Anak cucu dan remaja yang Pak Lang kasihi!
Pak Lang tidak pernah merokok! Sejak kecil sangat jijik dengan rokok. Maaf! sebab guna istilah jijik. Mungkin kedengarannya agak kasar tapi itulah istilah yang tepat untuk diri Pak Lang. Masa kecil tengok orang tua-tua kat Felda hisap rokok, rasa geli kalau tersentuh. (Sanggup basuh jari yang menyentuh rokok tu!!). Pada Pak Lang ketika itu, bau asap rokok sangat busuk, itu yang tidak suka. Walaupun orang tua Pak Lang hisap rokok, kami anak-anak yang lelaki seramai 7 orang tidak merokok. Sampai sekarang sudah bercucu cicit, kami semua kekal tidak jadikan rokok sebagai teman setia. Alhamdulillah!!
Harapnya anak cucu semua dapat jaga dan kawal diri dari fitnah rokok. Kami anak-anak Felda zaman 70an melihat sendiri ramainya kawan-kawan yang awalnya merokok akhirnya mengambil ganja sebagai ganti tembakau. Bayangkan itulah barang yang dihisap setiap hari. Masa dulu penguat kuasaan hal dadah ini belum begitu serius. Jadi Pak Lang boleh saksikan kawan-kawan 'tenyeh' daun ganja di telapak tangan. Mereka bahkan menanam pokok ganja di belakang rumah.
Tapi yang sedihnya ramai yang mati sebab dadah. 'Latihan' menghisap ganja itu akhirnya berpindah kepada heroin dan morphin. Akibatnya mati beragan la. Tulang-tulang mereka rapuh dan reput!! Itulah penangan kedua jenis dadah pembunuh itu. Semuanya mati muda. Cepatnya kematian menjemput mereka, memisahkan mereka dari 'kecintaan' mereka. Semoga mereka sempat insaf dan bertaubat.
Sekarang sudah 'advance', para pengilang dan peniaga dadah sudah tidak keluarkan produk dadah yang cepatkan kematian. Kenapa? Sebab jika cepat mati, putuslah pelanggan mereka. Untuk itu, mereka cipta dadah yang jadikan manusia yang asalnya sihat jadi mayat hidup. Bekalannya sentiasa diperlukan tapi mati lambat lagi.
Jadi para pengedar dapat seorang penagih yang akan konsisten membeli dadah dari mereka - setiap hari. Jika setiap hari perlukan RM100.00, para penagih tegar ini pasti akan berjaya dapatkan. 'Jiwa positif' jugalah penagih dadah ini sebab target sehari sebanyak itu mampu dicari. Tapi tentulah dengan berbagai cara yang 'menggeramkan' orang sekeling. Sebab itu jika terkena tangkap kerana memecah masuk rumah orang atau meragut atau mencuri, pastilah 'lumat' dibelasah orang ramai.
Hiduplah mereka di dalam perangkap dadah sepanjang hayat. Tidak mudah mahu berubah walaupun azam menggunung. Kembali kepada dadah sangat mudah berbanding untuk melupakannya. Nasib badan!! Orang lain hidup normal, penagih dadah hidupnya berpura-pura normal.
Untuk sesiapa yang inginkan rawatan pemulihan dari ketagihan rokok dan dadah, GISB ada menawarkan khidmat bantuan rawatan pemulihan. Terbukti ianya berkesan. Emailkan maklumat dan butiran diri yang ingin dipulihkan pada Pak Lang untuk tindakan selanjutnya
Jika ada remaja nakal yang perlukan bimbingan dan sebagainya, juga boleh emailkan masalahnya pada Pak Lang. Nanti kita bincang bagaimana mahu dilakukan proses pemulihannya. Berapa kosnya? Tidak ada!! Pak Lang sekadar membantu. Jika perlu dihantar ke mana-mana tempat pemulihan yang dipersetujui bersama, mungkin ada yang perlu dibiayai. Itupun boleh dibincangkan jika keluarga tidak mampu.
Bacalah kisah rokok dan remaja di bawah. Semoga anak cucu mendapat pengajaran!! Blogger yang tulis ini guna bahasa remaja. Tentu anak cucu semua faham tanpa Pak Lang editkan.... KLIK UNTUK SUMBER
Gambar sekadar pencuci mata. |
Soalan sensitif bagi aku, "Ko tak merokok ke?"
Apsal? Tak pernah nampak aku merokok?
Soalan yang lagi sensitif sangat bagi aku, "Ko merokok ke?"
Apsal? Muka macam smoker ke?
Hahaha.. Soalan yang sering orang terdekat aku ajukan kat aku ni memang tahap kipas susah mati. Yang buat aku jadi tanda tanya, kenapa bertanya macam tu.
Dalam dua tiga hari lepas lagi sorang bertanya soalan macam tu..Jadi confuse pulak nak jawab, kalau cakap tak macam penipu, kalau cakap ye macam menipu..
Lagi tipu kalau tak pernah smoking langsung. Pernah tu memang la pernah, tapi saja buat poyo je la.. Macho la kononnnn kan...? Lagi satu aku nak tanya, nampak macho ke merokok ni? Tak de ke perbuatan lain yang boleh menampakkan anda tu macho selain merokok?
Jawapan yang selalu orang jawab kenapa dia merokok.
1. Menghilangkan rasa mengantuk.
2. Mencari idea.
3. Hilangkan bosan.
4. Ketagih.
Bagi jawapan yang nombor 1 dan 2 sememangnya tidak masuk akal. Macam mana la nak hilangkan mengantuk kalau totally oksigen tak sampai ke otak. Aku tau sebab aku pun pernah buat, tak payah nak bukak buku sains biologi pon takpe.
Untuk yang jawapan nombor 3 itu adalah jawapan paling tepat untuk anda merokok. Kalau dah bosan, korek hidung pon boleh hilangkan bosan tu kan? Masing-masing ada cara sendiri hilangkan bosan.
Apsal? Tak pernah nampak aku merokok?
Soalan yang lagi sensitif sangat bagi aku, "Ko merokok ke?"
Apsal? Muka macam smoker ke?
Hahaha.. Soalan yang sering orang terdekat aku ajukan kat aku ni memang tahap kipas susah mati. Yang buat aku jadi tanda tanya, kenapa bertanya macam tu.
Dalam dua tiga hari lepas lagi sorang bertanya soalan macam tu..Jadi confuse pulak nak jawab, kalau cakap tak macam penipu, kalau cakap ye macam menipu..
Lagi tipu kalau tak pernah smoking langsung. Pernah tu memang la pernah, tapi saja buat poyo je la.. Macho la kononnnn kan...? Lagi satu aku nak tanya, nampak macho ke merokok ni? Tak de ke perbuatan lain yang boleh menampakkan anda tu macho selain merokok?
Jawapan yang selalu orang jawab kenapa dia merokok.
1. Menghilangkan rasa mengantuk.
2. Mencari idea.
3. Hilangkan bosan.
4. Ketagih.
Bagi jawapan yang nombor 1 dan 2 sememangnya tidak masuk akal. Macam mana la nak hilangkan mengantuk kalau totally oksigen tak sampai ke otak. Aku tau sebab aku pun pernah buat, tak payah nak bukak buku sains biologi pon takpe.
Untuk yang jawapan nombor 3 itu adalah jawapan paling tepat untuk anda merokok. Kalau dah bosan, korek hidung pon boleh hilangkan bosan tu kan? Masing-masing ada cara sendiri hilangkan bosan.
Untuk jawapan yang last sekali tu, memang aku kesian sangat. Memang benda ni buat kita ketagih. Pasal apa? Sebab nikotin dalam rokok tu akan masuk dalam badan. Perokok bukan ketagihkan asap rokok, tetapi nikotin tersebut. Sebab tu kalau tak dapat rokok, perokok ni akan terasa nak merokok. Kalau perokok tegar tu memang kena cukup dos dia, sebab tu kena 2 kotak sehari kot.. hahaha
Sekarang ni yang membuatkan rokok membahayakan kesihatan adalah kandungan tar yang masuk ke dalam paru-paru. Aku pernah merokok, aku pernah rasa pengalaman macam ni. Nak stop tak susah pun, singkirkan nikotin dalam badan. Macam mana nak buang, berhenti merokok terus.
Ada yang cakap berhenti slow-slow, jangan nak merepek la. Kalau nak berhenti, tak payah sentuh langsung. Nampak sangat lemahnya diri kalau tak boleh lawan. Sampai satu tahap nanti, kalau terhidu asap rokok pun rasa nak muntah. Serius, baru la korang tahu yang asap rokok tu busuk sangat. Kalau tak sayang diri, ingat la orang yang sayang kat kita. Cer fikir kalau kita mati nanti, kan dah hilang orang yang dia sayang.. Kan? kan?
Merokok itu HARAM. Mana ada haram, makruh je la. Apsal makruh??? Tercengang aku dengar macam tu. Umur dah lanjut, study sampai oxford, tapi knowledge tipis..."AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN." Takkan la nak tunggu kat kotak tu tulis "AMARAN ALLAH S.W.T: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN." pulak..(minta maaf kalau gurau ni kasar ye..) Dah terang-terang membahayakan kesihatan, dah tentu la hukumnya HARAM. -memudaratkan diri.(Ibarat bunuh diri lerrrrr....) - memudaratkan orang lain dan membazir.
Kalau ternampak pak imam yang merokok tu korang jangan cakap dia tu kafir atau sesat pulak. Diorang tu ketagih sebab dah terjebak orang kata. Diorang pun berkeinginan untuk pencen merokok ni. Kawan-kawan aku pun ramai yang macam tu.
0 ulasan:
Catat Ulasan