Kemaman, Terengganu. Lagi berita baca disini.

6 Petang 5 Disember 2013 - Dato Seri Najib dilihat telah turun padang meninjau keadaan mansa banjir dibeberapa kawasan di Pahang. Dato Seri telah mengatakan yang pihaknya akan mengeluarkan bantuan khas untuk semua mangsa banjir yang telah dipindahkan ke semua pusat pemindahan banjir.

5 Petang 5 Disember 2013 - Angka kematian mencatatkan 3 orang setakat ini. Satu daripadanya mati lemas tak dapat pertolongan dan dua daripadanya mati jatuh dari bot. Satu daripada mereka adalah orang dewasa dan Ahli AJK UMNO Pahang dan selebihnya adalah remaja belasan tahun.

12.50 Tengah Hari 4 Disember 2013 - Terkini. Kg Banggol Kiri, Kemaman. Kg dalam bandor, air semakin naik. Awok-awok Ganu get ready.

11.05 Pagi 4 Disember 2013 - Batu pahat sudahpun dinaiki air. Get ready semua penduduk Batu Pahat. Hujan renyai2 masih ada di sekitar area Batu Pahat. Orang batu pahat, update tau dr masa ke semasa.

9.45 Pagi 4 Disember 2013 - Penduduk yang tinggal berdekatan sungai atau kawasan banjir di Johor diminta berjaga-jaga berikutan aras air sungai yang kian meningkat. Ia membabitkan daerah Mersing, Segamat, Kota Tinggi, Kluang dan terbaharu Muar dan Batu Pahat. “Orang ramai yang ingin ke Mersing, Kluang atau Kota Tinggi dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Jemaluang-Kluang dan Jalan Tenggaroh-Tanjung Sedili-Kota Tinggi,” — Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Hashim.

9.30 Pagi 4 Disember 2013 - Bekalan elektrik terputus di daerah-daerah utama seluruh Pahang. Beberapa lokasi di Pahang telahpun terputus bekalan elektrik sejak malam tadi.


9.10 Pagi 4 Disember 2013 - Bandar Kuantan telah LUMPUH sepenuhnya pagi ini…. air mencecah paras dada orang dewasa… jalan-jalan utama seluruh bandar-bandar utama Kuantan telah mati. Lebih 9300 penduduk sekitar Kuantan – Gambang telahpun dipinahkan ke lebih 60 buah pusat pemindahan di Zon Hijau. Kini, Kuantan sudah menghampiri Zon Merah.

8.20 Pagi 4 Disember 2013 - Banjir yang kini melanda Kemaman, Terengganu telahpun meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditemui lemas dalam kejadian di Kampung Padang Kubu, Kijal semalam. Menurut Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, beliau turut dimaklumkan seorang kanak-kanak dikhuatiri hilang dalam kejadian air pasang besar, juga di Kijal.

Berdasarkan laporan Bilik Gerakan Banjir daerah Kemaman, lebih 1000 mangsa daripada 483 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir, kata Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, kepada pemberita di sini pagi ini.

Al-Fatihah buat mangsa banjir pertama di negara kita tahun ini….. seburuk-buruk banjir tahun lalu, tak ada meragut nyawa… banjir tahun ini sudahpun meragut nyawa. Ayuh, awasi anak-anak anda terutama di musim tengkujuh ini. Jangan biarkan mereka bermain di tempat yang tak dapat di lihat oleh orang dewasa!

7.00 Pagi 4 Disember 2013 - Keadaan semakin buruk di sekitar daerah Kuantan. Seramai 9030 mangsa telahpun dipindahkan ke pusat pemindahan sementara banjir Pahang yang beroperasi di beberapa daerah. Jalan sekitar Pahang telahpun ditutup sepenuhnya. Hubungan antara Pahang – Terengganu – Johor telahpun terputus. Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin, Kuantan dan Jerantut. Katanya laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Km28 Kuantan-Sungai Lembing, Km36 Jalan Gambang-Kuantan, Km16 Jalan Nenasi-Pekan, Km145 Jalan Jerangau-Jabor, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km10 Jalan Kuantan-Pekan.

3.23 Pagi 4 Disember 2013 - Bandar Kemaman telahpun lumpuh. Air telah mula melimpah memenuhi sekitar bandar Kemaman, Terengganu. Paras air didapati telah mencecah paras dada orang dewasa.

12.15 Tengah malam 4 Disember 2013 - Air naik disekitar bandar-bandar besar termasuk Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Paka dan lain-lain daerah di Terengganu. Pihak Polis telah melaporkan agar berwaspada terhadap sebarang kemungkinan. Unit Tindakan Banjir telahpun bersiap sedia.

8.45 Malam 3 Disember 2013 - Paras air mula meningkan secara mendadak disekitar Kuantan, Pahang. Pihak Polis telah mengeluarkan amaran bagi penduduk sekitar Kuantan, Gambang, Rompin, Raub dan daerah-daerah sekitarnya untuk berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan.

5.45 Petang 3 Disember 2013 - Kolej Islam KIPSAS, Kuantan, Pahang telahpun ditenggelami air sedalam lebih 5 meter. Para pelajar telahpun dipindahkan ke satu kawasan yang lebih selamat oleh anggota yang bertugas.



=========================

NOTA OOO ! Al-Fatihah buat semua mangsa banjir yang berugama Islam di negara kita tahun ini….. seburuk-buruk banjir tahun lalu, tak ada meragut nyawa… banjir tahun ini sudahpun meragut nyawa. Ayuh, awasi anak-anak anda terutama di musim tengkujuh ini. Jangan biarkan mereka bermain di tempat yang tak dapat di lihat oleh orang dewasa!



GAMBAR-GAMBAR BANJIR 2013

- Sultan Johor, Sultan Ibrahim mencemar duli melawat mangsa banjir di Segamat. Berita baca disini.

- Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang turun padang melawat mangsa banjir 
di Segamat. Baca berita.

-

- Dato Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia, turun padang meninjau banjir di sekitar Pahang selepas memberi ucaptama di Persidangan Agung UMNO 2013 di PWTC semalam. .
KLIK SUMBER

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text