Artikel di bawah rasanya ditulis setahun yang lalu. Isinya membantu kita memahami kenapa Dr Mursi dijatuhkan di Mesir. KLIK UNTUK SUMBER
Situasi politik baru di Mesir dengan kemenangan kelompok Islam, Hizbul Huriyyah Wal 'Adalah Ikhwan dengan parti An-Nur Salafi yang menguasai 70% kerusi parlimen Mesir yang dipertandingkan. Ini bererti ia akan dapat merubah kondisi Mesir yang akan mempunyai kesan yang besar di masa hadapan.
Ikhwan Merentasi Batas Negara
Isu pembebasan Palestin agak lama digerakkan, kekuatan Ikhwan mengukuhkan kukunya di tanah Palestin adalah sejak zaman Hassan al-Banna mengirimkan berbatalion Ikhwan ke Palestin. Kemudian, ia dilanjutkan oleh Syeikh Izzudin al-Qassam yang merupakan seorang kader Ikhwan. Selepas itu, perjuangannya disambung oleh Syeikh Ahmad Yassin yang merupakan generasi kedua setelah Izzudin Al-Qassam bagi berjuang membebaskan Palestin. Sekarang Syeikh Ahmad Yassin digantikan oleh Ismail Haniyah. Mereka merupakan generasi penerus Ikhwan dengan beridentitikan HAMAS.
Di Lubnan pula, kekuatan Ikhwan tidak dapat dipandang lemah ia mempunyai gerakan hebat yang dikenali sebagai "Murobbithun" dan ia juga merupakan unit ketenteraan dalam gerakan Ikhwan di Lubnan. Di antara tokoh Ikhwan Lubnan seperti Fathi Yakan, Said Hawwa yang mana mereka ini adalah tokoh 'taujih' dalam membangkitkan semangat untuk menggerakkan agenda menentang Israel. Meskipun landskap politik di Lubnan dikuasai Hizbullah, tetapi kelompok Ikhwan tetap memiliki perkongsian kuasa politik di Lubnan.
Demikian juga di Jordan, kekuatan yang dimiliki oleh front 'Amal Islami' yang menjadi sayap politik Ikhwan terus melakukan tekanan terhadap Raja Abdullah selaku pewaris takhta kerajaan Jordan untuk membatalkan sebarang hubungan diplomasi dengan Israel. Amal Islami juga mendapat sokongan yang kuat daripada penduduk Palestin.
Di Syria pula, Ikhwan semenjak tahun 1982 dibantai oleh pemerintah Hafez Al-Asad bagi membasmi gerakan Ikhwan. Tetapi Ikhwan bertindak bijak untuk menggunakan taktik 'Intifadhah' yang diinspirasi dari HAMAS dalam menentang serta membangkang pemerintah melalui kaedah demonstrasi dll. Israel meyakini bahawa Hafez Al-Asad pasti akan tumbang.
Kini, Israel tidak lagi berdampingan dengan negara-negara Arab yang menjadi sekutunya, tetapi sudah jatuh ke tangan Ikhwan. Ikhwan kini seperti satu fenomena di dunia Arab dan Afrika Utara.
Ikhwan Menguasai Negara Sekeliling Israel
Lihat sahaja kemenangan dalam pilihanraya yang berlangsung, kini nampaknya memberi ruang kepada gerakan Ikhwan melebarkan sayap. Di Mesir, parlimen dikuasai oleh Hizbul Huriyyah Wal 'Adalah, di Tunisia dikuasai oleh Parti An-Nahdah, di Marocco dikuasai oleh Development & Justice Party dan di Yaman kemungkinan besar adalah Parti Islah.
Semuanya kekuatan politik baru ini merupakan produk Ikhwan dan para pemimpin Ikhwan memainkan peranan politik dengan sangat cerdik. Paling menarik perkembangan di Turki, dimana Parti AKP yang dipimpin oleh Perdana Menteri Erdogan, benar-benar berhasil mengubah kuasa ketenteraan. Angkatan tentera Turki diposisikan dibawah kekuasaan rakyat. Tentera tidak lagi dapat mengawal pemerintah atau memggulingkan pemerintah parti politik.
Sekarang hubungan Turki-Israel semakin jauh akibat peristiwa Mavi Marmara. padahal Turki dan Israel adalah anggota Nato. Tetapi Turki tetap memilih jalan menolak hubungan dengan Israel sehingga Israel meminta maaf. Hubungan kerjasama antara Ikhwan dengan Parti AKP sangat jelas tatkala di mana saat kunjungan Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan bertemu dengan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin iaitu Mohammad Badie' bagi membincangkan masa hadapan dunia Arab dan kaum Muslimin.
Perdana Menteri HAMAS, Ismail Haniyah juga melakukan kunjungan ke Turki, dan bertemu dengan Erdogan. Ismail Haniyah bukan sahaja bertemu dengan Erdogan di pejabatnya yang terletak di Ankara, tetapi Haniyah dijemput ke rumah Erdogan. Sokongan Turki terhadap Palestin adalah secara menyeluruh dan tiada lagi keraguan.
Israel benar-benar terkepung saat sekarang ini. Ini jelas seperti yang dikatakan oleh Menteri Pertahanan Amerika Syarikat bahawa Israel sekarang sudah terkepung dan Israel harus berdamai dengan Palestin secepat mungkin.

0 ulasan:
Catat Ulasan