Mesir sudah menjadi sebuah negara yang kacau bilau. Mesir yang terkenal dalam sejarah sebagai negara yang bermulanya tamadun moden manusia kini boleh dianggap sebagai sebuah negara yang sudah hancur lebur dalam mana di negara itu sudah tidak tentu lagi mana yang benar dan mana yang salah. Semalam telah dijangka puluhan juta rakyat yang menyokong Mohamad Morsi akan berhimpun di Dataran Raba’ah dan ini merupakan himpunan terbesar di negara itu selepas tumbangnya Hosni Mubarak dua tahun lepas.
Hosni Mubarak berkuasa selama 30 tahun dan isu yang dibangkitkan oleh rakyat ialah rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh beliau dan keluarga beliau. Itu adalah isu yang nyata benar. Tetapi kita tidak bertanya siapa dan tangan siapa yang bermain dalam isu penentang terhadap Mohamad Morsi itu? Isu rasuah itu dijadikan oleh pihak kuasa asing untuk membawa rakyat ke jalanan untuk menentang Hosni sehingga Hosni rebah dan jatuh dimata rakyat dalam kehinaan.
Morsi mengambilalih kuasa setelah ketiadaan Mubarak melalui pilihanraya rakyat. Morsi yang mendapat 52 peratus sokongan rakyat hanya berkuasa selama hampir dua tahun sahaja kerana beliau telah ditumbangkan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan sokongan tentera Mesir setelah jutaan rakyat berhimpun di Dataran Tahrir beberapa ketika.
Semalam, setelah Morsi ditumbangkan oleh sebahagian rakyat dengan bantuan tenteranya maka Mesir kembali bergolak dalam mana penyokong Mohamad Morsi kembali ke jalanan menentang pihak tentera dan yang menyingkirkan Morsi melalui sokongan tentera tadi. Begitulah keadaannya di Mesir dan keadaan ini berlaku tentunya kerana adanya permainan pihak luar dan pengaruh asing untuk melemahkan Mesir.
Kehadiran Morsi sebagai pemimpin baru Mesir sebenarnya tidak di senangi oleh pihak barat terutamanya AS yang begitu tidak senang dengan pendirian Mesir terhadap isu Palestin dan Israel. Kuasa Barat yang begitu senang kedudukan mereka semasa pemerintahan Hosni Mubarak telah begitu gusar dengan pendirian Morsi dalam isu Timur Tengah yang masih bergolak sejak 1967 dahulu.
Masyarakat antarabangsa faham dengan keadaan di Mesir sekarang ini. Mesir dipermainkan oleh AS dan Israel dan itu menyebabkan rakyat Mesir menjadi rakyat yang kacau bilau dan sudah tidak mengenali yang baik dan yang buruk serta yang mana musuh dan yang mana kawan.
Penganalisis politik antarabangsa ada berpendapat yang tentera Mesir itu sendiri telah dirasuk oleh pihak luar dan ada yang menuduh tentera Mesir telah mendapat bantuan kewangan yang besar dari AS. Malahan tentera Mesir merupakan penerima kedua terbesar dari AS selepas Israel. AS tidak rela melihat sebuah negara Islam yang kuat di sekeliling atau dipersempadanan Israel kerana kuatnya Mesir itu akan merbahayakan Israel yang menjadi sekutu terkuat AS itu. Malahan Israel dikatakan oleh banyak pihak sebagai negeri yang ke53 AS yang diwujudkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1948 dahulu yang di ketuai oleh Amerika Syarikat dan Britain.
Tidak hairan jika Mesir diperlakukan begitu oleh Pihak Barat kerana Mesir merupakan negara yang terhampir dengan Israel dan jika Mesir menunjukkan sikap tidak ada kebersamaan perjuangan dengan kuasa asing yang mempertahankan Israel itu maka memecahkan negara itu merupakan cara yang amat biasa dialami oleh mana-mana negara yang tidak bersekutu pendapat dengan AS dan kuasa asing yang lain.
Tetapi tidak semua rakyat yang bersama dalam usaha menjatuhkan pemerintahan Morsi yang baru berusia setahun jagung itu. Hari ini puluhan juta rakyat Mesir akan keluar untuk menunjukkan bantahan terhadap pihak pembangkang dan tentera Mesir yang telah bertindak ganas membunuh puluhan penyokong Morsi yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya pertama selepas kejatuhan Mubarak dua tahun dahulu.
Rakyat telah mempersoalkan siapa Mohamed ElBaradei yang telah dilantik menjadi orang kuat dalam kerajaan sokongan tentera ini. Mohamed ElBaradei seorang yang pernah mengetuai IAEA yang begitu rapat dengan Barat sudah mula dikutuk rakyat Mesir yang telah memilih pemimpin mereka secara demokrasi. Kali ini rakyat Mesir dibawa kembali untuk menumbangkan kerajaan yang mereka pilih sendiri dalam pilihanraya dua tahun lepas.
Dari saat ini sehingga masa yang tidak dapat kita tentukan Mesir akan menjadi medan permainan politik besar kuasa asing, khususnya kuasa barat yang tidak mahu melihat Mesir menjadi negara tetangga Israel yang kuat. Selagi rakyat Mesir masih tidak menyedari yang mereka dilaga-lagakan oleh kuasa dan pengaruh asing, selagi itulah negara itu tidak akan aman.
Morsi tidak disenangi kerana Islamnya. Morsi tidak boleh menjadi pemimpin Mesir kerana beliau akan menggugat kestabilan negara haram Israel dan Morsi adalah musuh kepada mereka yang menentang Islam dan perjuangannya.
Rakyat Mesir dihasut untuk menolak Morsi kerana mereka memberikan alasan yang Morsi tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat selama enam puluh tahun dalam tempoh dua tahun.
Itulah akibatnya rakyat yang tidak mahu mengakui yang pimpinan yang bermain-main dengan kuasa asing untuk mendapatkan kuasa akan akhirnya membunuh rakyat mereka sendiri. Semua pemimpin yang menebal sekularnya sekarang sedang kembali ke Mesir untuk merayakan kemenangan mereka bersekutu dengan kuasa asing.
Apa yang berlaku di Mesir ini semestinya menjadi contoh dan sempadan kepada kita di Malaysia ini. Kita mesti akui dan menerima hakikat yang mana-mana pemimpin yang mengadu dan meminta pertolongan kuasa asing untuk berkuasa akhirnya akan menjahanamkan negara dan demokrasinya sendiri.
Belajarlah dari kejadian di Mesir ini dan jadikanlah alam yang terbentang luas ini sebagai guru. Jangan biarkan mana-mana agen luar untuk menguasai pemikiran rakyat dan politik negara kita ini.
Mesir sememangnya menjadi tempat permainan politik kuasa barat sejak penghujung pemerintahan Gamal Abd Nasser, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak sehinggalah zaman pemerintahan Morsi KLIK UNTUK SUMBER

0 ulasan:
Catat Ulasan