Menyingkap Rahsia Peristiwa Israk Mikraj
Pak Lang paparkan kisah Israk Mikraj yang diambil dari buku Catatan Sejarah Rasulullah saw susunan Syeikh Nasaruddin Awang. Mungkin agak panjang tetapi ianya boleh membantu kita membacanya terutamanya jika kita di dalam perjalanan atau musafir. 6 Jun akan datang bersamaan 27 Rejab 1434 hijrah!! Israk Mikraj Peristiwa ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian ayah saudara Baginda iaitu Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga termasuk peristiwa dukacita ialah penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasihNya. Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Menurut Imam Nawawi, peristiwa ia berlaku pada bulan Rejab tahun keduabelas selepas kenabian. Peritiwa ini telah menjadikan Masjidil Aqsa dan Baitul...