Social Icons

Rabu, 4 Jun 2014

Setelah 3 Bulan Gagal Mencari MH370, Misi Mencari Kini Diswastakan



KUALA LUMPUR: Syarikat mempunyai kepakaran dipelawa menyertai tender bagi mengendalikan pencarian peswat MH370 di dasar laut, bermula Ogos ini.

Tender terbuka itu dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan boleh didapati menerusi laman web AusTender, www.tenders.gov.au.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.30 petang waktu Australia (3.30 petang waktu Malaysia), 30 Jun 2014.

"Syarikat itu akan menyediakan pakar, peralatan dan kapal bagi mengendalikan pencarian dasar laut bagi mengesan pesawat Boeing 777 di dalam zon ditetapkan iaitu selatan Lautan Hindi," katanya dalam satu kenyataan.

ATSB berkata, pembida yang berjaya dijangka mengendalikan pencarian membabitkan kawasan sehingga 60,000 kilometer persegi berdasarkan komunikasi terakhir pesawat itu dengan satelit Inmarsat. ~hrkh

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text