Gini ceritanya:
Lepas aku post cerita2 mengenai Ummu Jah yang ditangkap di Makkah tu, aku tutup pc dan berehat la atas kerusi panjang di rumah aku. Sambil baring2, angan2, letak tangan atas kepala, maka aku pun seolah-olah terlelap.
Dan, masa inilah 'AKU TERBANGUN' dan terus DIDUDUKKAN. Dan di sebelah aku adalah AxxxA. Dia siap senyum kat aku. Aku ingat dia akan marah kat aku pasal aku tulis kisah Ummu Jah ditangkap di Makkah. Tapi dia hanya pandang aku dan senyum. Aku kenal sangat orang ni. Wajah dia bersih, baunya harum.
Dia kata "antum usah bimbang, usah takut. Jika dah takdir Allah, maka akan berlaku juga". Sebenarnya aku pun tak faham apa maksudnya. Aku diam saja, terpinga-pinga. Dia terus kata lagi "xxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxx xxxxx" (yang dia kata nih tak sesuai la aku nak cerita kat korang, sebab bagi aku ini antara aku dan dia dan dia dengan Ummu Jah dan dia dengan anak cucu dia). Yang aku ingat ayat last dia kata pada aku ialah"pejuang2 yang haq akan bangkit. Bantu lah mereka dan tolong selamatkan mereka".
Itu yang aku ingat. Tapi bantu siapa? Nak suruh aku selamatkan siapa? Adoi..aku sendiri pun miskin serba serbi nih, terutama dari segi agama. Tak kan nak suruh aku pergi selamatkan Ummu Jah dan jemaah2nya yang ditangkap di Arab Saudi tu? Mana la aku tau, mana la aku ada duit nak beli tiket kapal terbang, nak belanja di sana. Bukan aku takut nak pergi sana, tapi tak ada modal macam mana?
Jadi macam mana aku nak tolong? Ada satu cara saja kalau macam tu. Apa? Aku hanya boleh bagi cadangan dan buat seruan:
BAGI KORANG YANG ADA DUIT TAK KIRA KORANG DI MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI, JORDAN, MESIR, THAILAND, CHINA, LONDON DAN DI SELURUH DUNIA, AKU DENGAN INI MENYERU KORANG PERGI KE MAKKAH UNTUK MELAWAT DAN MEMBERI BANTUAN KEPADA UMMU JAH DAN JEMAAHNYA YANG DITAHAN, SUPAYA MEREKA DAPAT DISELAMATKAN. INSYA-ALLAH KALAU AKU ADA KEMAMPUAN AKU AKAN KE SANA UNTUK BERJUMPA UMMU JAH DAN ANAK2 CUCUNYA DAN JEMAAHNYA UNTUK SAMPAIKAN AMANAT YANG AKU TERIMA DALAM MIMPI AKU TU....
Kemudian aku terjaga dengan sebenar-benarnya. Aku rasa tapak kaki aku panas dan tapak tangan berpeluh dan aku teringat mimpi aku tu. Mula lah aku seram, sejuk, bulu roma meremang. Tapi yang peliknya, sebelah aku tu masih ada bau wangi. Korang nak tau apa berlaku? Melompat la aku, apa lagi masa tu aku kat rumah sorang2.
Rupanya paparan Dayan Dayak di dalam blognya itu telah dibaca oleh Bonda Ummu Jah. Berikut adalah respon Bonda Ummu Jah kepadanya..
Dari Ummu Jah untuk saudara rempit (pangilan mesra). Sebagai menjawab tulisan saudara di dalam blog saudara yang mengatakan bahawa siapa yang membaca tolonglah saudara untuk diberi faham. Maka Ummu Jah mwakili GISB ingin memberi reaksi kepada tulisan saudara. Pertamanya ucapan terima kasih kerana sudi membela GISB. Untuk pengetahuan saudara, keberadaan GISB di Makkah dan Madinah adalah kerana cintakan Nabi.
Dari Ummu Jah untuk saudara rempit (pangilan mesra). Sebagai menjawab tulisan saudara di dalam blog saudara yang mengatakan bahawa siapa yang membaca tolonglah saudara untuk diberi faham. Maka Ummu Jah mwakili GISB ingin memberi reaksi kepada tulisan saudara. Pertamanya ucapan terima kasih kerana sudi membela GISB. Untuk pengetahuan saudara, keberadaan GISB di Makkah dan Madinah adalah kerana cintakan Nabi.
Tidaklah Kami berjuang di sini melainkan kerana kerinduaan kepada seorang Nabi dan ingin mengembirakn roh Baginda nabi yg nampaknya sudah terbuang dari kampung kelahirannya sendiri. Dengan erti kata lain, kami tanpa memikirkn apa2 risiko mengambil keputusan untuk membela dengan sebesar-besar pembelaan kepada RSAW yang kian dilupakan orang di Tanah Suci. Nampaknya usaha kami dalam tempoh hampir 3 tahun ini telah membuahkn hasil, yaitu sekarang ini kami sudah mendapat tempat di surat khabar Saudi dan dengan itu juga tersebarlah ke seluruh dunia berita tentang kami. Kalau takdirnya kami akan mati kerana membela seorang Nabi, bukankah itu idaman semua orang? Tapi sesungguhnya bila nabi itu di bela, hasilnya akan membuatkan Tuhan disembah orang semula, tentulah kerajaan Allah tidak akan membiarkan kami teraniaya. Yakinlah saudara, seruan saudara supaya umat islam bersama membantu dan menolong kami itu adalah satu yg sangat besar sebab ia bemakna anda telah mengembalikan umat Islam kepada Nabinya. Bukankah Nabi itu hak kita bersama! Maka mesej dari mimpi itu adalah bukti bahawa kami sedang mendapat pembelaan dari RSAW melalui Abuya.
makasih pak lang kongsi kisah aku nih...
BalasPadam