Social Icons

Jumaat, 4 April 2014

Pengamal Perubatan Islam Saran Pencarian MH370 Di Darat




Pak Lang muatkan di sini paparan yang diambil dari Blog Heliconia (Terima kasih)

Sudah lama saya membaca berita ini, sejak 15 Mac, namun mungkin sekarang waktu terbaik untuk diblogkan. Orang bertaqwa kadang-kadang diberi rasa hati, hasil usaha taqwanya, sifat kehambaan dan tawadhuknya mengumumkan ilham atas niat membantu, bukan menunjuk-nunjuk. Bukan diberi mimpi yang hebat-hebat.

Namun, fihrasat orang mukmin yang sangat soleh insyaAllah sangat tepat, sepertimana kata-kata kiasan Sheikh Nazim Adil Haqqani Al Qubrisi. Kata-katanya ‘ Bersedekahlah sebelum ‘Jumaat’ ini, jika tidak para penumpang pesawat semua akan dipanggil Allah’. Ini adalah kiasan, siapa yang mampu menafsir kiasan Sheikh? Kepada siapakah terutamanya, kiasan ini ditujukan? Wallahualam.
عن ابن عمر رضي الله عنه قال :قال صلى الله عليه و سلم :
 اتقوا فراسة المؤمن فاءنه ينظر بنور الله .
Dari IBNU UMAR ,RASULULLAH bersabda : ” HATI HATILAH KALIAN DARI FIRASATNYA ORANG MUKMIN , KERANA MEREKA MEMANDANG KALIAN DENGAN NUR CAHAYA ALLAH “
————————

Mac 15, 2014
Pengamal perubatan Islam, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar memohon kepada pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) agar memanjangkan usaha ke daratan pula. Tuan Asmawi yang ditemui Mynewshub berkata, cadangannya bagaimanapun tidak bermaksud dia mahu mengambil kedudukan sebagai peramal atau penilik nasib.

Sebaliknya ia berdasarkan penelitian yang dibuat selepas melaksanakan solat istikharah, solat hajat, solat taubat dan sebagainya sebagai ikhtiar bagi membantu merungkai misteri di sebalik kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas.

“Ada kenyataan dikeluarkan sebelum ini menyatakan pesawat berpatah balik. Saya menyeru pihak SAR lebih tumpukan usaha pencarian ke daratan pula di sekitar Laut China Selatan melibatkan Terengganu, Kelantan, Pahang termasuk Vietnam juga tetapi bukan lagi di laut,” ujarnya.

Menurut Tuan Asmawi, harapannya itu tidak bermaksud dia memperoleh alamat melalui mimpi.
Bagaimanapun kata pengasas program terbitan Astro, Imam Muda dan Ustazah Pilihan ini; Allah SWT kadangkala memberikan ilham untuk lebih memudahkan jalan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text