Dalam menjenguk cerita di sebalik PRU 13, Pak Lang terjumpa artikel bertajuk seperti di atas. Elok kita renungi bersama. Untuk lihat sumber asal: SILA KLIK
Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam tadi sangat berjaya. Jumlah kehadiran tidak kurang daripada 80,000 orang dan ini bukannya satu isu kecil yang boleh ditangani dengan mudah. Jika dibayangkan jumlah yang sebegini, sesiapa pun tidak boleh menafikan keresahan orang ramai terhadap tuduhan ‘massive fraud’ yang berlaku di dalam PRU 13 yang baru selesai itu.
Dalam situasi ini semua pihak wajar mengatasi isu kebangkitan ini dengan kaedah yang benar-benar diterima oleh semua pihak dengan baik. Tolong jangan perbesarkan isu seperti isu berulangnya insiden 13 Mei. Situasi sekarang tidak akan membawa kepada insiden 13 Mei kerana ia bukan pertentangan di antara kaum. Ia adalah pertentangan di antara pihak rakyat di bawah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dengan pihak BN yang juga dari berbilang kaum.
Jika ada pihak yang ketakutan akan terjadi insiden 13 Mei itu adalah permainan politik yang tidak baik. Insiden itu akan hanya boleh berlaku jika ada pihak yang sengaja melakukannya secara ‘deliberate’. Persoalannya sekarang, bagaimana penyelesaian boleh dilakukan dengan sejujurnya di mana semua pihak ikhlas mahu melihat penyelesaiannya.
Apa yang jelas sekarang pihak Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya kerana mereka menuduh PRU kali ini adalah pilihanraya yang penuh dengan penipuan. Sekarang bukan lagi masanya untuk semua pihak balas-membalas dan berbahas dari kedua-dua belah pihak tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang ialah cara bagaimana hendak mendapatkan penyelesaiannya.
Pihak kerajaan khususnya pihak pimpinan UMNO yang berada di dalam kerajaan sudah tidak boleh melakukan usaha perdamaian dan mencari penyelesaiannya. Siapa sahaja dalam kepimpinan UMNO, maksud saya dalam Majlis Tertinggi parti dan kerajaan tidak boleh mencari penyelesaiannya kerana mereka adalah pihak yang sedang menghadapi tuduhan rakyat yang ramai ini.
Pihak yang dari Pakatan juga tidak boleh melakukan usaha perdamaian ini kerana mereka adalah dari pihak yang menuduh dan tidak berpuas hati. Kita mesti mencari individu yang dihormati dan boleh dipercayai dan diyakini untuk melakukan usaha percantuman yang berpecah, yang boleh ‘menyambung yang putus dan menampal yang koyak’.
Pakatan akan mengadakan perhimpunan seperti ini di Pulau Pinang dan Ipoh selepas ini. Jika keadaan ini berpanjangan maka rakyat tidak ada kuasa untuk menjalankan kehidupan seharian dengan teratur kerana berhadapan dengan situasi seperti ini. Bagi saya pihak yang berwajib mesti mencari ‘instrument’ yang boleh meredakan dan memulakan usaha pendamaian dan seterusnya masing-masing pihak berpuas hati.
Rakyat terpaksa menjalankan kehidupan masing-masing dan politik ini wajar diselesaikan dalam kadar yang segara. Jika perhimpunan ini berlarutan, kita takut budaya berhimpun ini akan terbina dalam masyarakat kita.
Satu fakta yang hakiki, BN sememangnya tidak boleh bertahan lagi dengan keadaan pimpinan BN yang ada sekarang ini. BN sedang dalam kedudukan bertahan dan ini adalah disebabkan oleh kelalaian yang begitu lama oleh pihak kerajaan dan parti yang memerintah. Kita tidak menjangka yang rakyat boleh keluar dan bertindak berhimpun setiap minggu kerana politik. Kelalaian UMNO selama inilah yang membuahkan budaya politik yang hampir ganas ini.
Isyarat kepada UMNO sudah lama diberikan kepada parti pemerintah ini. Tetapi mereka tidak mahu mengambil isu kemarahan rakyat ini dengan serius sehinggakan rakyat sudah sanggup menghabiskan masa berhimpun dan berhimpun. Bagi Anwar Ibrahim, berdemonstrasi dan berhimpun ini sememangnya sudah menjadi kemahiran beliau sejak beliau dalam usia muda di kampus dahulu. “Anwar is just swimming with the flow,” kata seorang rakan yang juga rapat dengan Anwar.
Saya berpendapat agar kekecohan ini wajar diberhentikan segera. Saya lebih pentingkan untuk rakyat kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Kepentingan individu di dalam BN mahupun dalam Pakatan Rakyat wajar dikorbankan. Jika keadaan terus menerus seperti ini maka elok Majlis Raja-Raja Melayu melakukan sesuatu dan mengambil tanggungjawab untuk meredakan keadaan yang panas ini. Jika politik tidak dapat mencari penyelesaiannya maka rakyat terpaksa mengadap Raja-Raja Melayu untuk memainkan peranan yang seadil-adilnya terhadap rakyat ramai yang sedang marah ini untuk berdemokrasi.
Jika tidak ada usaha untuk memuaskan hati rakyat ini maka keadaan negara akan terumbang-ambing dalam suasana kehidupan yang tidak menentu…tidak ada yang kalah dan tidak ada yang menang.
Carilah penyelesaian dengan memberikan tanggungjawab merapat dan memuaskan hati semua pihak dapat dicapai. Penyelesaian wajar dilakukan oleh seorang yang mempunyai ‘wisdom’ tinggi dan mampu bercakap dan berunding dengan semua pihak yang berperang perasaan sekarang ini. Rakyat semakin hari semakin jemu dengan perkelahian politik yang sudah berlarutan sekian lama.
Kalau dikaji dari situasi semalam, keadaan negara tidak akan bertambah aman malahan semakin parah. Sebelum berlaku perkara yang tidak kita ingini, saya tetap berpendapat yang pihak Raja-Raja Melayu wajar mengambil tindakan yang sewajarnya serta-merta.
Anak-anak muda sudah terlalu terlibat dengan perhimpunan dan kita khuatir budaya berarak dan berhimpun ini akan menjadi cara hidup rakyat khususnya kepada generasi yang masih muda ini.
Dalam keadaan sekarang ini penaungan di bawah Raja-Raja Melayu sangat diperlukan. Kita mahukan negara yang aman, rakyat yang bersatu padu dan akhirnya mencapai perpaduan nasional yang sejati.
Kita tidak mahu mempertahankan dan menaikkan seseorang kerana keinginan dan kemahuan peribadi. Kita mahukan kehendak rakyat terisi sepenuhnya kerana negara ini rakyat adalah pemiliknya…maksud saya rakyat semua kaum yang berbilang agama dan adat resam itu.

0 ulasan:
Catat Ulasan