Social Icons

Rabu, 28 November 2012

GISB bersama Angkatan Tentera Laut Dua Negara


Pertemuan GISB Phuket bersama Tentera Laut Di Raja Thailand (TLDT) 
dan Tentera laut di Raja Malaysia (TLDM)

Pada malam 1 Muharram, pihak TLDT telah menjemput Global Ikhwan Phuket untuk menghadiri majlis makan malam di atas kapal TLDM yang baru sampai di pelabuhan tentera Phuket. Kedatangan rombongan TLDM adalah untuk mengadakan latihan bersama TLDT. Pihak GISB di wakili oleh Syeikh Muhammad Adam ar, Syeikh Fauzi dan Ustaz Haron. Yang ajaibnya hanya pehak GISB Phuket satu-satunya tetamu yang hadir selain kedua-dua pihak TLDT dan TLDM.

Dalam majlis itu, pada awalnya pehak TLDM menyangka yang Syeikh Muhammad Adam ar. adalah wakil kedutaan Malaysia memandangkan pakaian sut korporat yang dipakai oleh beliau. Namun Syeikh Muhammad Adam ar telah menjelaskan bahawa beliau adalah Pengarah Sekolah Islam Pathana di Phuket. Kesemua wakil GISB itu telah dilayan oleh Ketua Pemerintah Kapal Tentera Malaysia selaku Ketua Staf Markas Armada TLDM iaitu Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib bin Abdul  Samad dan Ketua Kapal Komander Unis Mokhtar. 

Pada awalnya pehak Ketua TLDT telah meminta bantuan Syeikh Muhammad Adam ar. untuk membuat program lawatan ke kapal TLDM kerana mereka tidak tahu apakah program yang sesuai untuk meraikan Tentera Laut DiRaja Malaysia yang menjadi tetamu mereka. Lalu Syeikh Muhammad Adam ar. bersetuju untuk membawa para pelajar dari Sekolah Abuya di Phuket untuk melawat kapal TLDM tersebut.

Bila Laksamana TLDM Dato Adib mendapat tahu bahawa ada sekolah Islam di Phuket maka beliau telah mempelawa dirinya & para pegawainya untuk datang melawat ke sekolah Abuya. Setelah berbincang beliau bersetuju untuk pergi bersama 13 org pegawai-pegawainya. Maka pada pagi esoknya sempena sambutan 1 Muharram di Phuket, rupanya pihak GISB Phuket telah diberi penghormatan menyambut kehadiran para tetamu Malaysia dari TLDM. Berbarislah semua anak-anak pelajar kita dengan unifom sekolah bergamis putih bagi aulad (lelaki) dan jubah biru untuk banat (perempuan). Terasa satu suasana yang sangat hebat yang Allah taqdirkan berlaku dengan perbarisan yang kemas tersusun. Bayangkan para pelajar berpakaian gamis putih yang segak bersalam menyambut para pegawai TLDM yang berseragam putih yang sangat kemas. Para tetamu sangat terkesan dengan akhlak dan keterampilan para pelajar kita.

Mereka terus dibawa ke bilik Abuya yang di dalamnya ada gambar Abuya.  Dalam taklimatnya Syeikh Muhammad Adam ar. mengatakan sekolah ini diasaskan oleh Abuya Ustaz Ashaari Muhammad dan dibawah naungan Yayasan GISB Thailand. Bahkan Syeikh Muhammad Adam ar. juga menerangkan bahawa GISB ialah sebuah syarikat yang dibangunkan oleh Abuya selepas beberapa tahun berlalunya pengharaman Jemaah Al-Arqam. GISB sekarang bergerak atas entiti perniagaan yang mempunyai cawangan di seluruh dunia di mana pusatnya sekarang adalah di Mekah. Penjelasan ini memuaskan hati para tetamu walaupun mereka agak terkejut. Sebenarnya mereka tidak menyangka sama sekali sekolah Islam Pathana yang dilawati itu merupakan cawangan aktiviti pendidikan GISB yang pengasasnya seorang tokoh yang tidak asing lagi di Malaysia.

Pehak GISB juga telah menayangkan klip video Rumah Amal Phuket. Selepas diberikan taklimat, para tetamu di alunkan dengan nasyid dalam bahasa Thai oleh para pelajar. Walaupun tidak faham bahasa Thai tetapi mereka sangat tertarik dengan persembahan tersebut dan  meminta cd nasyid yang dialunkan itu. Mereka telah diberitahu Syeikh Muhammad Adam ar bahawa penasyid itu terdiri daripada anak-anak yatim & anak-anak pejuang. Maka terus pehak pegawai tersebut mengumpul wang derma dan menyerahkan kepada pihak sekolah Abuya yang berjumlah lebih 9000 Bath ( RM900+)
.
Maka setelah membuat sumbangan maka Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib telah berucap. Antara ucapannya meminta maaf kerana tidak tahu bahawa ini adalah sekolah Abuya. Beliau memuji akhlak dan keperibadian para pelajar dan mengharapkan akan dapat datang lagi berkunjung. Selepas berucap Dato' Adib terus meminta pegawai tenteranya membawa barang keperluan sekolah seperti beras, gula, minyak dan laain-lain termasuk alat tulis untuk pelajar yang bernilai RM2000. 
 
Sebagai penghargaan, Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib menghadiahkan cenderahati berupa ukiran pewter dengan simbol Tentera Laut DiRaja Malaysia kepada Ibu Mak Pah ar sebagai wakil GISB Phuket. Pihak GISB pula memperkenalkan kepada pihak Dato' bahawa Ibu Mak Pah ar adalah dermawan yang telah mewakafkan rumah dan tanahnya untuk digunakan sebagai Rumah Amal di Phuket. Ibu Mak Pah ar pula telah menghadiahkan cd nasyid kepada pihak TLDM. 

Pada sebelah petangnya semua ahli GISB Phuket telah dijemput melawat kapal Armada TLDM. Semuanya di bawa menaiki bas Tentera Laut DiRaja Thailand ke kapal TLDM. Para Pelajar pelajar & kanak-kanak sekolah Abuya yang direzekikan peluang menaiki kapal TLDM sangat ceria dan begitu teruja. Semua yang hadir berjumlah lebih 50 orang ini telah dibawa melawat hampir ke semua bahagian dalam kapal tersebut termasuk bilik kawalan radar dan bilik kawalan utama kapal. Pihak TLDM juga telah menjamu semua tetamu dengan berbagai juadah dan telah mengiringi hingga turun dari kapal. Pihak TLDM juga meminta maaf atas sebarang kekurangan dalam melayan kami sebagai tetamu mereka.. Bahkan Laksamana Pertama Dato Haji Mohammad Adib berjanji  akan membuat program tetap dan memberikan sumbangan kepada GISB Phuket setiap kali kapal-kapal TLDM berlabuh dan mengadakan program di Phuket.

Demikianlah kerjasama & sokongan yang diberikan oleh TLDM kepada kami GISB Phuket. Seolah-olah ia juga merupakan isyarat setelah apa yang berlaku di premis kita di Kota Tinggi Johor, Kota Kinabalu Sabah dan negeri2 yang lain. Sekian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text