ORIGINAL POST
TERIMA kasih kepada masyarakat antarabangsa dan pemimpin dunia kerana peduli kes penembakan jatuh pesawat MH17 milik MAS di sempadan Ukraine-Rusia Khamis lalu.
Pada hari Jumaat Presiden Amerika, Barrack Obama menyifatkan peristiwa itu sebagai “outrage of unspeakable proportions” dan mengisytiharkannya sebagai amaran keras kepada pemimpin Eropah.
Igor Girkin, bekas pegawai Tentera Rusia "mengaku" tembak MH17
Apa yang Obama tidak lakukan secara terbuka dan tersurat adalah menuduh Rusia terbabit dalam perbuatan terkutuk itu. Namun beliau berkata, pemberontak pro-Rusia di Ukraine mustahil mempunyai keupayaan untuk menembak jatuh sebuah pesawat yang sedang terbang di paras 33,000 kaki tanpa bantuan atau campur tangan Rusia.
Di negaranya sendiri Obama dikritik dan dikutuk kerana membuat kenyataan sambil lewa mengenai penembakan jatuh MH17 beberapa jam selepas ia berlaku. Ini memaksa beliau membuat kenyataan lebih tegas semalam.
Di pihak kita pula, saya tertanya-tanya adakah pemerintah kita cukup tegas, keras dan pantas? Adakah kita membawa kes itu ke persada antarabangsa, khususnya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Saya berharap dan berdoa begitulah.
Pada malam kejadian, saya menghantar SMS kepada seorang pengarang di New Straits Times bertanya apakah Wisma Putra telah memanggil Duta Rusia dan Duta Ukraine.
Saya kecewa dengan tindakan lembik (terlalu diplomatik) pemerintah kita dalam hal ini. Pemerintah kita sepatutnya dari awal lagi membuat kenyataan tegas dan keras meminta campur tangan PBB dan agensi-agensi penerbangan antarabangsa serta mengutuk mana-mana negara yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan perbuatan ganas itu.
Bukan sama cakap klise
Tidak cukup sekadar membuat kenyataan mengenai “swif justice” (keadilan serta-merta) dan klise “we will leave no stone unturned.” Realitinya kita tidak pun mempunyai kapasiti untuk terbalikkan beberapa ketul batu. Tidak perlulah kita berpura-pura dan berlagak sombong.
Lihat sajalah misteri kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu. Sebenarnya, selepas 132 hari kita masih seperti kelawar di siang hari. Itu pun setelah dibantu oleh berpuluh-puluh buah negara sahabat yang lebih maju daripada kita.
Pemerintah Tidak Lagi “Hands-on”
Pemerintah kita juga perlu mengaku bertanggungjawab kerana tidak mengambil berat mengenai operasi MAS yang terus menggunakan laluan berbahaya itu walaupun banyak negara dan syarikat penerbangan antarabangsa telah lama mengelakkannya.
Inilah sikap buruk kita yang banyak membawa mudarat dan musibah yang berulang kali dan semakin hari semakin teruk. Kita lalai dan suka mencari jalan mudah. Kita seolah-olah menyerah kepada nasib.
Cakap pemimpin semakin tidak dipedulikan hatta oleh kakitangan awam sendiri. Ini adalah kerana ramai yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat semakin jauh daripada realiti kehidupan seharian rakyat jelata. Mereka tidak lagi “hands-on” macam Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam tragedi MH17 ini, waris penumpang mempunyai asas meminta ganti rugi luar biasa atau mengenakan saman ke atas MAS.
Dalam kaitan yang sama, rasanya eloklah pemerintah meletakkan MAS di bawah kelolaan “Administrator” (pentadbir) sebelum dibaikpulih, dijual atau ditutup.
Maaf cakap, saya rasa pengurusan MAS tidak berdaya lagi menangani isu-isu harian apatah lagi menangani krisis imej yang teruk akibat tragedi MH370 dan kini MH17.
MAS tidak dapat lagi menjanjikan “reasonable safety” (keselamatan yang berpatutan) kepada penumpang, khususnya yang menaiki pesawat MAS melalui perkongsian kod (code sharing). Wallahuaklam.

KREDIT UNTUK (BLOG A KADIRJASIN)
0 ulasan:
Catat Ulasan