Social Icons

Sabtu, 18 Mei 2013

Amaran Untuk Keluarga Abuya - Beratnya Tanggung Jawab!!!

Bacalah tulisan Puteri Abuya mengenai keluarga Abuya! Anda akan makin kenal siapa Abuya!!
SILA KLIK UNTUK SUMBER. Tulisannya ditujukan kepada para remaja. Jadi, bahasanya bahasa remaja... Sukar juga kita yang tua-tua ni nak faham lenggok bahasanya. Pak Lang tak edit.

 

Orang selalu cakap,"untung kalian jadi anak-anak Abuya. Kami pun nak menumpang sama". Lalu ramailah anak-anak dara yang berlumba-lumba baiki diri dan bersopan santun sambil berharap mudah-mudahan dapat jadi menantu Abuya. Mak ayah pun 'rekomen'lah anak-anak gadis mereka untuk mengambil berkat - berharap anaknya menjadi sebahagian keluarga Abuya. Eh? Anak gadis je ke? Ye.. Kaum lelaki jarang didengar merasa teringin jadi keluarga mungkin sebab depa memang dah boleh salam Abuya. Begitulah kisahnya.

Tahukah anda? Amboi dah macam rancangan pengetahuan am! Keberuntungan menjadi keluarga Abuya itu sebenarnya datang bersama tanggungjawab yang besar. Samada keluarga yang darah daging mahupun yang mendatang. Berat sungguh terasa beban yang dipikul. Memang kadang tu doa khusus pada Tuhan untuk pandu bagaimana dapat menjadi anak Abuya yang sebenar.

Mana tak bebannya. Perangai kau macam hantu lagi. Tapi tak boleh nak jelaskan hantu tu sangat pasal orang dok perhati kiri kanan. Anak-anak buah Abuya sangat melihat keluarga Abuya untuk jadi contoh bagi mereka. Padahal anak Abuya pun manusia biasa. Kepala selalu masuk air lagi, hati masih liar lagi,makan masih banyak lagi. Hal makan tu harap dimaafkan. Tapi dalam kelemahan yang beribu-ribu itulah orang dok harap kita jadi contoh model sopan santun berbudi pekerti. Sudahlah Tuhan ciptakan anak-anak perempuan Abuya terutamanya semua ganas-ganas belaka! Macamana kau nak jadi contoh pada pemudi-pemudi untuk cakap pelan-pelan, jalan lemah lembut, senyum manis sentiasa! Macamana ha? Sedih..

Antara korang ni mesti pernah meluat, tersinggung,sakit hati, kecik hati, geli hati dengan kami anak-anak Abuya nikan? Apa? Takde? Takyah tipulah.. Korang suka tak ngaku kan? Bajet nak jaga hatilah tu.. Majoriti GISB ni mesti pernah mengalami kenangan bersama kami yang akan menimbulkan rasa-rasa seperti yang dah disebut di atas tadi. Korang janganlah anggap kami suka hati sebenarnya dengan hal ni. Kami kan kalau kumpul sama-sama kami selalu cerita-cerita pasal korang. Kadang-kadang mengumpat juga bila tak tahan sangat korang selalu rai kami lebih-lebih. Korang tau tak yang Abuya ni selalu pesan kat kami jangan sombong! jangan sombong! jangan sombong!!. Tapi macamana nak kawal sombong kalau korang selalu je tak tolong kami supaya tak sombong! Haa.. Ape jenis luahan hatilah ni!

Jadi anak Abuya ni bermaksud kena jadi sempurna. Padahal dah tau dah kata manusia manalah ada yang sempurna. Tapi tetaplah orang mengharap kita ni kena sempurna. Kadang tu aku bawak kete tak perasan ada kawan-kawan tengah jalan kaki. Takdelah berenti tumpangkan. Tiba-tiba masuk kat fb, "Khaulah bawak kereta macam pelesit tak tengok kanan kiri ape lagi nak tumpangkan kami!" Allah.. Minta maaflah. Ampun..  
 
Ada tu kadang nak lalu lalang kat bandar tu tebal je muka. Orang dok perati je. Mulalah cover-cover takut tersadung tergolek. Nak senyum ke tak? Kalau senyum kang orang kata perasan comel senyum sorang. Kalau tak senyum pula orang kata amboi sombongnya dia yang anak Abuya tu. Tuhan..

Kadang tu lapar nak pergilah makan kat kafe ikhwan. Tapi malu gile sebab nanti makcik kafe suka tak bagi bayar. Padahal kami dahlah makan selambak. Ya Allah malunya. Dahlah Abuya Ummu memang marah kalau suka-suka je nak makan free atas nama anak Abuya. Tu yang kadang tak nak makan kat kafe Ikhwan sebab malulah asyik makan free. Terpaksalah makan kat kedai mamak. Ceh padahal memang cari roti canai kat kedai mamak bawah tu! Yelah..lebih kurang macamtulah.

Masih segar lagi diingatan kami niha. Waktu tu balik dari Australia, kami turun di Singapore masuk ikut Johor. Waktu sampai je tu kami semua di serang kebuluran yang memuncak. Rasa nak menangis nak jerit nak tido nak makan semua ada. Maka kami pun dibawalah ke rumah tamu Danga Bay tu. 
 
Sampai-sampai je ada dah orang sambut dengan makanan yang terhidang sedap gila rambang mata. Sebaik saja dipersilakan makan, kami baca doa laju-laju, dah memang tak sempat nak termenung mengenang jasa sapa-sapa dah, kami pun makanlah dengan penuh penghayatan. Time tak lapar pun kami makan dengan bersemangat,apatah lagilah time kebuluran. 
 
Bayangkan.. Dah makan kenyang tu,sendawa, barulah kami perasan ustaz yang jemput kami makan tu dia tak makan pun. Dia tengok je kami makan. Ya Allah.. Kenapa jadi macamni? Kan baca doa sama-sama tadi? Tuhan..ampunkanlah kami. Agaknya apalah yang ustaz tu fikir bila tengok sekumpulan anak Abuya makan macam orang Somalia! 
 
Kami pun tanyalah, Ustaz kenapa tak makan? Sambil senyum ustaz tu cakap, takpe..ana nak tunggu sisa-sisa je. Waaaaaaa... Apahal ustaz ni? Tak sukela.. Benci! Sejak tu kami berazam kalau ada ustaz tu lagi kat Danga Bay, kami takkan singgah sana dah! Takkan takkan takkan! Sampai hati ustaz tu malukan kami. Kalau Abuya taulah perangai kami macam ni, dah tentu kena kuarantin tak boleh makan! .

Inilah antara hal-hal yang membuatkan kami serba salah sangat hidup di kalangan jemaah ni. Sebab tu kami kadang-kadang suka berkumpul sesama kami je. Biar takde orang sibuk nak rai-rai. Kami tau sangat kelemahan kejahatan kami. Jadi bila ada yang hormat dan raikan kami kerana kami ni anak Abuya, itu sebenarnya satu tamparan tepat dimuka kami ni. Malu, sedih, segan, geram, marah semua ada.

Korang tau tak sebenarnya setiap kali Ummu Abuya tengok kami ni dirai-rai,terutama lepas show tu orang nak amik gambarlah, nak bagi hadiahlah, nak jeling-jelinglah, setiap kali tulah kami akan dapat amaran sekeras-kerasnya dari Abuya. Abuya Ummu akan ungkit semua kelemahan kami,akan warning kami sebab dah bangga diri! Abuya sampai cipta sajak 'lagu untuk penyanyi' tu, Abuya panggil aku Abuya cakap, sajak ni untuk kamu supaya jangan riyak jangan bangga diri selepas menyanyi. Nampak sangat aku yang paling selalu riyak! Tak guna punya diri!

Baru ni dalam tahanan Ummu ada bagi sajak untuk aku, Iyah, Fatim dan adik buat lagu. Bila dah siap lagu tu kami pun nasyidlah depan Ummu. Lepas dengar je lagu tu muka Ummu terus berubah. Terus Ummu buat kuliah,zalimnya kalau Ummu yang menulis lirik dan kamu yang buat lagu ni merasakan kebolehan itu ialah hasil dari diri sendiri. Kejamnya kalau sampai memakai kebesaran Allah yang mutlak itu menjadi kebesaran diri. 
 
Cemasnya.. Terus rasa tak guna nak buat-buat lagu ni kalau zalim dan kejam pada Allah. Tapi mencipta lagu itu adalah satu tanggungjawab juga. Hanya perlu dikekalkan bersamanya rasa hamba sehambanya dan sentiasa merasa semua ini Tuhanlah yang punya. Ummu pun dah warning siap-siap dah, balik Malaysia nanti akan show-show, bila ada orang nak puji ke, bergambar ke, cakap dengan depa bahawa semua ni Allah yang punya. Tolong kami untuk besarkan Allah. Haaa.. Standby lah!

Jadi memang berat.. Berat.. Berat.. Dahlah badan aku memang dah berat, ditambah lagi dengan beban perasaan yang berat. Abuya Ummu tu dah melangit, padahal kami anak-anak masih berpenyakit! Geli dengan diri sendiri yang tak sedar-sedar diri!

Sebab tu wahai keluarga Abuya, anak,cucu, menantu, cucu menantu, madu anak, madu cucu dan semuanya yang berkenaan, marilah kita sama-sama mengusahakan hati dan peribadi yang terbaik. Bukan sekadar nak jadi contoh pada orang lain, tapi lebih kepada tanggungjawab kita kepada Allah, Rasul dan Abuya yang kita itu menumpang kebesaran mereka. 
 
Agaknya kalau kita ni bukan keluarga Abuya, ada ke orang heran dengan kita? Muka kita lawa ke? Ketiak kita wangi sangat ke? Suara kita sedap gila ke? Bila Abuya kata, solat mesti khusyuk, kita patutnya jadi orang pertama yang mengusahakannya. Bila Abuya cakap kena selawat sebelum sembahyang, kita patutnya jadi orang yang paling bersungguh melaksanakannya. 
 
Bila Abuya pesan jangan bermewah-mewah, patut kita dah lama serah semuanya pada jemaah. Bila Abuya kata makan gaji dengan Tuhan, kita patutnya malu nak buat projek atas nama peribadi. Bila Abuya minta kita bersungguh berjuang, patutnya kitalah yang sedang memenuhi segenap premis Abuya dan sungguh-sungguh berjuang di bidang masing-masing. Bila Abuya beri amaran supaya semuanya wajib ikut displin Abuya, patutnya kitalah yang paling ketakutan. 
 
Pastikan cita-cita kita sama dengan Abuya. Cek balik perilaku kita supaya tepat dengan Abuya. Kalau masih liar,malulah untuk mengaku Abuya tu ayah aku, Abuya tu datuk aku, Abuya tu pak mentua aku, Abuya tu datuk mertua aku, Abuya tu datuk madu aku!. Kerana sesungguhnya Abuya ada ribuan lagi 'keluarga' yang memang sanggup hidup dan mati kerana Tuhan bersama Abuya!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text