Berikut adakah bahan tulisan Sdr Mohd Sayuthi Omar (MSO). Bacalah kupasannya tentang Chin Peng. KLIK SUMBER
Chin Ping terus menjadi perdebatan menandakan nama dan sosok itu ada di dalam diri dan minda rakyat Malaysia. Itu hakikatnya. Sama ada bayangan Chin Ping atau Ong Boon Hua itu hitam atau putih itu soal lain, ia terpulang ke atas orang yang menerimanya. Maklumat sejarah akan memberi jawaban dan memisahkan pandangan umum terhadapnya.
Chin Peng sudah pun meninggal pada 16 September lalu dalam usia 90 tahun di Bangkok. Detik itu sempena hari penubuhan Malaysia. Pemergiannya pada tempoh itu boleh ditafsirkan sebagai beliau tidak mahu mengikhtiraf kewujudan Malaysia pada 16 Septermber 1963?
Kerajaan Malaysia sama sekali tidak memaafkan Chin Ping atas segala dosa-dosanya. Ketegasan kerajaan untuk tidak membenarkan, usahkan mayat, abunya pun tidak, dibawa ke Malysia. Polis di Raja Malaysia akan mengawasi sempadan bagi memastikan secebis abu Chin Ping pun tidak dibawa masuk.
Ketegasan adalah adalah hak kerajaan yang memerintah hari ini dan ia sesuatu yang cukup memberi kesan. Bahawa kerajaan Malaysia tidak boleh memaafkannya walaupun keganasan dilakukan Chin Ping sudah berdekad lalu. Mungkin kalaun kerajaan hari ini bertukar ada cadangan agar membawa balik abu Chin Peng. Ketika itu nanti sekali lagi Chin Peng akan menjadi sebutan dan perdebatan hangat.
Walaupun ada suara-suara agar memberi kelonggaran tetapi ia tidak dipedulikan. Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar memberi alasan Chin Ping bukan warganegara ini dan dia lebih aman berada di Bangkok. Tentunya alasan Khalid itu boleh dipertikaikan kerana ada juga mayat bukan warga negara ini ditanam atau diabadikan di sini dengan penuh kemuliaan.
Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi pula menyifatkan Chin Peng tetap pengganas. Manakala Perdana Menteri Najib Razak tidak membenar kerana tidak mahu melukai hati akasr dan polis yang merana akibat perbuatan komunis. Ada kebenarannya juga.
Bagaimana pun alasan diberikan Zahid dan Najib itu boleh dipertikaikan dan bukan alasan yang konkrit melainkan kerana dendam. Ini kerana ada orang lebih ganas terhadap bangsa dan negara ini tetapi mayat mereka dibenarkan bersemadi disini malahan ada penghormatan untuk mereka.
Manakala pihak yang bersimpati dan membenarkan mayat Chin Ping kebanyakan dari minoriti rakyat di sebelah oposisi atau yang melihat atas peri kemanuisaan. Bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Zaid Zahari menunjukkan simpati agar mayat Chin Peng dibawa pula ke Malaysia. Bekas ahli parlimen Kuala Selangir Dr Dzulkifly Ahmad juga menyatakan hal yang sama. Manakala bekas pensyarah UIA Abdul Aziz Bari walaupun tidak mengatakan dengan jelas akan persetujuannya, membangkitkan soal perjanjian dengan mengatakan Malaysia tidak hormati perjanjian perdamaian antara kerajaan Malaysia, Thailand dan komunis Malaya 1989.
Kedua-dua pihak masing ada hujan dan alasan tersendiri. Di dalam hal ini saya hendak berdiri di tengah dengan penuh keterbukaan. Molek juga kalau abu atau mayat Chin Ping tidak dibawa balik ke negara ini kerana kalau bawa pun ia tidak memberi apa-apa erti kepada mendiang itu. Beliau tidak dapat melihat kepesatan pembangunan Malaysia selepas era komunis berakhir. Chin Ping seharusnya dibawa sewaktu dia masih hidup untuk membolehkan dia membuat perbandingan Malaya dengan Malaysia.
Tetapi kerajaan terlupa dan terus dengan dendam waktu itu. Saya yakin kalau Chin Ping melihat situasi Malaysia ini khasnya di era Mahathir Mohamad dia akan sedar dan terkejut. Dalam pada itu juga dia dapat membuat penilaian sejauh berapa persen pembangunan material yang ada kini dapat dinikmati rakyat. Lebih penting juga mungkin saki baki perasaan membenci kerajaan akan berkurangan.
Begitu juga ada baiknya kalau abu itu tidak dibenarkan pulang. Saya dapat merasai mereka yang menghalang kerana bimbang semangat komunisme akan bangkit kembali? Dengan ada kubur atau abu Chin Peng ia boleh memberi suntikan semangat kepada generasi muda untuk menghayati semangat komunisme kemudian disebarkan dan dipraktikan dalam badan-badan politik. Ini kita sangat memahaminya.
Tetapi apakah tanpa abu dan tulang temulang Chin Ping di sini hal itu tidak akan berlaku? Iya secara psikologinya begitu. Bila kubur atau tanda itu ada di sini ia akan memberi satu semangat dan menghampiri orang ramai dengan Chin Peng dan perjuangan. Atas perkiraan itulah maka abu atau sebarang tanda Chin Peng tidak dibenarkan. Dalam kata lain filem Tanda Putera tidak dapat untuk mempengaruhi rakyat agar terus membenci komunisme yang dipancarkan Chin Peng.
Soalnya bolehkah sesiapa mengikis nama Chin Peng dan sejarahnya dari minda orang ramai? Jawabnya tidak dan tidak mungkin terbuat. Sebaliknya selagi Chin Peng disebut apa lagi dengan penuh kebencian dan dendam menyebabkan rasa ingin tahu terhadap Chin Peng terus bergelora. Dalam gelora inilah orang khasnya anak-anak muda akan atau mereka yang konfius dengan pembukuan sejarah akan membuat kajian, penyelidikan mencari Chin Peng yang sebenarnya.
Kesimpulannya tindakan menghalang abu Chin Peng itu dibawa ke Malaysia atau dihalang ia tidak memberi apa-apa signifiken kepada penggemar dan peminat Chin Peng kerana jahat dan baik itu subjektif ia bergantung ke atas penilaian masing-masing. Kalau dalam penilaian mereka Chin Peng itu perjuang kebenaran dan keadilan demi rakyat mereka akan sokong, sebaliknya kalau perjuangan Chin Peng itu memusanahkan keadilan dan solodariti rakyat serta untuk kroninya saja mereka akan membenci dan mengutuknya. [wm.kl.11:49 am 18/09/13]
0 ulasan:
Catat Ulasan