Social Icons

Sabtu, 23 Julai 2016

Turki Bangkit Dari Negara Sekular Ke Negara Islam Sebenar


Turki yang dipimpin oleh Perdana Menteri Recep Tayyib Ardogan semakin menjadi buah mulut negara barat termasuk Israel apabila beliau berani menyelar Presiden Israel Simon Perez dalam satu forum perdebatan. Erdogan lantang menyuarakan bahawa Israel telah membunuh bayi-bayi umat Islam di Palestine apabila Simon mempersoalkan kenapa Erdogan menentang Israel.

Malah Erdogan berani melangkah keluar dari forum tersebut dan enggan berdebat dengan pembunuh umat Islam dan bayi-bayi umat Islam di Palestin. Sebelum itu Erdogan menyatakan kepada Peres bahawa kenyataan Peres begitu keras ini kerana Israel merasa bersalah. Peres benar-benar pembunuh dan Israel mengetahui hal tersebut.

Dunia mula mengakui Erdogan adalah pemimpin yang popular dikalangan negara Islam di dunia ketika ini kerana berani bertindak keluar dari forum yang turut dihadiri oleh pembunuh bayi-bayi umat Islam iaitu Presiden Israel Simon Peres. Kerana hal tersebut, Erdogan disambut sebagai pahlawan negara Islam.

Rakyat Islam dunia memang mengharapkan pemimpin berani seperti Erdogan. Rakyat Turki menyatakan Erdogan membawa Turki ke posisi yang begitu kuat. Sejak Israel menyerang Gaza dimulai, Erdogan berani mengkritik Israel secara terbuka bagi membantah serangan Israel tersebut dan menyatakan cepat atau lambat Allah SWT akan menolong orang palestin yang tidak berdosa.

Sebagai seorang pemimpin dari parti Islam iaitu AKP, Erdogan akan mampu merubah Turki daripada negara sekular kepada negara Islam sebenar. Mungkin ramai masyarakat sedunia bertanya bagaimana Erdogan yang sekular akan menjadi pemimpin Islam yang diperkatakan ramai.

Cuba renung balik apabila Erdogan menjadi walikota sebelum menjadi presiden Turki. Beliau menyatakan dalam satu ucapan bahawa 'Engkau tidak akan menjadi seorang yang beriman dan tidak beeriman sekaligus dan seorang sekulaism tidak akan mengaku sebagai seorang muslim'. Beliau menambah bahawa kerana bagi muslim adalah Allah satu-satunya pemegang kekuasaan yang tertinggi ada pun pemimpin sekular meyakini manusia itu mempunyai kekuasaan yang tertinggi. Ia adalah kesalahan besar dalam Islam apabila Erdogan meneruskan ucapan.

Turki sedang mengalami perubahan dari sekular ke negara Islam yang mengikuti syariah Islam di bawah kendalian Erdogan dan buktinya apabila Erdogan menubuhkan parti Islam serta kesemua pemimpin Islam Turki mempunyai isteri yang berhijab atau bertudung. Itu adalah bukti yang Turki mempunyai pemimpin yang berteraskan Islam dengan mengamalkan syariah-syariah Islam sebenar.

Turki masa kini mempunyai hospital-hospital Islam,sekolah hafazan Al Quran untuk anak-anak Turki dan di sini jelas terlihat Turki melaksanakan Islam sebenar. Erdogan mula membentuk kerjasama dengan Hammas serta berani mengatakan sudah tiba masanya mengibarkan bendera Palestin di bumi Gaza.

Namun Amerika masih menganggap Erdogan sebagai pemimpin teroris Islam apabila Erdogan membuat keputusan menyerang Israel dan Cyprus. Malah Amerika tetap dengan kenyataan angkuh untuk berbuat perkara yang patut bagi menghalang pemimpin teroris Islam daripada menyerang Israel dan Cyprus walhal Amerika yang dikhabarkan bersekongkol dengan kedua negara terbabit yang membunuh umat Islam terlebih dahulu. Tidak salah jika Turki mula bangkit untuk menentang Israel bagi menghalang umat Islam terus dibunuh.

Dengan perubahan Turki menjadi sebuah negara yang mengamalkan syariat Islam, Amerika dan Israel mula gentar dan pada hari ini Amerika dan Israel mula melobi sokongan daripada negara lain untuk menghalang kebangkitan Turki.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text