Social Icons

Ahad, 29 September 2013

Kisah Benar Poligami (2) - Isteri Suka Suami Yang Hebat

Paparan di bawah adalah ambilan dari Blog Matahati. Jika anda semua tidak bersetuju atau terasa hati, luahkanlah pada penulisnya. KLIK DI SINI. Pak Lang hanya paparkan untuk menjadi bahan renungan


"...maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja..." [An Nisaa': 3]

Dalam suatu pertemuan dengan beberapa orang ustaz, kiyai, tengku di Indonesia beberapa tahun lepas, mereka meminta sedikit pencerahan tentang poligami. Oleh kerana ada antara mereka yang lebih mahir dalam bahasa Al Quran, maka saya minta dibacakan ayat tersebut di atas langsung diterjemahkan.

Selesai dibaca dan diterjemahkan saya bertanya, apa yang mereka faham dari ayat tersebut?Salah seorang menjawab, ayat tersebut merupakan sebahagian dari ayat perintah (fi'il amar), cuma perintahnya bukan sampai berhukum wajib.

"Cantik. Saya sangat setuju" Walaupun saya termasuk yang jahil dalam selok belok nahu saraf. Tetapi cukuplah keterangan beliau menjadi permulaan perbincangan santai pada malam itu. Sebagai intro, saya cuba menarik perhatian dengan berkata bahawa poligami adalah salah satu agenda besar Tuhan terhadap umat Islam. Maknanya, poligami adalah program besar dalam Islam untuk masyarakat dan umat Islam sejagat.

Mereka mula nampak minat dan menumpukan perhatian. 

"Buktinya, pertama ada ayat Al Quran yang memerintahkan walaupun bukan sampai wajib ain, tetapi tetaplah dalam bentuk perintah. Ertinya bukan sekadar tawaran atau mubah, setuju atau tidak?"

Nampak tiga empat orang dari mereka mengangguk dan tidak seorang pun yang membantah. Mungkin bersetuju tetapi belum mampu, jadi rasa malu sendiri, mungkinlah.

"Kemudian secara praktikalnya, Rasulullah amalkan bahkan perjuangkan. Maknanya, bukan sekadar buat tetapi Rasulullah bersungguh-sungguh dalam hal poligami. Sebab, kalau sekadar harus (mubah) banyak lagi perkara yang harus Rasulullah tak pun amalkan, apa lagi nak perjuangkan sehingga menjadi agenda dalam masyarakatnya"

"Lepas itu cuba kita tengok sahabat. Sahabat sangat peka (sensitif) dengan ayat Al Quran. Bila wahyu turun, mereka akan melihat atau menunggu reaksi Rasulullah. Maka dalam hal ayat di atas, bila diperhatikan pada diri Rasulullah SAW, fahamlah mereka bahwa poligami itu perlu diamalkan dan diperjuangkan"

"Akhirnya sebahagian besar para sahabat berpoligami. Ada setengah ahli sejarah mengatakan hampir 3/4 sahabat itu mempraktiskan poligami. Yang bakinya bukan tidak mahu berpoligami, cuma enggak sempat...mungkin terlebih dahulu syahid"

Mereka tertawa kecil tanda setuju dan sedikit lucu mungkin. Saya beri ruang bertanya atau menyanggah jika kurang setuju. Seorang dari mereka terus berkata, 

"Teruskan aja pak ustaz, nampaknya ada suatu yang baru kami dapat faham. Cuma ini semacam sesuai dengan lelaki, tidak untuk perempuan, bagaimana tu ustaz?"

Tuhan yang jadikan manusia itu ada lelaki dan perempuan. Maka tentulah Tuhan lebih tahu kelebihan dan kekurangan pihak lelaki, maupun perempuan. Jadi ayat di atas sebenarnya sesuai untuk lelaki dan perempuan. Bagaimana?

Itu bahasa Al Quran. Berhalus dan penuh berhikmah. Di dalamnya terkandung berbagai ilmu dan panduan. Kalau kita tukar kefahaman ayat tersebut dalam bentuk ayat manusia biasa, bolehlah dikatakan kurang lebih begini, "Wahai orang lelaki, kalau kamu ni benar-benar seorang lelaki, maka kawinlah perempuan itu dua, tiga atau empat" 

Seolah-olah Tuhan cabar kelakian (baca kejantanan) orang lelaki rupanya. Tapi lepas itu Tuhan pujuk dalam bentuk sindiran, "Tapi kalau kamu jenis lelaki penakut (baca pengecut sangat), ialah... bukan semua orang berani, takut tak mampu berlaku adil, maka tak apalah, cukuplah satu"

"Bukan begitu bapak-bapak? Maksudnya kalau kita tukarkan kefahaman ayat tersebut dalam bahasa pertuturan manusia biasa, lebih kurang begitu, bukan?"

Mereka tersenyum-senyum sambil mengangguk-angguk.

"Tapi ayat tersebut bukan sekadar cabaran untuk lelaki. Ayat tersebut juga ditujukan kepada wanita atau para isteri. Tuhan juga mencabar mereka. Bagaimana?"

"Begini, wahai wanita atau para isteri, kalau kamu bangga bersuamikan seorang yang berani dan sanggup untuk membuktikan dia adalah seorang yang adil, maka galakkan suami berpoligami. Sebaliknya, kalau kamu jenis yang suka dapat suami yang penakut dan pengecut, jangan bagi suami berpoligami"

"Padahal dalam realiti kehidupan, bagi seorang wanita atau isteri yang waras, berfikiran normal tentu malu mendapat suami yang lemah, yang penakut, yang pengecut dan bacul. Buktinya, seorang isteri akan sangat berbangga bila dapat suami yang berjaya dalam politik, dalam perniagaan, dalam sukan atau apa jua lapangan kerjaya suaminya. Isteri sangat berbangga kalau suaminya berjaya dan dihormati"

"Bermaksud, tidak ada seorang isteri pun yang akan berbangga dapat suami yang penakut dan pengecut, betul atau tidak?" Huh! Semua setuju.

"Cuma dalam hal poligami, isteri selalu cakap, ala yang satu pun tak mampu, inikan nak tambah lagi. Bukan senang nak adil. Takut tak mampu nanti" Begitu pulak!

Patutnya isteri mendorong suami agar cuba dulu, janganlah awal-awal sudah ditakut-takutkan. Patutnya katakanlah pada suami begini,

"Saya malulah dapat suami yang penakut. Saya pun mahu juga, dapat suami yang hebat! Ma...cam suami kawan saya yang sudah beristeri empat tu, baru nampak wibawa dan hebat!"

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text