Turki Bangkit Dari Negara Sekular Ke Negara Islam Sebenar
Turki yang dipimpin oleh Perdana Menteri Recep Tayyib Ardogan semakin menjadi buah mulut negara barat termasuk Israel apabila beliau berani menyelar Presiden Israel Simon Perez dalam satu forum perdebatan. Erdogan lantang menyuarakan bahawa Israel telah membunuh bayi-bayi umat Islam di Palestine apabila Simon mempersoalkan kenapa Erdogan menentang Israel. Malah Erdogan berani melangkah keluar dari forum tersebut dan enggan berdebat dengan pembunuh umat Islam dan bayi-bayi umat Islam di Palestin. Sebelum itu Erdogan menyatakan kepada Peres bahawa kenyataan Peres begitu keras ini kerana Israel merasa bersalah. Peres benar-benar pembunuh dan Israel mengetahui hal tersebut. Dunia mula mengakui Erdogan adalah pemimpin yang popular dikalangan negara Islam di dunia ketika ini kerana berani bertindak keluar dari forum yang turut dihadiri oleh pembunuh bayi-bayi umat Islam iaitu Presiden Israel Simon Peres. Kerana hal tersebut, Erdogan disambut sebagai pahlawan negara Islam. R...