Social Icons

Sunday, 8 May 2016

Pelik!! Misteri Budak Solar 2 Beradik - Siang Aktif Malam Lumpuh Dan Bisu!!


‘Budak solar’ dua beradik ini bingungkan doktor, siang aktif malam lumpuh dan tak boleh bercakap Islamabad – Shoaib Ahmed, 13, dan adiknya, Abdul Rasheed, sembilan, yang digelar ‘budak solar’ membingungkan doktor di Pakistan. 

Kedua-dua beradik itu aktif seperti kanak-kanak lain ketika siang hari. Tetapi, sebaik matahari terbenam, kedua-duanya lumpuh – tidak boleh berjalan atau bercakap. Profesor di Institut Sains Perubatan Pakistan, Javed Akram berkata, dia masih mencari punca penyakit dua beradik itu. 

“Kes ini mencabar kami. Doktor kami melakukan pemeriksaan untuk menentukan bagaimana kanak-kanak ini boleh aktif di siang hari, tetapi tidak boleh membuka mata, tidak boleh bercakap atau tidak boleh makan apabila mata hari terbenam,” katanya ketika melawat kedua-dua beradik itu di hospital. 


Abdul Rashed, 9, hadapan - bercita-cita untuk menjadi seorang ulama dan Shoaib Ahmed, 13, berminat menjadi guru - berbaring di katil hospital di Islamabad, Pakistan.

Ayah mereka, Mohammad Hashim, berasal dari sebuah kampung berdekatan Quetta, ibu negeri Baluchistan. Dia berpendapat kedua anaknya itu mendapat tenaga dari matahari - Itulah yang menjadi sebab kedua mereka digelar budak solar!

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text