Social Icons

Isnin, 4 Julai 2016

Muwadda' Muwadda' Yaa Ramadan. (Selamat Tinggal Yaa Ramadan) :(

" Malam ini ialah malam Terakhir di Bulan Ramadan . Seluruh Ahli Tareem (Hadhramout) menangis akan pemergian Bulan Ramadan. Mereka menangis seolah olah Ibu mereka Meninggal Dunia. Alangkah Banyaknya Rahsia dan Keistimewaan di Bulan Ramadan. 

Malam ini ialah malam terakhir untuk kita Niat Puasa dan sudah Haram untuk kita niat puasa di Malam Raya. Tetapi jangan lupa dengan Ramadan kecil 6 kita. InshaaAllah.

Ulama berkata, Allah سبحانه وتعالى Memberikan Hadiah kepada semua hamba hamba Nya di Malam Terakhir Bulan Ramadan. Sepertimana Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam Hadith Soheeh Muslim, Sesungguhnya Allah memandang kepada semua hamba hamba Nya pada Malam Terakhir Bulan Ramadan , Allah memberikan Ganjaran kepada mereka dan Allah سبحانه وتعالى Hapuskan semua dosa dosa mereka.

Ada Sahabat bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ,Ya Rasulullah adakah Malam Terakhir itu Malam Lailatul Qadr sebab Allah hapuskan semua dosa hamba hamba Nya? Bukan, Malam Terakhir Bulan Ramadan ialah sepertimana kamu bekerja dengan tuan kamu, dan hujung bulan kamu terima gaji daripada tuan kamu.

Semoga Allah jadikan hati kita tenang dunia Akhirah. Moga Allah سبحانه وتعالى panjangkan umur kita sehingga kita bertemu lagi Bulan Ramadan akan datang. Moga dengan Barakah Malam Terakhir ini Allah tunaikan semua hajat kita,dan selesaikan semua masalah kita InshaaAllah Ta'ala.

Semoga Allah سبحانه وتعالى jadikan anak anak kita Soleh dan Solehah, dan Keluarga yang penuh Sakinah dan Taufiq.

Moga Allah pelihara Ibadah ,kerja dan Puasa kita daripada segala Dosa dosa kita kepada Allah. Semoga Allah jadikan kita Ahli Ramadan dunia Akhirah, Ahli Al Quran dunia Akhirah. 

Kita tidak akan lupa kepada Bulan Ramadan,kita tidak akan lupa bacaan Al Quran kita,takkan lupa solat tasbeeh kita sehingga kita bertemu dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Semoga Allah سبحانه وتعالى memberikan kita Istiqomah, Taufiq dan Hidayah sehingga kita sentiasa menjalankan Ibadah kepada Allah samada didalam atau di luar Bulan Ramadan. 

أمين اللهم أمين برحمتك يا أرحم الراحمين"

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text