Social Icons

Selasa, 25 Ogos 2015

Menarik! - Kisah Pelik Umrah!!!

Tidak lama lagi umat Islam akan menempuh bulan Zulhijjah. Bulan di mana sebahagian umat Islam terpilih menjadi tetamu Allah di tanah suci bagi mengerjakan fardhu haji. Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima. Setiap yang beriman pasti bercita-cita untuk menunaikan haji. Paling tidak akan diusahakan untuk pergi mengerjakan umrah. 

Ketika di Mekah atau Madinah, banyak kisah pelik dan aneh berlaku kepada jemaah yang datang untuk mengerjakan umrah atau haji. Ikuti kisah pengalaman beberapa individu seperti berikut:

Cerita 1: 
Sewaktu menukar pakaian, untuk memakai kain ihram sebelum memasuki Kota Mekah, sebentuk cincin zamrud penulis yang sentiasa dipakai di jari manis sebelah kanan kemana saja penulis pergi telah hilang. Puas mencari atas bas dan tempat persalinan, tidak ditemui sehingga setengah jam mencarinya. Sedih dan selepas itu redha atas kehilangannya sebab batu cincin penulis tu adalah permata zamrud asli dan sudah ada yang ingin membelinya dari penulis dengan harga sebanyak RMxx,xxx.

Penulis sangat sayang cincin itu kerana ia diberikan oleh seorang pesakit tua yang datang untuk berubat di Klinik penulis pada suatu pagi selasa. Dia dan isterinya demam dan inginkan suntikan, tapi tidak ada wang, dia hanya ada cincin tersebut sebagai tukaran. Penulis sangat kesian lalu merawat pesakit tersebut dan isterinya dengan percuma, malah memberikan sedikit lagi wang sebanyak RM140 kepadanya. 

Berbalik pada cerita kehilangan cincin itu pula, dengan kuasa Allah swt, sewaktu memasuki Kota Mekah dan selepas talbiah, bila bangun jer dari kerusi bas, cincin tu macam tiba tiba ada dibawah punggung penulis, Penulis sangat hairan lalu terus bersyukur dan merasa sungguh terharu sekali dengan kejadian pelik itu. 

Cerita 2: 
Ketika tawaf pada suatu malam jumaat, penulis bertemu dengan seorang wanita yang tawaf sambil merangkak yang kudung kaki dan tangannya pada pusingan pertama dan kedua tawaf, masuk pusingan ketiga dia hilang entah kemana. 

Sewaktu tawaf, telah ditarik oleh seorang tua yang buta berjanggut panjang dan berambut panjang warna putih ke arah Hajaratul aswad dan sampai disitu dia suruh saya mencium batu hajaratul aswad sambil mengucap dua kalimah syahadah,lepas tu dia bawa saya kesebelah kanan pintu kaabah,disebelah bawah hujung kain kelambu kaabah, jarak lebih kurang sedepa, ada sembilan keping batu yang ditampal di kaki kaabah, warna kekuningan macam batu marmar ,dia kata itulah batu maqam Ibrahim as, yang datang sekali mengiringi batu hajaratul aswad dari syurga, ciumlah dan berselawatlah keatas Nabi Muhammad saw dan nabi Ibrahim as. 

Masyaallah, batu batu itu harum baunya dan masih basah, macam berpeluh padahal waktu itu tengahari yang panas terik. Bila habis kucup dan bersalawat, saya berpaling kebelakang, lelaki itu sudah hilang. Sewaktu menunggu solat asar selepas tawaf, penulis dan anak lelaki sulung duduk betul betul depan kaabah dan melihat ada sekawan burung berwarna hitam sedang bertawaf di atas kaabah.Penulis ada mengambil video mengenai kejadian itu. bila anak penulis bertanya , ayah…jenis apakah burung itu…penulis kata…tak tahu.. minta doa dengan Allah kalau nak kenal burung itu…. 

Lalu dengan izin Allah, waktu rukuk rakaat kedua solat asar itu, burung tersebut datang hinggap dibahu penulis, bila penulis bangun dari rukuk burung tersebut beralih bertenggek atas kepala saya sekejap dan bila penulis ingin sujud ia pun terbang ke udara kembali. 

Cerita 3: 
Penulis juga mengambil kesempatan untuk mendaki Gua Hira’, petang jumaat lepas solat asar, penulis bersama anak lelaki yang sulung dan kedua bersama 12 orang jemaah yang lain telah mendaki Gua Hira’.hanya kami tiga beranak dan 3 orang lagi jemaah yang berjaya sampai…yang lain semput dan tunggu sekerat jalan. 

Ramai pengemis yang meminta duit seriyal seriyal sewaktu mendaki naik… hingga tak ada lagi duit satu riyal yang tertinggal dalam poket baju penulis. [tak banyak pun bagi, hihihi]. Alhamdulillah bila sampai dipuncak bukit dekat gua, azan magrib berkumandang, lalu sempat penulis dan anak anak bersolat magrib dan solat hajat di dalam Gua Hira’. 

Sewaktu menuruni Gua Hira’, penulis terdengar sayup sayup ada orang yang memanggil nama penulis, bila penulis menoleh, rupa rupanya ada seorang pengemis yang melambai lambai tangan kepada penulis. 

Penulis pun hampiri dia lalu dia pun tersenyum dan berkata….[dia sebut dengan jelas nama saya]….dari Malaysia…dia kata lagi - sheikh salamat , sheikh barakat beberapa kali… dia memeluk saya dengan erat, saya pun pelik….bau badannya sangat harum, bau minyak attar yang belum pernah saya hidu sebelum ni… saya tanya dia…macammana boleh kenal nama saya…dia hanya senyum dan hulur tangan dia minta satu riyal… 

Saya pun jawab dengan ikhlas sambil berjenaka… saya dah habis duit seriyal seriyal…bagi dekat pengemis macam awak ketika naik bukit tadi…awak la yang patut kena bagi pada saya pulak seriyal…sambil berseloroh… dia pun terus menyeluk saku jubahnya dan memberikan seriyal pada saya, saya terkejut dan tolak pemberiannya dan kata saya bergurau jer…tak dia kata…ambillah…ikhlas…barakat… simpan.. dia kata…dia bagi saya…

Saya ucap terima kasih dan saya keluarkan duit sepuluh riyal nak bagi kat dia…dia tak mahu…dia kata dia dah ada duit, lepas tu ada lagi perbualan saya dan dia yang rasanya tak boleh saya nyatakan disini…sampai sekarang saya masih simpan duit seriyal itu dan baunya masih harum seperti bau pengemis itu. 

Katanya dulu dia seorang ahli perniagaan dan mempunyai beberapa cawangan kedai di Mekah, tapi sudah 3 tahun mengabdikan diri, meminta sedekah untuk mengalas perut , membeli dua botol air mineral, sedikit pasir dan simen… setiap hari dia akan membuat satu anak tangga untuk jemaah atau pelawat jejak kaki naik ke Gua Hira’… 

Selepas buat anak tangga tersebut, dia akan tunggu sehingga ia kering dan simen itu keras, sambil berzikir…itulah rutin hidup dia sehari hari… Sejak balik dari umrah.. 3 daripada 7 perkara besar yang berkaitan dengan diri saya sekeluarga yang diberitahunya itu benar benar telah terjadi dan 4 perkara lagi masih belum terjadi…semoga Allah swt berikan yang terbaik untuk kami sekeluarga… 

Ada lagi cerita cerita yang lebih pelik berlaku depan pintu masuk utama King Abdul Aziz Masjidil Haram dan dekat saluran pancuran emas di Kaabah.. Ada juga cerita pelik yang terjadi keatas anak anak dan isteri saya…insyaAllah…ada kelapangan saya menulis lagi…
Sekian…
SUMBER; INTERNET

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text