Social Icons

Selasa, 6 Mei 2014

Dahan Kalimah Allah Ini Dijual RM4.4 Juta

Seorang ahli perniagaan dari negara Teluk sanggup membelanjakan SR5 juta (RM4.4 juta) untuk membeli dahan yang berukir kalimah Allah.


Ahli perniagaan yang tidak dikenali itu membelinya daripada Ahmed Al Gamdi, anak orang yang menemui dahan berkenaan ketika menebang pokok kurma lebih 25 tahun lalu.



“Dahan itu dijual SR5 juta (RM4.4 juta) di satu pameran seni di ibu negara minggu lalu. Ia dibeli oleh ahli perniagaan dari negara di Teluk Arab,” lapor akhbar Sabq.

Gamdi berkata, selepas 25 tahun bapanya memotong pokok berkenaan di Makkah, barat Saudi, kalimah Allah itu masih kekal pada dahan itu sedangkan yang lain musnah. Katanya, kebanyakan dahan lain pokok itu sama ada mati atau bentuknya berubah kecuali dahan yang mempunyai kalimah Allah itu saja kekal dan tidak berubah. – Emirates

sumber: taotauajer.blogspot.com / AMEKAW

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text