Social Icons

Rabu, 22 Januari 2014

Kisah Pelik Tapi Benar - Wanita Hamil Selama Hampir 50 tahun

Tuhan Maha Berkuasa - Seorang nenek dari Maghribi yang sudah berumur 75 tahun didapati telah mengandungkan bayi selama hampir 50 tahun. Zahra Abou Talib berasal dari sebuah kampung di pinggir Casablanca berusia 26 tahun pada tahun 1955, Dia yang sedang hamil ketika itu telah dikejarkan ke hospital kerana wujudnya tanda-tanda kesakitan hendak bersalin.
 
Setelah 48 jam berlalu, situasinya membimbangkan. Maka doktor mengesyorkan untuk melakukan pembedahan bagi mengeluarkan bayi tersebut. Walau bagaimanapun, Zahra - seperti wanita luar bandar lainnya - terlalu takut dan mengatakan sanggup lagi menahan kesakitan sehingga beberapa hari. Setelah beberapa hari, tiba-tiba sakit untuk bersalin itu berhenti - seolah-olah tidak ada apa yang akan berlaku. Dalam keadaan sedemikian,  Zahra berharap, bayinya itu akan lahir kemudian. 
 
Dia pun menunggu tetapi itu semua tidak terjadi. Bayi itu tidak juga lahir-lahir sehinggalah Zahra berusia 75 tahun. Satu hari, secara tiba-tiba Zahra terasa sakit dalam perut seperti keadaan hendak bersalin. Maka pemeriksaan doktor dibuat. Rahimnya telah diimbas untuk mengetahui apakah penyebab sakitnya. 
 
Alangkah terkejutnya para doktor apabila mendapati seketul benda berbentuk bayi yang dibaluti oleh cangkerang yang agak keras (macam mumi) di dalam rahimnya. Ini bermakna, Zahra telah mengandungkan bayi ini hampir 50 tahun lamanya. Kandungan ini telah membesar di luar rahim dan telahpun bersatu dengan organ dalaman Zahra. 
 
Secara fisiologinya, bagi melindungi tubuhnya daripada jangkitan penyakit bawaan daripada bendasing dalam badannya, badannya telah bertindak membina lapisan cangkerang yang membaluti bayi yang tidak pernah dilahirkan ini.

Akhirnya pembedahan ke atas Zahra dilakukan bagi mengeluarkan bayi dalam bentuk mumi ini. Itulah kekuasaan Allah, Dia berbuat apa yang disukai-Nya. Wallahu a’lam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text