Social Icons

Jumaat, 1 Julai 2016

Cinta Suami Isteri

BINGKISAN RAMADHAN
            YANG KE 11. 
     (Ayah Rahim Pfordten)

*Untuk dikungsikan dengan.
   keuarga, saudara-mara
     kenalan dan taulan.*

   INDAHNYA PERKAHWINAN
          DALAM ISLAM (2)
             
      Allah swt berfirman dalam surah ar Rum ayat 21

     "Dan diantara tanda2 kebesaran Allah ialah Dia menciptakan pasangan hidup untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cendrung dan merasa tenteram kepadanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda2 (kebesaran dan kekuasaan) Allah bagi orang yang menggunakan akal-fikiran."  

     Mahasuci Allah yang telah mencipta kehidupan manusia dengan dibekalkan nafsu berahi sebagai puncak nikmat dan keperlu an fitrah dalam kehidupan  untuk menghibur hamba2 Nya    dan dengannya berlakulah kesinambungan berkembang biaknya zuriat keturunan makhluk manusia bertebaran diatas muka bumi ini selaku hamba Nya supaya menyembahNya dan selaku khalifahNya supaya manusia mentadbir kehidupan mengikut syariat yakni sistem dariNya. Ianya  menjadi salah satu diantara tanda2 kekuasaan dan kebesaran Allah. 

     Justru Islam melihat per-hubungan intim antara suami-isteri yang telah di ikat dengan tali pernikahan yang sah adalah sesuatu yang halal suci lagi murni. Ia nya merupakan pengikat kasih-sayang, oleh itu soal perhubungan intim dalam rumah-tangga bukan lah sesuatu yang dianggap lucah dan malu untuk dibawa dalam perbincangan dan tidak pula boleh dipandang remeh. 

     Perbuatan zina adalah di larang keras oleh semua Agama dan ianya melanggar batas2 kemanusiaan. Islam menge-nakan hukuman mati terhadap jenayah seks dan yang paling ringannya ada lah hukuman sebat seratus kali pukulan yang kerapkali juga membawa maut. Di akhirat akan diazab dalam Neraka kecuali mereka yang teranjur melakukannya ber taubat kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Menerima taubat. 

      Hari ini perbuatan zina kian menular dikalangan umat Islam dalam negara ini akibat lemahnya iman terutama dikalangan muda-mudi dan  gara2 pergaulan bebas, paparan bahan2 lucah yang merangsang keinginan seks dan perkahwinan yang disusah2 kan dengan biaya yang besar yang tak mampu nak diada kan oleh pihak lelaki. Mengikut statistik ratusan ribu anak luar nikah didaftarkan dan kejadian buang anak kian menjadi2 dikalangan Masyarakat Islam dibumi Malaysia tercinta ini.
 
     Langkah yang drastik mesti diambil oleh pihak ber kuasa dan NGO untuk menyedarkan masyarakat tentang fenomina ini dan lancarkan tindakan yang proaktif bagi membendung gejala ini. Adakan gerakan dakwah mencanang Iman sungguh2 supaya masyarakat  takutkan Allah dan gerun dengan Neraka dan menyedarkan masyarakat tentang kecelakaan  akibat perbuatan zina. Tentang nasib anak2 yang lahir luar nikah menjadi mangsa dipandang hina dan tiada hak mewarisi harta pusaka.


     Di bendung pergaulan bebas lelaki-wanita dan di sekat kebebasan anak2 keluar rumah tanpa urusan. Dibendung dan dikawal keluarga dari menuntun sebaran am yang memapar kan bahan2 lucah dan separuh lucah serta gambar2 wanita yang mengghairahkan. Ibu bapa mesti bertegas dengan anak2 dalam penggunaan gutget.  

     Permudahkan nikah kahwin. Dilancarkan perkahwinan beramai2 yang menjimatkan cost dan guna kan tabung wakaf dan sponser pihak2 yang berada. 

     Sebuah perkahwinan tidak menjanjikan kebahagiaan secara otomatis. Kebahagiaan itu terjadi hasil dibina dengan penuh kesabaran dan pengorbanan perasaan. Menerima pasangan seada nya dan menyesuaikan diri dengan perbezaan dan kekurangan serta kelemahan keperibadian antara satu sama lain.

     Seorang yang bergelar suami dan seorang yang ber gelar isteri adalah dua indivdu yang asing yang mempunyai berbagai perbezaan dan cita-rasa dalam kergemarn makan-minum, minat, penampilan, cara bercakap, kesukaan dan kebencian  serta latar belakang hidup. Yang serasinya hanya sama2 mempunyai keinginan nak melampiaskan nsfsu berahi, bercumbuan dan memadu cinta serta melakukan per hubungan intim. Itupun men jadi masalah global diantara sebab berlaku krisis rumah-tangga adalah disebabkan  pasangan suami isteri tidak mendapat kepuasan dalam perhubungan intim kerana kepuasan hubungan intim suami-isteri di ranjang bukan semata2 dengan per temuan dua alat dan dua fisikal tetapi mesti disertai dengan pertemuan dua hati yang berkasih-sayang, dua jiwa yang serasi serta dua perasaan yang indah2, yang penuh romantis. Oleh itu Jadikanlah perhubungan intim itu bagaikan hadiah yang paling istimewa buat orang tersayang. 

         Kamar tidur harus dalam keadaan romantis. Bersih, kemas, berhias, nyaman dan disertai alunan musik instrumental yang lembut. Pasangan hendak lah dalam keadaan bersih dan berwangian. Isteri harus berhias dan mengenakan pakain yang memberahikan yang memenuhi cita-rasa suami. Kerapkali suami menginginkan isteri mengenakan pakaian lengkap macam nak menghadzir majlis kenduri. Layanlah suami bagaikan se orang celebrity. Suami yang puas dengan layanan siisteri
Akan hidup jiwanya dan ber daya maju. Kemana sahaja ia keluar bertugas hatinya terindu2kan isteri dirumah dan akan segera pulang untuk berada disamping isteri untuk sama2 mengurus rumah-tangga dan mendidik anak2.
   
     Cinta diantara suami-isteri adalah didorong oleh gejolak nafsu berahi namun tidak ada kasih-sayang yang haqiki diantara suami-isteri kecuali kasih-sayang yang diikat oleh tali keimanan kepada Allah. Jadikan pasangan hidup sebagai teman setia untuk sama2 mencari redho Allah. Bekerja sama mentaati Allah dan perjuangkan Islam dan dijadikan Syurga sebagai arah tuju akhir hidup  agar sama2 dapat berbimbing tangan masuk keSyurga Allah untuk sama2 dapat menikmati nikmat kelazatan Syurgawi yang kekal abadi buat selama2nya. Aamiin!

     Andai keharmonian rumah-tangga anda tergugat tak ada siapa yang nak disalahkan dan tak ada siapa yang boleh betulkan. Salahkanlah diri sendiri dan baikilah diri untuk membina kerukunan rumah-tangga anda. 

     Bilamana ada berlaku salah-faham dan tersinggung persasaan bawalah berbincang secara terbuka untuk cari perdamaian, jangan bersikap diam membisu berlamaan kerana iannya akan menyiksa jiwa dan melunturkan kasih-sayang. 

     Semoga kita berjaya mermbina rumah-tangga syurga. Aamiin!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text