Social Icons

Rabu, 11 Jun 2014

ASTAGHFIRULLAH!! - Murid Darjah 6 Dicekup Bersetubuh Di Dalam Bilik Di Segamat

    

Segamat - Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan berbogel di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis. Sebelum itu, wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya.

“Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu. Wanita itu mendapati anak saudaranya memakai baju terbalik,” katanya. Menurutnya, wanita berkenaan juga mendapati terdapat seluar dalam lelaki di atas katil anak saudaranya.

Anuar berkata, "kanak-kanak perempuan itu mendakwa seluar dalam itu miliknya. Wanita itu masuk ke dalam bilik itu dan terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi dalam keadaan berbogel."

“Kedua-dua mereka mengaku melakukan hubungan terlarang. Mereka kemudian dibawa ke balai polis. -informasi.my
ULASAN PAK LANG;
Mengejutkan!! Kita yang dewasa ini rasa cemas, malu, kesal dan berbagai perasaan yang serba tak kena. Sedih pun ada dengan apa yang berlaku pada budak dua 'ekor' ni. Bagaimanakah mereka akan melalui hidup jika tiada insan yang mampu mendidik mereka. 

Kita akan tertanya dari mana puncanya? Seawal usia 12 tahun sudah tahu untuk berhubungan berlainan jantina. Sumber maklumatnya tentulah internet daripada pelbagai kemudahan yang ada. Yang pasti nyatalah betapa pengawalan dan didikan untuk anak-anak di zaman ini perlu dilakukan 24 jam sehari semalam. 

Dalam keadaan ibubapa bekerja, anak terbiar di rumah sebaik balik dari sekolah. Siapakah yang sanggup mengawal anak seusia begini dari melakukan sesuatu yang tidak baik. Jiran-jiran dan saudara mara pun masing-masing ada kerja dan urusan sendiri. Kalau tinggal di bandar, jiran saling tidak sempat mengambil tahu. Al-hasil anak-anak akan pandai-pandai sendiri. Akhirnya terjebak bermacam-macam hal yang merosakkan.

Sebab itu GISB / YKPPM menetapkan semua anak-anak pelajar sekolah rendah dan menengah diletakkan di asrama. Mereka akan bersekolah di mana-mana sekolah pun tetapi sebaik balik dari sekolah, tempat mereka adalah di asrama. Semua aktiviti pembelajaran, beribadah, pengajian Al-Quran / Fardhu Ain, makan-minum, berehat, menonton tayangan berunsur pendidikan serta bermain akan hanya berlaku di persekitaran asrama dengan penyeliaan khas para guru dan warden.

Pelajar yang sudah boleh diharap akan dilantik menjadi ketua 'mantiqah' atau ketua usrah. Mereka membantu para guru dan warden dalam mengendalikan kawan-kawan dalam kelompok yang lebih kecil. Seorang dua pelajar yang 'nakal' akan diberi pendekatan kasih sayang - mengikut kaedah psikologi Nabi Muhammad saw. 

Walaupun asrama mempunyai pagar dan sentiasa berkunci - jika para pelajar sudah serasi dengan situasi asrama yang membina jiwa mereka, mereka tidak akan cuba mencuri-curi ke 'cyber-cafe'. (Cyber cafe inilah tempatnya anak-anak kecil ini 'merayau' ke serata dunia dan ke serata laman web yang merosakkan. 'Taukeh' "cybercafe' ini yang biasanya tidak beragama Islam akan senyum sinis melihat kanak-kanak kecil ini melayari laman porno kerana itulah niatnya untuk merosakkan anak-anak kita).
Di bawah program pendidikan GISB / YKPPM, semua pelajar akan diberi pelajaran secukupnya, dibina bakat, kemahiran dan keterampilan serta diasuh dengan cara hidup muslim. Para guru didorong untuk berkhidmat sepenuh hati demi membina satu generasi pelajar yang dekat hatinya dengan Allah dan Rasul. Mereka mengutamakan ganjaran keredhaan Alah swt di akhirat daripada yang lain.

Pelajar-pelajar di asrama GISB / YKPPM sentiasa berpeluang dibawa melawat ke pelbagai tempat. Mereka tidak terperuk hanya di asrama. Oleh kerana sistem asrama sudah stabil. Semua pelajar sudah boleh mengikuti program sepenuhnya, maka guru-guru boleh merancang aktiviti luar yang menyeronokkan pelajar. 

Mereka dibawa rehlah, berkelah dan mengembara ketika cuti hujung minggu. Mereka juga terlibat dengan program kemasyarakatan. Surau-surau dan masjid kerap kali menjemput anak-anak pelajar ini bernasyid dan menghadiri kenduri kendara masyarakat setempat. Semua elemen ini membantu para pelajar meningkatkan kematangan mereka dalam menghormati orang-orang tua dan yang lebih dewasa. 

Peluang bersama masyarakat juga merupakan satu pendedahan pembelajaran tidak resmi yang sangat bermanfaat dalam pembinaan jiwa pelajar. Inilah untungnya berada di asrama GISB / YKPPM. Sesiapa pun boleh memohon jika tempatnya masih ada kekosongan. 

Sebenarnya masyarakat kita rata-rata perlukan sistem 'asrama-penuh' 24 jam ini di setiap komuniti mereka. Inilah satu-satunya cara membendung kerosakan akhlak di peringkat kanak-kanak. Tapi siapakah yang mampu melakukan ini semua. Ianya bukan mudah. Jika tidak dengan cita-cita mahu menyelamatkan anak bangsa, mahukah seseorang guru dan warden 'melekat' dipersekitaran yang sama 24 jam sehari semalam - 7 hari seminggu? 

Ini semua bukan soal gaji dan ganjaran dunia tetapi inilah satu-satunya cara menyelamatkan generasi kita. Jika kita tidak sanggup menyaksikan bertambah banyaknya kebobrokan akhlak anak-anak kita, kita perlu mulainya dari sekarang. Dengan pusat 'cybercafe' tumbuh macam cendawan selepas hujan yang semakin banyak dan semakin menghampiri pinggir bandar dan pekan-pekan kecil, masa depan anak-anak Melayu Islam sangat-sangat di dalam bahaya. 

Berita di atas - itu yang dilaporkan ke balai polis. Pastilah banyak lagi yang tidak dilaporkan. Percayalah statistik ini akan makin membanyak dan merata. Waktu itu kedengarannya hal yang amat aib ini sudah jadi biasa-biasa. Macam lalat hinggap di hidung. Cukup dengan ditepis-tepis tanpa mahu ambil tahu kenapa dan mengapa lalat langau sudah banyak di sekeliling kita. Inilah yang berlaku di kalangan masyarakat barat. 
Penzinaan sudah menjadi lumrah dan sudah tidak menjadi aib. Suatu yang sangat salah sedemikian rupa - oleh kerana sudah merata dan berleluasa, maka mereka boleh terima tanpa rasa bersalah. Rosaknya hati, perasaan dan pemikiran mereka. Tidak apalah! kerana mereka bukan muslim. Apahalnya dengan kita yang beriman dengan Allah dan Rasul. Ini semua bibit kehancuran dan punca turunnya bala bencana. Nauzubillah min zalik!!

Kita tidak perlu melawat ke mana-mana. Kita boleh buka internet dan mengetahui betapa kroniknya masalah sosial di seluruh dunia. Inilah penangan kemajuan dan pembangunan. Ia hanya membangunkan bangunan yang kaku setinggi langit tetapi pada masa yang sama meruntuhkan manusia yang hidup ini, sehancur-hancurnya!!

Kita tidak boleh mengelak dari dirempuh arus deras dunia tanpa sempadan dengan pelbagai kecanggihan teknologinya. Pastilah Islam ada cara mengatasi dan mengawali semua elemen yang merosakkan kita. Persoalannya mahukah kita mencari penyelesaiannya mengikut kaedah Allah dan Rasul? Jika kita jujur, kita pasti akan mendapat jawapannya!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text