Social Icons

Selasa, 10 Disember 2013

Mangsa Banjir Di Pahang - Seramai Lebih 33,900 Orang Masih Berada Di Pusat Pemindahan.

KUALA LUMPUR: Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) setakat jam lapan malam tadi, jumlah mangsa banjir di Pahang yang dipindahkan ke pusat pemindahan berkurangan kepada 33, 913 berbanding 33,952 pada pagi.

Jumlah itu melibatkan 10, 282 keluarga yang kebanyakannya dari Kuantan dan Pekan. Menurut MKN, daripada jumlah mangsa terlibat seramai 27, 674 mangsa dari Kuantan, Pekan, 3, 181 orang dan Temerloh 1,132.

Jumlah mangsa banjir di Kemaman, Terengganu meningkat kembali kepada 13,335 orang. Manakala di Dungun 1, 251 orang dan Marang 23. Kesemua jumlah mangsa banjir di negeri itu ialah 14, 609 orang.

Sementara itu, Johor mencatatkan jumlah mangsa banjir di Segamat seramai 303 orang. Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat jam 9 pagi kesemua mangsa daripada 10,328 keluarga itu ditempatkan di 141 pusat pemindahan.

Beberapa jalan utama pula masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di KM14 Jalan Temerloh-Bahau, KM18 Jalan Triang-Temerloh dan Jalan Jerantut-Kuala Lipis (Kampung Sepial).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text