Bagi orang yang sedang dalam keadaan sakit tenat, ada beberapa tanda yang dapat dikenali sebagai tanda ajalnya sudah hampir. Hukum bagi tanda-tanda ini adalah harus sahaja dan tidak semestinya berlaku kepada semua orang yang sedang tenat.
1) Apabila baring terlentang, tiada lagi ruang di antara pinggang dan tempat baring. Keseluruhan tubuhnya telah lepir dan rapat ke bumi.
2) Tubuhnya akan melurut turun apabila diletak bantal di bawah kepalanya.
3) Jatuh hidungnya. Ertinya batang hidung kelihatan penyek dan turun ke bawah.
4) Keadaan kakinya condong ke bawah semasa baring terlentang.
5) Rasa sejuk yang bermula dari jejari kaki naik ke betis lalu seterusnya rasa sejuk itu naik ke atas paha dan badan.
6) Kaki menjadi bengkak.
** Berikut adalah cara-cara bagi menentukan orang yang sakit tenat itu telah habis nyawanya.
1) Periksa pernafasannya dengan mengunakan cermin. Letakkan cemin kecil di hadapan mulutnya dan perhatikan sekiranya ada wap di atas permukaan cermin itu. Jika tiada wap, ertinya orang itu tidak lagi bernafas.
2) Letakkan telinga di dadanya dan cuba dengarkan degupan jantungnya.
3) Kesan nadinya jika dapat.
4) Suluh matanya dengan lampu suluh dan lihat kesan balas dari iris matanya. Jika tiada kesan balas, itu bererti orang itu telah pun meninggal dunia.
Keadaan seseorang yang telah menghembuskan nafas terakhirnya bergantung kepada amalan yang telah dilakukan semasa hayatnya. Contohnya seorang yang selama hidupnya suka membuat amal yang baik-baik, biasanya matinya juga dalam keadaan tenang dan senang. Bagi orang yang hidupnya dipenuhi dengan dosa dan noda, keadaan semasa hendak mati akan menjadi sukar dan menderita sekali.

Bagaimanapun, tiada siapa yang tahu keadaan yang sedang dirasa oleh orang yang hendak menghembuskan nafas terakhirnya. Mereka yang berada di sekelilingnya bolehlah membantu dengan memberikankan sedikit air jika bibirnya kering dan sentiasa membisikkan kalimah tauhid di telinga orang itu.
Jangan biarkan dia bersendirian kerana ketika itu iblis akan cuba sedaya upayanya bagi menyesatkan orang yang sedang menghadapi sakaratulmaut itu dengan membisikkan berbagai janji manisnya. Semoga dia meninggalkan dunia ini dengan mendengar kalimah teragung iaitu "Laa ilaha ilallah."
** Apakah yang harus dilakukan kepada jenazah yang baharu sahaja meninggal dunia?
Perkara-perkara yang patut dibuat kepada jenazah sebelum dimandikan.
Sebelum memberitahu kepada orangramai tentang kematian seseorang itu, keluarga terdekatnya wajiblah menguruskan keadaan mayat yang baru meninggal itu. Ini supaya tidak menimbulkan sebarang keiaban atau perkara-perkara yang kurang menyenangkan dari mayat itu.
1) Tutup mata mayat secepat yang boleh selepas kematiannya dengan membaca, "Bismillahi wa a'la millati rasulillahi."
Ertinya dengan nama ALLAH dan atas agama Rasulullah.
2) Tutup mulut mayat dan ikat kalau perlu.
3) Bersihkan tubuh mayat dari segala najis yang nyata.
4) Luruskan kaki mayat dengan cara lembut dan rapatkan. Ikat kedua buku lalinya jika perlu. Sementara tangannya di lipat di atas dadanya seperti orang qiam sembahyang.
5) Tutup keseluruhan tubuh mayat dengan kain yang lebar hingga ke lehernya. Tutup antara pusat dan lututnya dengan kain lain supaya tidak kelihatan rupa dan bentuk auratnya. Tutup muka mayat dengan kain yang agak tipis supaya wap dapat keluar. Mayat akan cepat rosak jika wap tidak dapat keluar dari tubuh mayat.
6) Untuk mengelakkan perut mayat menjadi mengembung, bolehlah letakkan seseuatu benda berat di atasnya. Jangan letakkan surah Yasin atau kitab al-Qur'an di atas tubuh mayat yang belum dimandikan kerana mayat yang belum dimandikan dihukum sebagai najis.
7) Baringkan mayat dengan menghadap ke arah kiblat.
8) Sunat meletakkan wangi-wangian di tempat mayat supaya hilang bau yang kurang baik.
Harus diingat adalah haram melihat muka mayat yang bukan mahram terutama mayat orang muda. Cukuplah sekadar melihat mayat itu dengan ditutupi kain keseluruhannya. Begitu juga haram untuk menyentuh mayat yang bukan mahram sama seperti menyentuh seorang yang bukan mahram semasa hidupnya.
Adab Melawat Orang Meninggal.
1) Sebaik-baiknya ketika pergi melawat pakailah pakaian yang agak suram warnanya bagi melambangkan kesedihan keluarga si mati. Jauhi dari memakai pakaian yang kelihatan ceria dan berwarna-warni.
2) Jauhi dari berbual-bual kosong di sisi mayat. Sebaik-baiknya bacakanlah surah Yasin sebagai sedekah kepada si mati.
3) Jangan membicarakan perkara-perkara yang buruk tentang si mati.
4) Jangan makan dan minum di rumah yang terdapat mayat di dalamnya.
5) Bersama-sama ikut sembahyangkan jenazahnya.
6) Bersama-sama mengiringi jenazah ke kuburannya supaya mendapat menyedarkan diri kita tentang hari kematian kita kelak.

0 ulasan:
Catat Ulasan