Social Icons

Friday, 12 December 2014

3 Pelajar Rogol Rakan Sekelas, Bukti Dasar Pelajaran Gagal?

Tertuduh juvanil (kiri) yang mengaku salah tuduhan rogol rakan seusia.

KOTA BHARU - Tiga remaja tingkatan lima didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini atas tuduhan merogol rakan sekelas. Seorang daripada mereka mengaku salah atas tuduhan itu, sementara dua lagi mohon untuk dibicarakan. 

Ketiga-tiganya berusia 17 tahun dan didakwa merogol mangsa seusia dengan mereka di sebuah rumah di Taman Wira Jaya, Kok Lanas, di sini, antara jam 9.30 pagi dan 1 petang, 22 Januari lalu. Tuduhan dijalankan mengikut Seksyen 371(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh merupakan pesalah juvenil dan hukuman tertakluk kepada Akta Kanak-kanak 2001. Mahkamah membenarkan dua tertuduh yang tidak mengaku salah diikat jamin RM2,000. Tertuduh yang mengaku merogol mangsa pula tidak dibenarkan sebarang jaminan kerana sudah ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti, Taiping.

Sementara itu, hampir 90 peratus daripada kes rogol bawah umur dilaporkan melibatkan orang dikenali termasuk teman lelaki, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan bulan lalu.

Beliau berkata, statistik kes rogol di negeri ini juga menunjukkan pelajar sekolah berumur antara 12 dan 16 tahun mencatatkan angka tertinggi menjadi mangsa rogol. Katanya, statistik menunjukkan hanya 10 hingga 14 peratus suspek yang terlibat dalam kes rogol tidak dikenali oleh mangsa.

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text