Presiden Mesir- Mohamed Morsi Digulingkan
PRESIDEN MESIR MOHAMED MORSI DIGULINGKAN, JAWATAN PRESIDEN DIPEGANG
OLEH KETUA HAKIM MAHKAMAH TINGGI, MENTERI PERTAHANAN (KETUA TENTERA)
PENGKHIANAT BESAR.
Bangun seawal pagi.. Ku lihat siaran Al-jazeera misr sudah berubah
wajah.. semalam saluran TV ini menyiarkan gambaran seluruh mesir,
terbanyak adalah suasana setiap negeri yang mana kedapatan himpunan
berjuta-juta bahkan puluhan juta mungkin diseluruh negara, menyokong dan
mendokong pimpinan Presiden mursi. penentang morsi hanya kelihatan di
dataran tahrir dan istana ittihadiyah, hanya sekitar 2 juta orang.
Tetapi baru sebentar tadi, Al-jazeera misr juga sudah tidak berani
mengeluarkan gambaran dan liputan seperti sebelum ini (kerana Morsi
sudah jatuh). liputan di fokus ke dataran tahrir dan istana ittihadiyah.
kalau Al-jazeera mesir masih berani beri liputan kepada pihak penyokong
mursi di seluruh negara, pasti mereka juga mendapat padah seperti
beberapa stensen TV lain.
Stesen Misr25 telah di tutup oleh junta tentera mesir. dan beberapa
stesen lain. stesen televisyen milik Ikhwan Muslimin “Misr25″ Salafi,
“Rahmah” dan “An-Nas” ditutup langsung sejurus ucapan Ketua tentera
Abdul Fatah As-Sisi. Stesen TV ini ditutup sejurus selesai ucapan ketua
tentera di media (menteri pertahanan mesir yang dilantik
mursi/pengkhianat).
Berita dari ikhwan, menyebut, timbalan menteri KDN mesir, merangkap
ketua polis kaherah, telah ke dataran tahrir dan istana ittihadiyah
bersama gerombolan polis, untuk memberi air mineral dan jus kepada puak
tamarrud/golongan mubarak. sedangkan di himpunan masjid rabaah
(penyokong mursi) dikepung tentera, dan amaran tembakan ke udara
diberikan untuk menakut-nakutkan penyokong presiden mursi.
Ketua tentera Abdul Fatah As-Sisi (tentera) adalah menteri pertahanan
yang dilantik Presiden mesir Mohamed Morsi, menggantikan Tontowi yang
dipecat (kemudian diangkat menjadi penasihat presiden).
Antara kandungan ucapan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir Abdul Fattah As-Sisi sebentar tadi:
1) Digantung perlembagaan buat sementara.
2) Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan.
3) Memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut.
Ini bermakna, mursi digulingkan, kuasa presiden diberi kepada ketua
hakim. umum ketahui, didalam badan kerajaan, jawatan-jawatan tinggi
masih dikuasai oleh puak mubarak. sudah pasti perancangan jahat dan
licik ini disusun rapi, demi memastikan mesir diperintah oleh jenama
Mubarak. mubarak berpotensi bebas, sekali dengan sekutu-sekutunya.
Perancangan ini disusun oleh amerika syarikat dan barat, serta
beberapa negara arab, untuk memastikan rejim mubarak/sekutu Bashar
kembali berkuasa.
Berdasarkan kepada 3 perkara penting disebut oleh menteri
pertahanan/ketua tentera di atas, perlembagaan yang baru diluluskan
pasti terbatal, maka perlembagaan mubarak kembali berkuasa, presiden
rakyat tidak diiktiraf maka presiden rejim mubarak/sekutu Bashar
diangkat semula dan kuku besi wajib rakyat terima, dekri rakyat
dibatalkan dan dekri jenama mubarak akan bertahta semula.. semuanya ini
Jalan hendak mematikan pergerakan islam, dan mengangkat semula
pentadbiran menjahanamkan islam/rejim mubarak.. Betapa berjayanya
kerja-kerja amerika dan barat serta pihak yahudi untuk menjahanamkan
pendokong islam.
Dr. Morsi, Presiden Republik Arab Mesir mengesahkan bahawa apa yang
diumumkan melalui Perintah Ketua Angkatan Tentera adalah suatu yang
tidak boleh diterima dan merupakan suatu rampasan kuasa tentera yang
ditolak secara total bagi sebuah negara yang bebas dan bagi yang
berjuang untuk menjadikan Mesir sebuah negara sivil demokratik.
Presiden Dr. Morsi yang merupakan Presiden Republik Arab Mesir dan
juga Komander Tertinggi Angkatan Tentera, menegaskan bagi tentera dan
rakyat awam supaya mematuhi perlembagaan dan undang-undang dan menolak
rampasan kuasa yang membawa Mesir kembali kepada kemunduran dan
mengekalkan keamanan dan mengelakkan pertumpahan darah.
Dan bagi semua mestilah memelihara tanggungjawab mereka di hadapan Allah, bangsa dan sejarah.
Sementara Hateem Bagato bekas Menteri Undang-Undang Mesir berkata, Morsi hanya akan boleh digulingkan melalui tiga cara:
1) Peletakan jawatan atas kehendak sendiri.
2) Perihal untuk membubarkan Dewan Rakyat lalu
Presiden mengadakan pungutan suara tetapi majoriti rakyat tidak
bersetuju maka tergugur kelayakannya sebagai Presiden.
3) Pengkhianatan terbesar.
Malam ini (waktu mesir), terbuktilah hakikat sebenar taktik golongan
sekular extrem sekutu bashar di mesir. taktik ketiga digunakan.
Pengkhianatan terbesar oleh Abdul Fatah As-Sisi dan pakatannya.
Sumber Keselamatan: Majlis Tentera menyenaraikan beberapa orang yang termasuk mereka yang dilarang keluar negara.
Antara mereka ialah Dr.Muhammad Mursi (Presiden Mesir), Dr.Mohammed
Badik (Mursyidul Am Ikhwan) dan Naibnya Khairat Shatir, Dr.Essom Eryan
(Ketua Whip FJP di Dewan Senat) serta Dr.Sofwat Hijazi (Presiden
Kesatuan Ulamak Sunni)
0 ulasan:
Catat Ulasan