Social Icons

Isnin, 9 Mac 2015

Harun Salim Bachik - Dari Allah Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali

ANAK kepada pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik, Hakeem Sofi Al-Rashyid (tengah) ditemani oleh rakan-rakan artis ketika berada di perkarangan rumah mayat Hospital Parit Buntar, Perak, malam tadi. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi (BH)

Memetik sumber berita Sinar Harian, Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RnR berkenaan.

Difahamkan Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R. 

Pada masa sama, penyanyi terkenal, Datuk Hattan turut berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan pelakon, Ebby Yus tentang pemergian Allahyarham untuk membantu bagi melancarkan pengurusan jenazah. ‎

Jam 9.40 malam tadi jenazah dibawa dari Hospital Parit Buntar, Perak menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam.

Jam 1.15 pagi, jenazah tiba di kediamannya Taman Pandan Perdana.

Lebih kurang 200 penggiat seni, rakan artis dan saudara mara menunggu dikediaman seniman itu dalam suasana sedih dan hiba sejak 9 malam tadi.

Antara rakan artis yang hadir seperti Datuk Hattan, Datuk Yusof Haslam, Yusof Kelana, Den Wahab, Afdlin Shauki, Riezman Khuzaimi, Hans Isaac, Nasier Wahab, Johan, Azhan Rani dan Azza Elite. Selain pelawak Abam, Achey, Afad, Ajak Shiro, Amir dan ramai lagi.

Pagi tadi, jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Surau Al-Mutmainnah, Taman Pandan Perdana, Kuala Lumpur .

Sekitar jam 11.00 pagi tadi, jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Ar Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves


Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an. Allahyarham turut dikenali menerusi program bersiri Oh My English yang disiarkan di Astro CERIA. Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi.

Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir. Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati. 

Beliau adalah anak lelaki kepada seorang pelakon drama terkenal zaman 50-an iaitu Allahyarham Salim Bachik.

SALIM BACHIK 
(Kuala Lumpur, 7 FEBRUARI 1977)
(SUMBER MAKLUMAT KLIK DI SINI)

HARUN SALIM BACHIK 
(Bukit Merah, Perak, 8 MAC 2015)





0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text