Kepada anak cucu dan remaja sekelian!
Mati sememangnya ubat mujarab menghilangkan ego atau sombong. Mati juga sangat berkesan melenyapkan rasa bangga diri atau lupa diri. Mati - bagi orang yang mempunyai hati yang celik dan hidup - akan menjadikannya insaf dan bertaubat. Mendidik manusia dengan cerita-cerita kematian boleh mengubah diri seseorang itu menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Dalam hidup, Pak Lang diberi peluang oleh Tuhan untuk menyaksikan kematian terutama di kalangan ahli keluarga. Banyak kali juga kesempatan ini berlaku. Pastinya sebagai didikan Tuhan untuk menginsafkan diri. Bukankah sebaik-baik pengajaran dan peringatan itu adalah kematian.
(Pak Lang teringat Al-Marhum Abuya ketika mendengar berita tentang kematian seseorang, Al-Marhum akan menyebut Lahumul Fatihah - mengajak semua yang hadir menghadiahkan Al-Fatihah sebelum menadah kedua telapak tangannnya mendoakan simati. Biasanya dengan doa yang agak lama, penuh khusyuk dan pengharapan keampunan Tuhan untuk simati).
Jika kita melihat orang yang sedang nazak, kita tahu dan sedar itulah pengalaman yang pasti kita juga akan menempuhnya. Keadaannya sangat gawat dan mencemaskan. Ada yang masih siuman hingga ke saat akhir nyawa dicabut dari badan malah sempat melafazkan kalimah syahadah. Ada pula yang tidak sedarkan diri sejak awal. Biasanya terjadi pada mereka yang diserang penyakit jantung atau darah tinggi.
Pak Lang masih ingat guru Quran yang mengajar Pak Lang ''alif ba ta' hingga khatam Al-Quran - beliau terjatuh di tangga masjid untuk solat terawikh. Mak Long Denah (panggilan kami padanya) dikejarkan ke hospital dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri. Pak Lang hanya mampu mengulang-ngulang membisikkan kalimah syahadah di telinganya. Tidak ada apa yang dapat dibuat melainkan berdoa dan membaca surah Yasin di sisinya sehinggalah doktor mengesahkannya sudah meninggal dunia.
Ada yang menempuh sakaratul maut dalam keadaan mengecutkan hati kita yang menyaksikannya. Untuk nyawa terpsah dari badan bukan suatu yang mudah. Sakitnya teramat sangat ibarat ditetak dengan 300 mata pedang. Itulah khabar yang disampaikan kepada kita. Cemasnya untuk menempuh ini semua. Ada yang mengatakan sakitnya seperti kambing disiat kulitnya hidup-hidup. Atau ada yang lebih ngeri ibarat sakitnya seperti duri nibung yang halus, banyak dan tajam berbisa itu ditarik songsang keluar dari tubuh kita. Allah!!!
Bagi yang hadir melihat jenazah yang baru meninggal dunia, akan dapat mengetahui dahsyatnya apa yang terjadi kepada simati. Biasanya kematian perlu disahkan doktor. Di kampung-kampung zaman dahulu, orang mengesahkan kematian dengan beberapa cara. Antaranya dengan melihat anak mata. Jika tidak 'menangkap' atau melawan suluhan lampu ertinya sudah meninggal. Atau dirasa nadi tangan atau nadi di leher.
Bagi jenazah yang baru meninggal dunia, badannya masih panas. Sukar untuk diketahui jika sekadar menyentuh badan simati. Jika sudah beberapa jam meninggal dunia, simayat akan sejuk dan keras, Jika dikejutkan dari tidur sedangkan orang yang dikejut itu sudah menjadi mayat, maka yang akan bergoyang ialah satu badan!! Bahagian belakang orang yang sudah 1,2 jam meninggal dunia akan 'terletak' rapat ke lantai, tilam atau hamparan.
Tidak ada ruang kosong sepertimana kebiasaan ketika kita tidur. Selain itu sudah akan jelas kelihatan bahagian lembut di cuping telinga yang 'jatuh'. Maksudnya cuping itu sudah 'tertarik' ke bawah mengikut graviti. Ianya sudah tidak seperti biasa. Begitu juga dengan keadaan hidung yang akan terlepek senget. Itu semua antara cara pengecaman mudah seseorang itu sudah menjadi arwah.

Walau bagaimanapun orang-orang yang berpengalaman akan melihat bukti kematian sudah berlaku pada bahagian sulit si mati - samada di depan atau belakang. Biasanya boleh segera diketahui jika terdapat najis atau kencing. Maksudnya betapa dahsyatnya sakaratul maut itu dapatlah difahami bilamana simati seolah-olah dihimpit dengan himpitan yang terlalu kuat sehingga terberak dan terkencing.
Najis yang keluar itu pula biasanya sangat busuk. Ianya najis berwarna hitam yang puluhan tahun melekat di dinding usus besar!! Bayangkan betapa teruknya proses nyawa keluar dari tubuh lahir. Bagaimanakah hati seseorang boleh selamat keluar dari dunia tanpa keluh kesah dan tanpa gangguan? Paling sukar dan membimbangkan ialah adanya gangguan syaitan mengganggu untuk memurtadkan hamba-hamba Tuhan. (Kita mohon berlindung dengan Allah dari gangguan Syaitan yang sedemikian). Sukarnya untuk hati tenang dan tetap dengan Tuhan ketika itu kecuali orang yang Allah mahu selamatkannya!! Allah...
Pernah satu pagi ketika di Bandar Country Homes, sekitar tahun 2000, Pak Lang menerima panggilan telipon dari seorang guru perempuan. Dalam tangisannya dia mengadu suaminya sudah meninggal dunia. Bersama kawan-kawan bahagian kebajikan, kami berkejar ke politeknik tempat dia mengajar. Arwah suaminya bekerja sendiri. Si suami sudah dibawa ke ruang tamu. Bertutup dengan kain batik di seluruh tubuh. Siisteri tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kami sampai ke rumahnya pada jam 10 pagi.
Ertinya sudah hampir 5 jam jenazah itu tidak dilakukan sesuatu yang sewajarnya. Hanya ada seorang dua jiran tetangga yang juga termangu-mangu. Sekadar membantu melihat anak-anak rakan yang baru menjadi janda. (Tidak ada pihak yang menyediakan khidmat kebajikan yang menyeluruh - khusus untuk warga kota).

Pak Lang dan kawan-kawan serta muslimah yang ikut serta menenangkannya dan mengesyorkannya supaya menghubungi keluarga. Siisteri hanya menangis sejak menyedari suami sudah meninggal dunia sebaik mengejutkannya untuk solat Subuh. Jenazah sisuami masih berpakaian. Berbaju 't-shirt' dan berseluar pendek separas lutut. Seperti disangka, memang ada najis dan belum dibersihkan. Demikianlah tidak ramai yang tahu dan faham bagaimana menguruskan jenazah sebaik nyawa terpisah dari badan. (Sila rujuk paparan sebelum ini)
Satu hari ketika di Lahar Yoi, kami dikejutkan berita seorang remaja Ikhwan yang meninggal dunia di dalam tidurnya. Ya! mati tidak memandang usia. Umurnya sekitar 20 tahun tetapi ajal sudah menjemputnya. Dia didengar semacam mendengkur oleh kawan-kawan - tanpa tahu itulah sakaratul maut bagi siremaja ini. Esoknya ketika membangunkannya untuk solat subuh, dia sudah tidak bernyawa!! Khabarnya dia budak baik dan disenangi guru, keluarga dan kawan-kawan.
Arwah Cikgu Nazeri yang meninggal di Mekah tahun lepas juga mengalami proses kematian yang tersendiri. Keadaan kesihatannya dari keadaan segar bugar berubah mendadak hanya dalam masa sebulan sedangkan ada ramai yang lain mengalami sakit yang lebih teruk. Ternyata Cikgu Nazeri yang terlebih dahulu dijemput Tuhan kembali padaNya.
Ya! kematian sepatutnya menginsafkan dan menyedarkan kita dari terus lalai. Mengingatkan mati boleh mengubat hati yang sakit dan dikuasai mazmumah. Sebab itu sebelum sembahyang diminta merasakan itulah sembahyang kita yang terakhir. Maksudnya orang islam itu diminta sentiasa menghadirkan peristiwa mati sebanyak-banyaknya. Ingatkan mati akan memberi hasil hati yang merasa hamba dan kerdil lagi hina.

Ya! Seperti kata panduan Puan Ibu Hatijah Aam; 'Buatlah latihan supaya hati kekal lama mengingati mati. Datangkan dan kekalkan rasa takut serta gementar dengan Tuhan terutama bila mengingatkan kematian. Lakukanlah latihan menggentarkan hati agar hati terbiasa dengan perasaan cemas, takut dan bimbang. Ianya latihan yang praktikal. Hati yang gementar akan mendorong berhati-hati dalam berperasaan, bercakap dan berbuat. Jika ini dapat dikuasai, ianya akan membantu kita untuk selalu merintih agar biarlah kita
berbicara dan berbuat apa pun dalam keadaan punyai rasa hati gementar takutkan Tuhan".
0 ulasan:
Catat Ulasan