Sewaktu belajar di Mesir sekitar tahun 1989 dan 1992, anjang kena menyesuaikan diri dengan budaya, cara hidup, cuaca, persekitaran, pergaulan hatta makan minum masyarakat setempat. Sedangkan dalam masa yang sama kita tak mampu meninggalkan cara hidup bangsa kita yang kita membesar dengannya. Contohnya dalam menghadapi hidangan, kita orang kampung biasa makan ulam dari pelbagai jenis tumbuhan. Ada ulam segar seperti ulam raja, tenggek burung, pegaga, selom, salad, timun, kacang panjang atau yang dicelur seperti kacang bendi, peria, peria katak dll. Bila sampai di Mesir, biasanya makan salad atau daun bawang. Taburkan sedikit garam halus, perahkan lemon. Ia sudah cukup membuka selera ditambah dengan cili segar, makan sambil berbual-bual dengan Sidi Gharib, boleh membantu selesaikan baki nasi di talam. hehehe.
Tapi dalam banyak-banyak ulam di tanah Arab, yang paling popular ialah ‘Gargil’, sebutan asalnya ‘Jarjir’ tapi di Mesir biasa sebut gargil. Popularnya kerana terdapat mathal qadim Arab menyebut:
لو عرفت المراءة فوائد الجرجير لزرعته تحت السرير
yang ertinya, ‘Kalaulah seorang wanita itu tahu faedah gargil, nescaya dia akan menanamnya di bawah katil.’
Dalam ertikata yang lain, gargil yang bentuknya seperti sawi tetapi mempunyai rasa yang agak pahit berlemak ini menjadi pengalaman dan keyakinan masyarakat Arab mempunyai faedah yang ‘power’ khususnya dalam membantu menguatkan ‘tenaga batin’. Mudah cakap untuk ‘SSI’ lah.Walaupun ia mempunyai banyak khasiat lain seperti:
1. Membantu menumbuhkan/melebatkan rambut.
2. Membantu menambah kekurangan vitamen C.
3. Mengurangkan kandungan gula dalam darah (baik untuk anjang ni)
4. Baik untuk sakit-sakit sendi.
5. Merawat keracunan akibat merokok
6. Sangat baik untuk membantu penghadahaman.
7. Baik untuk merawat sakit kuning.
8. Juga baik untuk melawaskan buang air kecil.
dan banyak lagi kelebihan atau khasiatnya tetapi…..bila anjang ke Jordan, Syria, Saudi tetaplah majoriti orang Timur Tengah mengaitkan daun ini dengan kekuatan seksual.
Jadi bila anjang ke kolam Sungai Serai, sebelum bertolak ke Jordan, rupa-rupanya En Wahab dah buat kejutan. Dia sudah menanam gargil di Malaysia. Ya, siapa tak kenal En Wahab Pertanian, berkat Abuya, kat mana dia dihantar hampir pasti dengan izin Allah pertanian menjadi.
Di Jerash pun dia mampu bertani, kalah Abu Mu’taz dan lain-lain petani. Salad dan tomatonya sangat menjadi. Sekarang dia tanam gargil di Sg Serai, yang anjang rasa merupakan kebun (insyaAllah akan jadi ladang) pertama gargil di Asia Tenggara.
Tapi buat masa ini, hanya ada di Pasaraya Ikhwan BCH. Sesiapa yang berhajat nak makan ulam cara Arab, bolehlah dapatkan di Pasaraya Ikhwan. Kira murah la tu, kalau tak nak kena beli tiket ke negara Arab. Baru boleh merasa ‘penangan’ gargil. Paling murah mungkin RM1500 one way. Jadi, kalau nak rasa juga, kena la pegi ke Rawang. Beli di pasaraya Ikhwan kat Bandar Country Homes. Berkat - insyaAllah, En Wahab tanam ni!!! Terbaik dari ladang. Nak tambah berkat lagi, order ikan-ikan keli dari En Rizal, terbaik dari kolam!!
Anjang sempatlah bawa balik daun kesum dan pandan ke Irbid untuk kegunaan Mat’am Nur Muhammad di Irbid ni. Terima kasih kepada En Wahab, Imam Ghazali, En Rizal, En Ikrimah, Anas dll, moga Allah bantu semuanya dalam membangunkan pendidikan Islam di kolam.
GISB Syria, DQ, Irbid
11.51pm, Jan 10, 2014
Assalamualaikum, bagaimana ana boleh dapatkan bekalan Jarjir ni? ana di Johor
BalasPadam