Social Icons

Selasa, 9 September 2014

Jenazah Juruterbang MH17 Selamat Di Kebumikan - Bayangkan Jika Kita Di Tempat Mereka!!

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, kesedihan dan kepiluan pasti masih tebal menyelubungi keluarga semua mangsa korban MH17. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bebanan perasaan tersangat berat dan sulit mahu dikendalikan, Jika orang yang beriman, yakin dan redha dengan taqdir Allah adalah sebaik-baik ubat yang boleh menenangkan jiwa. 

Apa lagi yang kita boleh bantu mereka melainkan doa dan bersimpati. Nasib kita juga belum tahu. Semua kita sedang bergerak ke satu destinasi yang pasti iaitu mati. Bila dan di mana adalah ketentuan Allah tetapi yang pasti, masanya untuk kita semakin mendekat. Apakah persiapan kita sebagai bekal di negeri yang kekal abadi? 

Cukuplah kematian sebagai pengajaran yang berupaya menginsafkan kita. 

Hargailah masa ketika kita masih bersama keluarga, rakan-rakan dan sahabat handai. Jika mereka telah tiada, hanya tangisan dan air mata yang mencurah - mengenangi saat suka duka bersama mereka. Jika mereka masih hidup, berkasih sayanglah dan hiduplah dalam keadaan saling menghargai serta saling menghormati. Jika mereka telah tiada, perhatikanlah anak isteri  / suami dan keluarga yang ditinggalkan mereka. Bantulah mana yang perlu disamping hadiahkanlah apa-apa kebaikan untuk mereka.  Al Fatehah!!

Kapten Wan Amran Wan Hussin

Jenazah Juruterbang MH17 Selamat Di Kebumikan

Setelah 48 hari kejadian pesawat malang MH17 yang terhempas di Ukraine, akhirnya jenazah juruterbang pesawat tersebut, Kapten Wan Amran Wan Hussin bersama 8 yang lain tiba di KLIA pada pukul 8.15 pagi tadi untuk disemadikan di bumi Malaysia. Ketibaan sembilan jenazah disambut cuaca mendung dan hujan renyai-renyai.

Keadaan cuaca hujan dan mendung itu seolah-olah menyelami suasana sedih dan sebak hadirin di kawasan kompleks itu termasuk waris mangsa dan warga syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang hadir lengkap beruniform. 

Jenazah pertama yang diturunkan ialah juruterbang Kapten Wan Amran Wan Hussin diikuti penumpang Subashini J.Retnam dan yang terakhir iaitu warga Belanda Fun Shun Po.

Biarpun cuaca mendung dah hujan, ianya tidak menghalang upacara istiadat penghormatan bagi sembilan jenazah tersebut dijalankan. Selain daripada jenazah kapten Wan Amran Wan Hussin, Istiadat penghormatan itu juga turut melibatkan juruterbang Kapten Eugene Choo Jin Leong, pembantu juruterbang - Muhamad Firdaus Abdul Rahim dan anak kapal Sanjid Singh Sandhu.

Setelah selesai istiadat penghormatan, jenazah Kapten Wan Amran dibawa ke Masjid Shah Alam untuk disembahyangkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 2, Shah Alam. Semoga Roh arwah ditempatkan bersama mereka-mereka yang beriman. Al Fatihah.

Inilah Perjalanan Terakhir Kapten Wan Amran Wan Hussin
Ketibaan Pesawat MH19 Yang Membawa 7 Jenazah Warga Malaysia Dan 
Dua Belanda Selamat Tiba Di KLIA Pada Pukul 8.30 Pagi
Barisan Kapten MAS yang hadir memberikan penghormatan terakhir 
pada rakan setugas mereka.
Jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin Yang Pertama Di Turunkan
Jenazah Kapten Wan Amran diusung oleh rakan juruterbang di Masjid Shah Alam

Jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin tiba di Tanah Perkuburan Seksyen 21

Isteri Dan Dua Anak Kapten Yang Mengiringi Jenazah 
Sayu Tapi Tenang

Selamat DiSemadikan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text