Social Icons

Rabu, 2 April 2014

Kalaulah Anda Tahu Betapa Besar Impak Tragedi MH370!!




Kalaulah anda tahu betapa besar impak tragedi MH370, anda tidak akan komen sesuka hati. Sebaliknya anda akan jadi sangat takut. Kerana impaknya bukan sekadar kesedihan kepada waris mangsa dan simpati kita semua. Tetapi jauh dari itu nampaknya yang bakal berlaku mungkin mencakupi:-

1. Ketegangan kaum atas kebiadaban orang tertentu bercakap mengulas tentang bangsa cina dan rakyat cina

2. Hubungan ekonomi antara negara kita dan negara lain terutama negara Cina

3. Pejabat MAS di Beijing telah di arahkan tutup faktor keselamatan.

4. Ancaman keselamatan rakyat Malaysia termasuk pelajar dan pekerja di negara tertentu.

5. Ancaman serangan siber ke website sistem perbankan, keselamatan negara dan website kerajaan oleh cyber troopers negara Cina.

6. Pemulauan barangan Malaysia .

7. Pemulauan dan kesan ekonomi kepada tarikan pelancong .

8. Kuasa besar ekonomi moden dunia iaitu cina mampu secara halus atau kasar menekan MAS dan Malaysia secara legal melalui tuntutan berbilion ringgit.

9. Harga barang di Malaysia akan bertambah naik lagi kesan tekanan ekonomi akibat dari tindakan undang-undang, gantirugi, kos luar budget dll ...

10. Kestabilan politik makin tergugat kesan dari penglibatan antarabangsa.

11. Kelemahan sistem ketenteraaan / udara dan laut Malaysia terbongkar.

12. Jatuhnya kredibiliti negara kita dan reputasi  MAS di mata dunia.

13. Dan banyak lagi

Semuanya boleh membawa kita ke zaman gelap, anak-anak susah nak sekolah, nak makan pun susah, pengangguran meningkat, kerja susah dan banyak lagi.

Oleh kerana itu, bermuhasabahlah diri kita masing-masing. Berhati-hatilah dalam bercakap dan menulis. Jangan melakukan sesuatu yang tambah merosakkan negara. Bercakaplah perkara yang baik-baik jangan mengapi-apikan permusuhan. Jika mahu menegur, tegurlah dengan fakta dan maklumat yang jelas. Dipihak yang kena tegur, janganlah melatah. Hadapi semua kritikan dengan rasional dan positif. 

Bergantunglah dengan Tuhan. Jangan terlalu menganggap diri kita pandai, bijak dan berkuasa. Tuhan membenci orang yang sombong. Maka sepatutnya kita merendah dirilah, nanti Tuhan akan tinggikan darjat kita di sisiNya.

Jika kita bersalah, mohonlah kemaafan dan bertanggungjawablah. Sayangi negara kita lebih utama daripada menyayangi keluarga dan anak isteri kita. Jika bertembung kepentingan peribadi dan kepentingan negara - jika seseorang itu terhormat dan mulia, dia akan memilih mengorbankan kepentingan diri dan keluarganya asalkan negara dan rakyatnya selamat. Inilah sifat negarawan sebenar. Hanya mereka yang sebeginilah yang layak di nobatkan sebagai pejuang dan pembela agama, bangsa dan negara. 

Ingatlah sehebat mana teknologi dan kuasa yang kita ada. Allah lagi hebat dan lagi maha kuasa. Cukup-cukuplah apa yang telah berlaku. Marilah kita mencari titik temu membuka lembaran baru. Mari kita bina fasa baru untuk negara tercinta. 

Jika 13 Mei 1969 menjadi titik tolak perubahan sosio ekonomi negara, inilah masanya lanskap baru negara kita, kita rangka dan susun semula. Libatkan semua pihak dalam perbincangan agar hasilnya adalah perubahan untuk kembali kepada Tuhan pencipta kita. Jika kita semua mengutamakan Tuhan, pasti kita akan berpadu dan hidup harmoni. Tuhan akan jadikan negara kita aman makmur dan mendapat keampunanNya seperti janjiNya

Insiden MH370 sangat memalukan negara. Ianya bukan memalukan dari sudut kehilangan pesawat kerana semua negara dan semua pesawat mempunyai risiko kehilangan. Apa yang memalukan kita ialah dari insiden ini terbitnya berbagai cerita, spekulasi dan tanggapan negatif terhadap DCA, MAS, juruterbang, pembantu terbang, anak kapal, rakyat umum dan pemimpin negara kita.. 

Sebahagian puncanya tentu dari kita sendiri kerana kita belum matang dalam menangani situasi getir. Kita tidak dapat memperlihatkan tahap profesionalisma yang tertinggi dalam pengurusan krisis. malah sebenarnya kita belum ada 'hero' sebenar yang sepatutnya muncul menjadi pembela maruah negara di saat yang kritikal ini. 

Apa pun, jika kita terus berdoa dan merintih dengan Tuhan, moga-moga dengan kasih sayangNya, diberikanNya jawapan yang kita cari-cari selama ini - ekoran dari insiden ini. Apakah yang Tuhan mahukan dari kita ekoran ini semua? Tepuk dada tanya iman!!
(suaramuhajirin313 / 2April 2014)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text