Social Icons

Monday, 30 December 2013

Kisah Benar Tentera Sultan Muhammad Al-Fateh (Dari Blog Matahati)

Paparan berikut Pak Lang ambil dari blog Matahati. Penulis blog ini iaitu Tn Nawawi Dahlan sekarang sedang merantau ke Turki dan Eropah. Tulisannya tentang Sultan Muhammad Al-Fateh ini terbit dari pengalamannya sendiri menyaksikan lokasi peristiwa penawanan Kota Konstantinopel. 
 
Apa yang dilihat dengan apa yang ditulis dalam sejarah sudah bercampur dengan rekaan, penipuan dan kebenaran. Rekaan dan penipuan tentulah oleh musuh Islam yang tidak mahu menampakkan Islam itu hebat dan mempunyai keajaiban sebagai bukti kebenarannya.  
 
Kebenaran yang ada di sana pun hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang menempuh jalan yang sama di tempuh oleh Sultan Muhammad Al-fateh. Tulisan Tuan Nawawi, membantu kita melihat dan merasai situasi sejarah yang hebat itu. 
 
Diharapkan beliau akan terus menulis tentang sejarah yang begitu tersembunyi rahsia luar biasanya. Tentunya banyak yang perlu disingkapkan dan dihuraikan untuk semua yang mempunyai cita-cita perjuangan. Sejarah adalah untuk kita pelajari, menganalisa, mengambil pengajaran dan menirunya untuk mencapai hasilnya yang serupa untuk kita di akhir zaman. 
 
Rugilah mana-mana bangsa yang hanya membaca sejarah sekadar mengambil maklumat tanpa mahu mengambil iktibar. Iktibar sejarah mampu membangkitkan semangat juang untuk generasi yang mahu menempa sejarah gemilang di mana jua mereka berada dan di zaman apa sekalipun. Bacalah!!


Bukan sekadar berfikir di luar kotak, tapi di luar logik...

Catatan ini adalah sambungan tidak rasmi artikel "The Conqueror".

Cerita Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel memang popular. Banyak yang telah ditulis, ada juga yang telah diterbitkan dalam bentuk video dokumentari. Sebuah filem bertajuk Fatih, pada hemat saya kandungannya tidak menepati fakta dan jauh tersasar dari kebenaran.

Penyelewengan yang sangat jelas ialah kisah mengenai Hassan yang mempunyai hubungan sulit dengan perempuan bukan mahram. Walau pun banyak yang telah didedahkan melalui kajian dan ulasan peminat sejarah berkenaan dengannya, tetapi tidak dinafikan masih terdapat banyak rahsia yang belum dibongkarkan.

Sebahagian rahsia kejayaan luar biasa itu telah dengan sengaja dilupuskan oleh Yahudi dari pesada ilmu sejarah. Sedikit kajian yang termungkin untuk menyingkap rahsia ini sedang dijalankan. Beberapa tokoh yang mahir dan mempunyai pandangan dari sudut yang berbeza ditemubual. Segala usaha bagi menyempurnakan penyelidikan ini sedang terus berjalan dari semasa ke semasa.

Kali ini kita cuba berbincang dari sudut yang jarang diperkatakan secara serius. Kurang penyelidik yang mahu melihat dari sudut ini sebagai bahagian terpenting yang menyumbang kepada kemenangan tentera Sultan Muhammad Al Fateh.

Apa yang dimaksudkan ialah sudut kekuatan kerohanian. Kekuatan roh Sultan Muhammad dan tentera-tenteranya. Kekuatan yang bertunjangkan Iman, Islam dan Ihsan. Kekuatan yang terbit dari hati yang takut setakut-takutnya kepada Allah, rindu serindu-rindunya kepada Rasulullah saw.

Bagi mereka yang tidak berminat atau tidak yakin dengan hipotesis ini, anda berhak untuk menyangkalnya. Namun, menafikan sesuatu yang kita belum pernah mengalami atau merasainya, samalah macam kita cuba menafikan pengalaman orang yang pernah melancung ke kutub utara.

Samakah pengalaman dan perasaan orang yang sampai ke kutub utara dengan orang yang hanya melihat dalam gambar atau visual sahaja? Terdapat banyak perkara dan peristiwa dalam peperangan sehingga terbukanya Kota Konstantinopel yang berlaku di luar logik akal.

Sekarang ini ramai motivator atau ahli fikir mengajak kita berfikir di luar kotak. Setakat penelitian saya yang cetek ini, kebanyakan yang ghairah mengajak orang berfikir di luar kotak, dia sendiri pun masih terperuk dalam kotak kecil sahaja fikirannya.

Rasulullah saw dan para sahabat bukan sekadar berteori di luar kotak, tetapi mereka mampu mencipta sejarah nyata di luar logik akal manusia. Inilah kekuatan sebenar yang ada pada umat Islam tetapi telah ditimbus seedalam-dalamnya oleh Yahudi.


 
Kembali kita memperkatakan tentang Sultan Muhammad Al Fateh ll, The Conqueror. Mengikut fakta sejarah, kejayaan menawan Kota Konstantinopel ialah sewaktu pemerintahan baginda belum pun mencapai tempuh dua tahun pertama selepas menaiki tahta buat kedua kalinya.

Dalam tempuh kurang dua tahun, baginda berjaya memimpin 250 ribu tentera yang dipercayai semuanya terdiri daripada tentera sebaik-baik tentera. Sebaik-baik yang dimaksudkan ialah bertaqwa. Orang bertaqwa sangat menjaga diri dari terlibat dengan dosa besar. Terhadap dosa kecil pula, kalau pun terlajak itu pun tidak disengajakan.

Orang bertaqwa ialah orang yang hatinya sangat kuat dengan Allah. Takut dan cintakan Allah sangat ketara pada peribadi mereka. Mereka sangat kuat berkorban masa, tenaga, harta hatta nyawa untuk Allah, Rasul dan Islam. Cinta dunia tidak ada sama sekali sebaliknya mereka sangat cintakan Akhirat. 

Persoalannya, logikkah seorang pemimpin atau mana-mana Sultan mampu mendapatkan sejumlah tentera yang memiliki sifat-sifatnya tersebut dalam masa yang begitu singkat? Bukan itu sahaja, mampukah seorang pemimpin mendidik dan mengasuh atau memimpin sejumlah 250 ribu orang tentera yang semuanya baik-baik pada usia awal 20'an?

Pernahkah sejarah lain mencatatkan kejayaan seumpama ini, sebelum atau sesudahnya? Sejurus sebelum memulakan kempen perang, Sultan Muhammad Al Fateh r.a. telah mengumpulkan seluruh tenteranya dalam satu sesi. Sebaik sebelum solat fardhu yang akan diimamkan oleh baginda sendiri, semua tenteranya diminta bangun berdiri tegak terlebih dahulu, lalu baginda mengajukan beberapa soalan antaranya;

1. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal solat fardhu walau pun sekali, silakan duduk. Semua tenteranya berdiri tegak, tanpa ada seorang pun yang duduk.

2. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal solat berjemaah walau pun sekali, sila duduk. Sebahagian tenteranya duduk.

3. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal sunat rawatib walau pun sekali, silakan duduk. Sebahagian besar tenteranya yang masih berdiri pun duduk. Baki yang masih bediri dari kebanyakannya adalah tentera yang kanan-kanan. Kemudian baginda bertanya lagi.

4. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal solat malam (tahajjud) walau pun sekali silakan duduk. Maka semua tentera yang tadinya masih berdiri tegak pun duduk.

Tinggallah Sultan Muhammad Al Fateh berdiri terpacak seorang diri di hadapan seluruh tenteranya. Maka fahamlah tentera-tentera Sultan Muhammad Al Fateh bahawa Sultan dan juga ketua tentera yang menjadi imam setiap kali solat berjemaah itu tidak pernah meninggalkan amalan solat sunnat malam sejak baginda baligh walau pun sekali.

 
Inilah ISO yang digunapakai oleh Sultan Muhammad Al Fateh dalam memilih pasukan tentera untuk menyerang Kota Konstantinopel. Lalu apakah di peringkat ini, masihkah kita belum nampak sebesar-besar keajaiban yang berlaku?

Kalau sekadar cerdik, pandai, brilliant atau genius sekali pun, belum ada sejarah mencatatkan adanya seorang tokoh segenuis mana pun mampu melahirkan sebuah pasukan ketombokan tentera yang memiliki watak dan sifat sehebat ini dalam tempuh yang cukup singkat. Belum ada dan tidak pernah ada!

Apa lagi hujah yang boleh kita katakan supaya kita menerima hakikat bahawa inilah yang dikatakan kekuatan roh, bukan kekuatan akal apa lagilah kekuatan fizikal, jauh sekali! Kita cuba bawa satu analogi atau perbandingan untuk membantu kita faham perkara tersebut.

Katalah ada sebuah universiti yang Rektornya seorang Professor yang paling bijak, semangat perjuangannya berapi-api dan mempunyai pelajar seramai 25 ribu orang, semuanya Islam. Bolehkah kita bayangkan pencapaian yang termungkin dapat dilakukan dalam tempuh kurang dua tahun kepada semua pelajarnya?

Rasanya tak perlulah kita harapkan dalam tempuh dua tahun itu semuanya tidak pernah tinggal solat wajib walau pun sekali. Tapi memadailah kalau kita katakan yang Rektor itu berjaya menjadikan seluruh 25 ribu pelajarnya dapat menunaikan solat fardhu walau pun sesekali tertinggal atau terlewat sehingga di luar waktunya sepanjang tempuh dua tahun. 

Kalau ada yang berjaya sampai tahap ini pun sudah cukup hebat bagi seorang yang sangat pintar! Tapi belum pernah ada seorang tokoh yang kita boleh jumpa sehebat ini, pada masa ini atau masa-masa lampau.

Apa yang selalu kita jumpa sekarang ialah orang yang bercakap Islam berapi-api pun selalu lewat sembahyang. Kalau sekadar pengikutnya tinggal sembahyang, itu tak usah ceritalah. Berlambak. Pemimpinnya yang bercakap pasal Islam berapi-api itu pun buat tak kisah saja, selamba saja anak buahnya tak sembahyang. Inilah pemimpin Islam yang ada hari ini.

Satu lagi bahagian terpenting dalam peperangan yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Al Fateh perlu kita selidiki keajaibannya ialah peristiwa lebih 70 buah kapal perangnya 'berlayar' menyeberangi bukit Galata menggunakan jalan darat! Nah! Tidakkah kita terfikir, keajaiban apa yang sedang berlaku waktu itu?

Jarak 'pelayaran darat' yang perlu ditempuh oleh lebih 70 buah kapal perang melalui jalan darat dengan mendaki bukit Galata ialah kira-kira 30-40 minit berjalan kaki tanpa bebanan. Bayangkan bagaimana tentera-tentera Sultan Muhammad Al Fateh mampu mengangkut 70 buah kapal perang melalui jalan darat dalam tempuh kurang 10 jam.


Secara logiknya, setiap kapal mungkin terpaksa menggunakan tenaga 3000 orang tentera. Pada malam itu. Setiap jam pula sekurang-kurangnya 7 buah kapal mesti sampai di tebing Golden Horn. Kapal-kapal tersebut diangkut atau diseret 'belayar' di atas daratan. Menjelang Subuh esoknya lebih 70 buah kapal telah berada di perairan Golden Horn.

Memang ada logiknya. Namun tidak logiknya pun ada dan lagi banyak. Mudahkah seorang yang masih terlalu muda, berumur sekitar 23 tahun, boleh ditaati oleh sejumlah besar tentera untuk melaksanakan arahan yang boleh saja dianggap sebagai satu kerja gila?

Iye, bukan mudah untuk mendapatkan ketaatan solid seumpama itu. Bukan sekadar itu, seluruh pasukan tersebut pada keesokan hari akan dikerahkan untuk berperang walau pun sudah tentu sedang sangat keletihan. Sedangkan musuh yang hendak ditentang masih segar, bertenaga, cukup rehat, cukup makan dan selesa menunggu dalam kubu.

Setelah melakukan kerja terlalu berat tanpa tidur semalam, di awal pagi pula terus berperang dengan musuh yang jauh lebih segar, bertenaga dan cukup makan, bukankah itu juga satu daripada keajaiban yang terjadi kepada pasukan ini? Sungguh luar biasa sebenarnya apa yang telah terjadi pada malam itu.

Mengikut riwayat yang telah dibunuh oleh Yahudi dan sekularisma, Sultan Muhammad Al Fateh pada malam tersebut telah berhubung langsung dengan baginda Rasulullah saw dan mendapat sentuhan ajaib dari Baginda Nabi.
 

Maka berlakulah mukjizat di mana kapal-kapal tersebut seolah-olah sedang berlayar sama 
seperti di dalam lautan, mudah, ringan dan lancar. Dipercayai seluruh tentera yang mengalami peristiwa ajaib ini telah merahsiakan cerita tersebut atas dasar sangat beradab dan berhalus dengan Baginda Nabi saw.

Inilah kekuatan kerohanian yang telah dinafikan oleh umat Islam yang belajar dan mengambil ilmu Islam dari Yahudi. Lagi-lagilah mereka yang berjuang di atas landasan Yahudi. Mereka tidak mempercayai sesuatu perkara yang di luar logik. Sekadar berbangga dengan slogan "cubalah berfikir di luar kotak"!

Apa ada kelebihan dengan berfikir di luar kotak, kalau sekadar baru peringkat teori saja. Islam boleh melakukan lebih jauh dari itu. Luar LOGIK! Bukan sekali, tetapi menjadi kebiasaan di kalangan sahabat dan pejuang kebenaran.
 
Sebaliknya jika dalam sebuah perjuangan Islam itu tidak berlaku perkara-perkara yang di luar logik, maka timbul tanda tanya, apakah perjuangan tersebut tidak mendapat perhatian dan pertolongan Allah?

Perjuangan yang tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang di luar logik, sebenarnya perjuangan tersebut disangsikan kebenarannya!

15 comments:

  1. Kisah kejayaan hebat yang memalukan umat kristian sehingga ke hari ini. Banyak pembohongan dan putar belit sejarah ditulis semata mata mahu memburuk-burukkan kisah agung sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera Islam yang pernah wujud..

    ReplyDelete
  2. Kenapa kapal begitu mudah berlayar di atas darat? Kerana dibantu oleh ribut yg melanda n ribut tu punca kapal lancar berlayar di atas darat. Semua bantuan drpd Allah slps Sultan al-fateh dpt ilham mlalui mmpi slps mntx petunjuk drpd Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada seorang syeh di sebalik semua peristiwa ajaib ini
      siapakah syeh itu?
      dialah yang berdoa munajat kepada Yang Maha Kuasa, Maha Esa
      sekonyong datanglah seumpama tiupan angin yang baik sebaik layar kapal dinaikkan
      siapakah syeh itu?

      Delete
  3. Kun fa ya kun.Apa2 boleh berlaku.

    ReplyDelete
  4. daripada pembacaan saya..syeikh tersebut bernama syeikh syamsudin al-wali..iaitu guru agama yg selalu mendampingi sulatan muhammad al-fateh..beliau merupakan anak murid kepada guru agama sultan murad (ayahanda sultan muhammad), syeikh bayram..sekiranya ada kekeliruan dan salah informasi..harap bole betulkan.. :-)

    ReplyDelete
  5. daripada pembacaan saya..syeikh tersebut bernama syeikh syamsudin al-wali..iaitu guru agama yg selalu mendampingi sulatan muhammad al-fateh..beliau merupakan anak murid kepada guru agama sultan murad (ayahanda sultan muhammad), syeikh bayram..sekiranya ada kekeliruan dan salah informasi..harap bole betulkan.. :-)

    ReplyDelete
  6. daripada pembacaan saya..syeikh tersebut bernama syeikh syamsudin al-wali..iaitu guru agama yg selalu mendampingi sulatan muhammad al-fateh..beliau merupakan anak murid kepada guru agama sultan murad (ayahanda sultan muhammad), syeikh bayram..sekiranya ada kekeliruan dan salah informasi..harap bole betulkan.. :-)

    ReplyDelete
  7. Almarhum Sultan Muhammad Al Fateh bercita-cita untuk membawa bala tenteranya ke Sepanyol (UNTUK MENYELAMATKAN SEPANYOL) , NAMUN tidak kesampaian kerana beliau telah jatuh sakit.

    Di atas kehendak Allah jua beliau telah jatuh sakit: namun di beritakan beliau telah DI RACUN oleh samaada orang yang menaruh perasaan hasad dengki terhadap kelebihan-kelebihan beliau ATAU di racun oleh musuh (orang-orang tentera musuh) yang kalah di tangannya di Constantinople (Istanbul).

    Sakit yang di alami oleh Almarhum Sultan Muhammad Al Fateh ada-ada persamaannya sebagaimana yang pernah di alami oleh Al Marhum Yaser Arafat di Palestine.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  8. Pertamanya saya mohon maaf jika terasa, apa yang baik kita ambil , apapun apa yang kurang jelas dan meragukan perlu kita tegur sebagaimana statement di bawah:,

    Mengikut riwayat yang telah dibunuh oleh Yahudi dan sekularisma, Sultan Muhammad Al Fateh pada malam tersebut telah berhubung langsung dengan baginda Rasulullah saw dan mendapat sentuhan ajaib dari Baginda Nabi.

    Maka berlakulah mukjizat di mana kapal-kapal tersebut seolah-olah sedang berlayar sama
    seperti di dalam lautan, mudah, ringan dan lancar. Dipercayai seluruh tentera yang mengalami peristiwa ajaib ini telah merahsiakan cerita tersebut atas dasar sangat beradab dan berhalus dengan Baginda Nabi saw.

    statement di atas jika tiada nas atau rujukan boleh mengelirukan orang ramai, tiada lagi mukjizat selepas wafatnya Rasulullah saw, apapun tiada yang mustahil berlaku keajaiban dengan izin Allah swt.

    Kita perlu jelas siapa yang berkata demikian, rujukan mana, sebagaimana apabila kita mengutarakan dalil Quran dan hadis, perlu ada ayat mana, surah mana begitu juga hadis siapa periwayatnya, sanadnya, kitab mana, barulah fakta kita kukuh dan meyakinkan.
    dalam menyebarkan ilmu dan berdakwah biarlah berasas, sebab andai ada pembaca terpengaruh dengan fakta yang salah dari kita tentunya tiada jariah kita dalam ilmu

    sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu bukan mukjizat.. Tu pertolongan Allah.. Barangsiapa yang tolong agama Allah, Allah akan tolong dia.. Kita bernafas pun Allah tolong, kita makan pun Allah tolong.. Sama kes Hasan Al Banna munajat kepada Allah dan akhirnya Nabi datang dalam mimpi mengajarnya.. Kabor dah rahsiakn nama tntera.. Mung tanya wat benda?

      Delete
    2. RAsulullah dah wafat, bagaimana tuan boleh kata mereka berhubung secara langsung?
      penceritaan tuan mengkin menimbulkan kekeliruan..

      Delete
  9. Allah itu maha mengetahui walaupun org yahudi cuba menimbus kebenarannya...

    ReplyDelete
  10. proses penaklukan kontantinopel adalah cita2 ayahnya lagi...pasukan janiseri yang merupakan tentera utama bukan orang arab atau turki tetapi para penduduk greek, athens, albania dan bosnian yang asalnya adalah budak kristian atau eropah terpilih berumur 7-10 tahun yang diambil dari ibubapa mereka sebagai ufti...mereka dijadikan anak angkat oleh keluarga terpilih..dilatih di sekolah militer..ditukar agama..mana2 yang pandai sains akan menjadi saintis..majoriti menjadi tentera...diplomat..teknologis dan perekacipta..berkhidmat sebagai pengawal peribadi sultan..dibayar gaji..tetapi dinafikan hak berkahwin...mereka tidak takut mati.

    Dalam masa yang sama bagi melemahkan peralatan tentera musuh..sultan muhammad al fateh menawarkan konsesi perkapalan yang amat menguntungkan kepada kerajaan italy atau pemilik kapal di venice agar tidak menyewa, memajak atau menjual kapal kepada rom timur sebagai balasan.

    Sultan juga menawarkan perdamaian dengan kerajaan wallachy, bulgaria, serbia dan perancis.

    Sultan juga mengupah saintis jerman seperti oban bagi membina meriam2 besar dan juga senjata sampingan.

    Pendek kata persediaan perang ini meliputi semuanya...manusia..mesin..strategi dan doa.

    ReplyDelete
  11. Jom Ekspedisi Menjelajah Kegemilangan Sultan Muhammad Al Fateh

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text

Sample Text