Riwayat dan Karamah Al-Qutubul Alam Al-Kabir Maulana Sidi Syeikh Al-Syuyukh Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili Pendiri bagi Tariqat Syadzaliah Qaddasallahu-Sirruhu
(Kisah para Aulia’ dan para Syeikh adalah sangat elok dibaca oleh khususnya kepada murid-murid yang menjalani tariqah agar menjadi petunjuk dan tauladan bagi mereka yang berada di jalan tariqah dan secara amnya kepada muslimin dan muslimat kerana dalam hadits ada menyebutkan yang bermaksud : “Mengingati para Wali menjadi sebab turunnya rahmat” )
Juga suatu peringatan kepada golongan manusia yang suka menghina atau mempersendakan para wali-wali Allah,maksud hadith Qudsi ”Allah isytiharkan perang terhadap orang yang memusuhi para wali-Nya".
Syeikh Abi Hassan Asy-Syadzili
Nama lengkapnya Syeikh Abu Hassan Ali bin Abdullah bin Abdul Jabar bin Tamim bin Hurmuz bin Hatim bin Qusai bin Yusuf bin Yusa’ bin Warad bin Batl bin Ahmad bin Muhammad bin Isa bin Muhammad bin Hassan bin Ali bin Abi Talib.
Dilahirkan di bumi Maghribil Aqsa pada tahun 551 Hijrah.Di dalam kitab Al-Nufhatul Ash-Syadzaliah disebutkan tahun 593/591 Hijrah(1195 Masihi).
Dia dilahirkan di Ghamarah,sebuah desa dekat Sabtah,Afrika.Memperdalami ilmu Fiqh dan tasawwuf di Tunisia.Kerana bermukim di Syadzilah,maka thariqat yang didirikannya dinamakan Syadziliah
Sebab itu maka dia digelarkan Syadzali ialah kerana telah berkata gurunya Syeikh Abu As-Salam bin Masyisiy:
Hai Ali! Pergilah kamu ke Afrika dan hendaklah kamu diam di negeri bernama Shazilah.Allah akan menamakan kamu dengan “Shadzili” kemudian dari itu hendaklah kamu pindah pula ke negeri Tunisia,setelah setelah itu pindah pula ke negeri Masyriq.Kamu akan mendapat pusaka(anugerah) menjadi wali qutub(wali besar atau pemimpin para wali).Berkata “Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili”:
Sewaktu kamu masuk ke negeri Tunisia adalah aku masih sangat muda disana aku temui manusia sedang kelaparan.Di pasar-pasar ada yang mati kerana kelaparan itu aku berkata di dalam hatiku.Kalau sekiranya ada pada aku barang yang dapat aku belikan roti nescaya aku belikan untukku berikan kepada yang sedang lapar diilhamkan di dalam hatiku:
Ambillah apa yang ada di dalam dompetmu itu.
Aku kocakkan(goncangkan) bajuku tiba-tiba di dalamnya ada beberapa wang dirham,aku (Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili) pergi ketempat pembakar(penjual) roti,maka aku(Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili) berkata:
Hitunglah rotimu itu untukku (Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili),dia pun menghitung roti untukku lalu roti itu aku bahagi-bahagikan kepada manusia yang sedang kelaparan tadi.Setelah itu aku keluarkan wang dari dalam bajuku untukku membayarnya.Pembuat roti itu berkata(seraya menuduhnya):
Sekalian kamu orang Maghribi memakai ilmu kimia(sihir).Diberikanya kembali wangku itu kepadaku sambil berkata:
Semuanya tidak baik.Aku terpaksa memberikan baju yang aku pakai dan kendi(pundi/uncang) aku sebagai gadaian(tebusan) pada harga roti itu.Aku keluar tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri dimuka pintu,dia berkata:
Hai Ali! Dimana sekalian dirham itu? Aku berikan wang itu kepadanya,lalu dikocakkan(digoncangkan) dengan tangannya kemudian diberikan kembali kepada aku,dia berkata:
Pergilah kamu berikan wang ini kepada penjual roti itu.Aku pun terus pergi menemukan penjual roti.Dia berkata: Bahawa semua ini adalah baik.
Dia mengembalikan baju pakaianku dan kendi ku(pundiku/uncangku) aku carilah lelaki tadi namun tidak aku temui.Hairanlah aku akan diriku sehingga aku pun masuk ke dalam masjid Jamek pada hari Jumaat.Aku sembahyang tahiyatul-masjid.Ketika aku memberi salam tiba-tiba aku lihat lelaki tadi dari pihak kananku.Aku memberi salam kepadanya.Dia menjawab dengan tersenyum katanya:
Hai Ali! Dulunya engkau berkata: Kalau ada padaku barang nescaya aku memberi makan kepada orang-orang yang sedang di dalam kelaparan .
Engkau hendak bersifat pemurah atas mereka(orang yang dalam kelaparan)tetapi Allah Tuhan engkau adalah sangat pemurah pada makhluk-Nya.Bahawa jika dia menghendaki tentu semuanya dikenyangkan.Dia lebih mengetahui daripada engkau.Aku berkata kepadanya: Ya Sayidi siapa tuan ini.Jawabnya: Akulah Ahmad Abu Abbas Al-Khaidir adalah aku baru pulang daripada negeri Cina, maka dikatakan kepada aku:
Dapatkan olehmu akan wali ku(sahabat Nabi Khaidir daripada kalangan para wali) di negeri Tunisia,oleh sebab itu dengan segera aku datang menjumpai engkau.Kata Syeikh : Ketika kami selesai sembahyang Jumaat aku lihat dia(Ahmad Abu Abbas Al-Khaidir), namun dia telah tiada lagi.
Manakala telah masyhur nama Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili di negeri Maghribi, maka Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili senantiasa dan selalu mendapat hasad dan kedengkian serta permusuhan daripada orang-orang yang memusuhi terhadapnya.Ada yang melakukan dan menabur fitnah terhadap beliau dengan bermacam-macam tuduhan dan tohmahan yang keji dan dahsyat,ada yang melarang kepada manusia supaya jangan berguru ataupun belajar dengan beliau dan mereka melarang manusia daripada pergi berhubung dengan Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili.
Mereka menuduh bahawa Syeikh Abi Hassan adalah seorang zindik(kafir dan murtad).Beliau dan para murid serta ahli jemaahnya diusir dari bumi Maghribi(Morocco).Demikian halanya beliau terpaksa berpindah ke negeri Mesir namun sebelum Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili dan para pengikutnya yang setia masuk ke negeri Mesir,maka terlebih dahulu mereka membuat surat fitnah kepada penduduk Mesir supaya jangan menerima orang zindik itu masuk ke negeri Mesir, surat yang mereka kirim ke Mesir itu menyatakan bahawa orang tersebut (orang yang dimaksudkan ini ialah Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili)telah diusir dari negerinya lantaran telah merosakkan I’tiqad kaum muslim.
Bahawa dia adalah sebesar-besar mulhidin(orang yang sesat yang terkeluar daripada agama Islam) yang mempunyai khadam-khadam daripada kalangan jin.Bahawa orang tersebut sudah boleh dibunuh.* (Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili telah dituduh oleh manusia di negerinya sebagai orang mulhid dan terkeluar daripada agama Islam dan berbagai-bagai tuduhan lagi seperti melanggar hukum syariat,memakai ilmu sihir,memelihara jin untuk dijadikan khadam,maka begitulah sunnatullah bagi para kekasih-Nya tidak pernah sunyi dan sepi daripada fitnah yang ditaburkan serta tipu daya daripada orang-orang yang memusuhi Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili dan para wali,sedangkan mereka para wali dari kalangan syeikh-syeikh yang benar,hanya menjalankan tugas mereka untuk mendidik umat manusia untuk membawa kepada jalan penyucian jiwa dan ma’rifah kepada Allah sekaligus mencapai nikmat yang abadi di akhirat,tetapi terlebih malangnya Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili dan para wali yang lain dituduh sebagai penyesat manusia,maka berlakulah segala cobaan dan ujian ke atas mereka yakni para wali yang penuh dengan kegetiran dan menyeksakan.)*
Ketika Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili sampai ke Iskandariah beliau mendapat penyeksaan dari penduduk lantaran surat bohong itu sangat banyak dikirimkan ke negeri Mesir.Diantaranya surat ini ada yang disampaikan kepada Raja(Sultan)namun Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili tidak kehilangan akal dengan keramatnya diulurkannya tangannya kepada Sultan Negeri Maghribi supaya membuat surat pujian untuknya demi melawan surat-surat bohong tadi.
Surat Sultan Maghribi itu diatur demikian rupa oleh Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili sehingga tarikhnya pun dibuat lebih akhir dari surat bohong itu.
Isi surat Sultan Maghribi cukup mengagungkan(memuliakan) dan memuji di atas kebaikan dan kebenaran Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili.Dengan demikian Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili mendapat kemuliaan dari Sultan Mesir.Dikembalikannya Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili ke Iskandariah dengan kemuliaan dan kehormatan dengan demikian sebahagian orang berhenti daripada membuat fitnah dan menyeksa Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili,namun dengan takdir Allah belum pun fitnah itu terpadam sepenuhnya, ada pula di kalangan mereka yang membuat fitnah menambahkan pula dengan fitnah yang baru,berserta dengan penganiayaan terhadap Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili sehingga ada yang membuat surat kepada Sultan bahawa dia mempunyai ilmu kimia(sihir),dikatakan bahawa dia membuat wang tangan.Dengan adanya fitnah ini maka berubahlah I’tiqad Sultan Mesir dan dia termakan dengan hasutan dan fitnah itu,sehingga dia melarang sekalian manusia sekedudukan dengannya*(yakni melarang orang ramai pergi belajar dengan Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili atau sama ada dengan tujuan mengambil barakah atau bertujuan berhubungan dengan Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili).*
Secara kebetulan pula pada waktu itu ada seorang pembesar bernama Muhammad bin Qalun yang akan dihukum bunuh kerana difitnah? melakukan kesalahan lalu melarikan diri minta perlindungan kepada Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili. Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili menerima surat dari Sultan supaya Muhammad bin Qalun dikembalikan kepada Sultan.Jika tidak Sultan akan mengambil tindakan dan hukuman terhadap Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili namun dengan keberaniannya,Muhammad bin Qalun tidak dikembalikan oleh Syeikh Abi Hassan Syadzili sewaktu utusan Sultan datang menemukan Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili dalam masalah ini namun Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili menyuruh utusan itu mencampakkan timah ke dalam telaga(perigi) yang telah kering(perigi buta).Kemudian manakala timah itu telah dicampakkan ke dalam perigi itu maka dengan karamah Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili menyuruh Muhammad bin Qalun(pesalah) tadi kencing pada timah itu.Tiba-tiba dengan izin Allah timah itu berubah menjadi emas.
Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili menyuruh utusan Sultan tadi membawa emas itu kepada Sultan sebagai tebusan dan hadiah.Setelah emas itu ditimbang dihadapan Sultan ternyata beratnya sehingga 500 kilogram atau 700 kilogram.Dengan demikian Sultan tidak marah lagi sehingga ia ingin hendak belajar ilmu kimia(sihir) kepada Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili.* (Sultan menyangka Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili memakai ilmu sihir sebagaimana fitnah yang tersebar ke atas Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili.)*
Maka berangkatlah Sultan menuju ke kota Iskandariah(sebuah Bandar pelabuhan di dalam negeri Mesir) untuk mempelajari ilmu kimia(sihir).Setelah dia sampai kehadapan Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili maka Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili menyebut dengan kata-kata sindiran dengan mengatakan “Ilmu kimia(sihir) kami itu hanya takut kepada Allah.Dari kerananya hendaklah kamu takut kepada Allah nescaya Allah akan mengajarkannya.”
Dari sejak itu senantiasalah Sultan membesarkan Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili.
Diriwayatkan pula bahawa sebelum sampai Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili ke negeri Iskandariah itu.Disana ada seorang wali besar namanya Syeikh Abdul Fattah Al-Wasti.Oleh sebab itu sebelum Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili masuk terlebih dahulu meminta izin kepada beliau.Beliau berkata:
Satu kopiah(ketayap) tidak dapat dipakai oleh dua kepala.Maksud perkataan ini ialah bahawa dalam negeri tidak boleh ada dua orang wali memerintah negeri itu.Pada malam itu juga Syeikh Abdul Fattah Al-Wasti wafat. * (Menurut ilmu pengetahuan di sisi para aulia’,kelaziman dari kalangan mereka para aulia’ sebelum masuk ke sesuatu tempat atau negeri mereka akan memaklumkan terlebih dahulu di antara satu sama lain itupun mengikut bagaimana hal keadaan dan martabat kewalian mereka.) *
Dan adalah demikian itu barangsiapa masuk satu negeri atas satu fakir ahli Allah(Ahlillah) dengan ketiadaan izin daripadanya maka terkadang yang seorang itu terlebih tinggi darjat daripada yang seorang lagi maka meninggalkan dia daripadanya akan wilayahnya(tempatnya) atau wafat salah seorang daripada para aulia’ itu oleh kerana itu berlakulah beberapa perkara di kalangan mereka(yakni para aulia’ Allah)maka kerana itulah disunatkan bagi mereka para wali meminta izin sesama mereka.Berkata Syeikh Abu Abbas Al-Mursi:
Aku berada di alam Al-Malakut maka aku lihat Abi Madyan bergantung(berpegang) pada tiang Arasy.Aku bertanya kepadanya: Berapa ilmu tuan? Jawabnya: Tujuh puluh satu ilmu.Tanya aku: Apa maqam tuan? Jawabnya: Yang keempat daripada Khalifah.Ketua yang ketujuh daripada“Badal”(lafaz jama’nya Abdal).
Tanya aku: Apa perkataan engkau tentang Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili? Jawabnya: Kelebihan daripada aku empat puluh ilmu,dia adalah lautan yang tiada diliputi dengan dia.Bahawa Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili juga mahir(alim) tentang ilmu syarak.Dia sering mengunjungi dan bermuzakarah dengan beberapa ulama’,antaranya Syeikh Ibn Al-Hajib, Syeikh ‘Izzudin bin Abdissaalam,Syeikh Ibn Daqiq Al-Aydh,Syeikh Al-Solah dan Syeikh Ibn ‘Asfur perbincangan mereka di sekitar permasalahan agama.
Bahawa adalah Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili menunaikan haji setiap tahun pada akhir haji tahun terakhirnya dia berkata kepada khadamnya seakan-akan sindiran untuk memberitahukan bahawa dia akan meninggal dunia pada tahun itu.
Setelah dia sampai ke Hamir Istira? Dia mandi dan sembahyang dua rakaat.Di dalam sujudnya yang terakhir wafatlah beliau.
*Ada riwayat lain mengatakan setelah mengadakan perjalanan ke beberapa negeri di sebelah timur Arab,mengerjakan haji dan mengunjungi Iraq,ia menetap Iskandariah dan wafat pada tahun 615 Hijrah(1219 Masihi) di padang pasir ‘Aidzab,dalam perjalanan pulang dari haji.Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili bertalian darah dengan Sultan Maghribi dan menjelang kewafatannya,matanya rabun(buta).*
Hamir Istira itu terletak di padang pasir ‘Aidzab di negeri Mesir.Dikatakan bahawa air di tempat itu masin akan tetapi sejuk semenjak beliau wafat dan ditanamkan di situ maka air di sekitar kawasan berubah itu menjadi tawar.
Beliau wafat pada tahun 656 Hijrah.
Sebahagian daripada keramat Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili:
*Beliau pernah berkata: “Dalam suatu perjalanan,aku pernah bertanya kepada Allah: “Bilakah aku dapat menjadi hamba-Mu yang bersyukur?” Tiba-tiba kudengar jawapan: “Bila anda tidak melihat pemberi nikmat kepada selainmu.” Aku pun bertanya pula : “Tuhanku,bagaimana mungkin aku tidak melihat pemberi nikmat selainku,sedangkan Engkau telah mengurniai nikmat kepada para Nabi,alim-ulama’ dan raja-raja?”
Terdengar pula jawaban: “Jika tidak kerana Nabi-nabi,nescaya anda tidak akan dapat petunjuk.Jika tidak kerana alim-ulama’,nescaya anda tidak akan menjadi orang yang tunduk.Dan jika tidak kerana raja-raja,nescaya anda tidak akan merasa aman.Semuanya itu adalah nikmat-Ku kepadamu.” *
*Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili pada kali yang lain pernah berkata : “Pada suatu hari,aku dan seorang sahabatku berlindung ke sebuah gua,untuk mencari jalan supaya sampai kepada Allah.
Kami mengatakan : “Esok akan dibukakan-Nya pintu gua ini.Dan sesudah esok(lusa),dibukakan-Nya pula untuk kita.”
Tiba-tiba seorang lelaki tidak dikenali masuk menemui kami.Orang itu hebat betul..Kami bertanya : “Siapakah anda?” Dia menjawab: “Abdul Malik.”
Sedarlah kami bahawa dia adalah seorang wali.Lantas kami pun bertanya : “Apa khabar?”
Dia menjawab : “Apa khabar orang yang mengatakan esok akan dibukakan-Nya untuk kita,dan lusa pun akan dibukakan-Nya pula? Wahai jiwa,kenapa kamu menyembah Allah kerana Allah semata-mata?”
Kata Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili selanjutnya: “Kami pun sedar,dari mana ia dapat masuk ke dalam,menemui kami.Sesudah itu kami pun taubat,mohon ampun kepada Allah,dan bersamaan dengan itu pintu gua pun terbuka untuk kami.”
*Menurut keterangan beliau,pada suatu malam dalam suatu perjalanan,ia tertidur di atas tanah.Beberapa ekor binatang buas mengelilinya,untuk menjaganya.Binatang-binatang itu bersikap ramah kepadanya dan menurut beliau seumur hidupnya belum pernah menerima keramahan semacam itu.Keesokan harinya,beliau khawatir kalau-kalau telah terjadi sesuatu yang tidak diingini pada dirinya.Maka beliau pun pergi menuruni sebuah lembah.Nampak di situ banyak burung terbang dengan lincahnya.Burung-burung itu mirip dengan merpati,paruh dan kakinya merah,belum pernah dilihatnya bururng secantik itu.Tatkala melihat beliau datang,burung-burung itu terbang mendekatinya.Beliau khawatir dan cemas.
Tiba-tiba beliau mendengar suara : “Wahai orang yang tadi malam dijaga dan diramahi binatang buas,kenapa anda terkejut melihat burung ini.Semalam anda bersama kami,dan kini sendirian.”*
*Syeikh Abu Abbas Al-Mursi mengatakan bahawa Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili pernah berkata: “Akan lahir seorang lelaki di Mesir,bernama Muhammad Al-Hanafi.Dia hebat dan terkenal pada masanya.”
Menurut riwayat lain,Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili berkata: “Akan lahir di Mesir,seorang pemuda tampan,terkenal sebagai anak muda yang taubat,dia bermazhab Hanafi,bernama Muhammad bin Hassan.Di pipi kanannya ada cacat.Kulitnya putih becampur merah dan matanya juling.Sejak kecil ia sudah menjadi anak yatim.”
Kata beliau selanjutnya: “Muhammad Al-Hanafi itu adalah khalifah kelima sesudahku.”
Ternyata apa yang dikatakannya itu benar.Al-Hanafi mengambil khalifah dari Syeikh Nashiruddin bin Mailaq,dia mengambil khalifah dari datuknya Syeikh Syihabuddin bin Mailaq,dia beroleh khalifah dari Syeikh Yaqut Al-‘Arasyai,dan dia beroleh khalifah dari Syeikh Al-Mursi dan dia beroleh khalifah dari Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili.*
*Di antara keramatnya,ketika beberapa orang ulama’ fiqh bermaksud menentangnya,mengenai amalan “Hizbul Bahri”,Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili berkata: “Demi Allah,aku sudah mengambil langsung hal ini dari mulut Rasulullah SAW,sehuruf demi sehuruf.”*
*Syeikh Al-Manawi berkata: “Ketika ditanya orang siapa syeikhnya,Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili menjawab : “Adapun pada masa lalu,Syeikh Abdussalam bin Masyisiy.Sekarang aku minum dari 10 lautan,lima diantaranya di langit dan 5 di bumi.*
* Syeikh Al-Mursi berkata : “Allah pernah membukakan tabir pemandanganku,maka kulihat Syeikh Abu Madyan bergantung(berpegang) di tiang Arasy.Aku memajukan pertanyaan : “Berapa banyak ilmu anda?” Dia menjawab: “71”. Aku bertanya pula: “Apa jabatanmu?” Dia menjawab: “Khalifah keempat,dan pemimpin 7 wali Abdal.”
Kutanya lagi: “Bagaimana pendapatmu tentang Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili?” Dia menjawab : “Dia lebih daripadaku dengan 40 ulama’,dia adalah samudra yang tidak bertepi.” *
*Syeikh Hassan Al-Adawi dalam “Syarah Al-Burdah Al-Bushairyiah”,menyatakan bahawa sebahagian dari keramat Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili itu,ialah tatkala ia datang dari Maghribi,penduduk mengirim surat kepada Raja,tentang keadaannya.Beliau pun meninggalkan Iskandariah,lalu menemui Raja dimaksud,untuk membetulkan aqidahnya.Ajaran Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili diterimanya dan luruslah aqidahnya.Tetapi sesudah itu,penduduk Maghribi berkirim surat lagi kepada raja,isinya menyatakan bahawa semua ajaran Syeikh Abi Hassan itu adalah seperti ilmu sihir belaka.Setelah membaca surat itu,akidah raja yang sudah lurus tadi,berubah dan rosak kembali.
Pada suatu hari seorang budak penjaga gudang kerajaan melakukan tindak jenayah yang diancam dengan hukum mati.
Budak itu melarikan diri,dan berlindung kepada Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili di Iskandariah.Baginda Raja murka,lalu mengirim utusan untuk mengambil budak itu dari tangan Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili,dan mengancamnya.
Kepada perutusan itu,beliau menyatakan: “Kami adalah orang yang berbuat baik,bukan orang yang berbuat kejahatan.”
Pada waktu itu,budak tadi keluar dari persembunyiannya,seraya berkata: “Lihat ke batu itu!” Ia pun mengencingnya,maka dengan izin Allah seketika itu juga batu tadi menjelma menjadi emas.
Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili pun berkata: “Ambillah semua emas ini,supaya disimpan Raja dalam perbendaharaan Negara.” Sesudah Raja menerima emas itu,maka akidahnya kembali dirosak.Pada suatu hari,baginda mengunjungi Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili meminta supaya budak itu kencing kepada batu mana saja yang disukainya.
Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili menegaskan: “Semuanya itu terjadi dengan izin Allah.”
Melihat kenyataan itu,akidah baginda kembali lurus,sehingga diberi kekayaan banyak kepadanya,sekalipun baginda menolak.Baginda menyatakan: “Yang mengencingi batu itu,adalah seorang pelayannya(khadamnya),apa lagi kalau dia sendiri(Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili).Tentu saja dia tidak memerlukan sesuatu dari makhluk ini.”*
*Pada suatu hari beliau menerangkan tentang kebaikan sifat zuhud(tidak hanyut dengan kemewahan dunia),dalam suatu majlis.Dalam majlis itu hadir seorang fakir yang berpakaian lusuh dan compang-camping,sedangkan Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili berpakaian rapi dan bersih(seperti pakaian orang bangsawan).Orang fakir itu berkata dalam hati,kenapa ia berani menghuraikan masalah zuhud,sedangkan ia sendiri berpakaian seperti bangsawan yang elok lagi mahal serta bagus dan rapi.
Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili menoleh kepadanya dan berkata(seraya menyindir kepada fakir yang jahil itu) : “Pakaianmu seperti ini tidak disukai orang di dunia,sebab orang mengatakan kamu fakir.Sedangkan pakaian kami ini dikatakan orang adalah pakaian orang-orang kaya dan bagus.”
Orang fakir itu pun bangkit,lalu berkata: “Demi Allah,aku hanya berkata di dalam hati,sekiranya Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili mengetahuinya.Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.”
Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili pun memberinya sepersalinan pakaian yang bagus dan menunjukkan seorang guru yang akan membimbingnya dan mengajarnya,bernama Syeikh Ibnu Ad-Dhuhan,dengan mengucapkan: “Allah telah melembutkan hatimu,sebagaimana hati umat pilihan dan Allah telah memberkati semua nikmat yang dikurniainya kepadamu,dan mengakhiri hidupmu dengan husnul khatimah.”*
*Syeikh Abu Abdullah As-Syatibi berkata: “Aku setiap malam mengadakan hubungan dengan Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili,beberapa kali.Aku memohon berbagai hajat kepada Allah,dengan perantaraannya(bertawasul dengannya).Ternyata hajatku dikabulkan Allah.
Pada suatu malam,aku bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW.Aku bertanya kepada beliau: “Wahai Rasulullah SAW,relakah tuan Ya Saidi Ya Rasulullah kepada Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili.Aku selalu memohon kepada Allah,dengan perantaraan(bertawasul) beliau,ternyata doaku makbul.Bagaimanakah pendapat tuan Ya Saidi Ya Rasulullah SAW tentang dirinya(Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili)?”
Beliau bersabda: “Abi Hassan itu adalah puteraku,secara rohaniah.Anak adalah bahagian dari ayah.Siapa yang berpegang kepada sebahagian,bererti sesungguhnya berpegang kepada semua.Apabila kamu meminta kepada Allah dengan perantaraan(bertawasul kepada) Syeikh Abi Hassan Al-Syadzili,maka sesungguhnya kamu telah memohon kepada Allah dengan perantaraanku(tawasul).”
0 ulasan:
Catat Ulasan